✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
1 Mei 2022, jam 8.00 malam. selepas berbuka puasa, rakyat Malaysia mula berkumpul depan TV menantikan pengumuman rasmi pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disampaikan oleh Tan Sri Syed Danial Syad Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja...
".... Maka adalah dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin 2 haribulan Mei tahun 2022...."
serentak dengan itu maka gegak gempitalah seluruh rumah (mungkin seluruh pelusok Malaysia) kerana tak menyangka dengan kejutan ni! ditambah pula dengan dentuman bunga api di sana sini, merancakkan lagi suasana panik, 'tak cukup kaki tangan', gabra dan 1001 kekalutan yang tak dijangka!
rata-rata rakyat Malaysia dah maklum bahawa 1 Syawal bakal diraikan pada Selasa, 3 Mei. khabar angin yang bertebaran pada pertengahan puasa yang mengatakan Hari Raya jatuh pada Isnin 2 Mei disangkal pihak berkuasa dengan mengatakan bahawa tarikh tersebut terpakai bagi umat Islam yang menyambut Ramadan pada 2 April yang lalu sedangkan rakyat Malaysia mula berpuasa pada 3 April.
namun, tiada siapa dapat mengekang kuasa Allah Taala. 2 tahun rakyat Malaysia tak dapat beraya kerana pandemik. tup tup, Allah nak bagi kita berhari raya lebih awal lagi. Alhamdulillah!
meskipun sedikit panik dan kalut, anies dan family tetap teruskan persiapan raya. maka, lepas solat Isyak, masing-masing mula buat kerja. isi beras ketupat, potong daging, kupas bawang, perah santan, mengemas rumah dan macam-macam lagi. walaupun penat dan mengantuk, kami buat juga sampai selesai.
tidur lewat di malam raya bukanlah perkara baru buat kami. kalau hari raya jatuh pada Selasa pun, kami memang akan tidur lewat kerana menunggu kedatangan kumpulan takbir dari rumah ke rumah. tapi tahun ni tak ada. mungkin pihak masjid tak sempat nak arrange program ni kerana masing-masing sibuk nak buat persiapan raya.
jam 3.00 pagi baru semuanya selesai. then celik celik mata, dah 7.00 pagi! apa lagi, melompatlah masing-masing dari katil. nak solat subuh, nak mandi, nak siapkan sarapan dan lain-lain. tepat 8.15 kami pun bertolak ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. dalam hati rasa terharu sebab dah 2 tahun tak menyaksikan perkara ni. seronok tengok wajah-wajah yang dah lama tak ketemu.
lepas solat, kami ziarah kubur keluarga. masa ni, cuaca amat-amat terik. anies dapat rasakan bahawa dalam tempoh 2-3 jam lagi hujan pasti akan turun. ramalan tu tepat belaka! jam 11.30 hujan pun turun mencurah-curah. tapi, semua tu tak menghalang jiran-jiran, sanak saudara datang bertandang. fuh!
sekali datang, bukan seorang dua. 15 - 20 orang serbu rumah! tuan rumah memang tak duduk diamlah. bukan setakat sediakan juadah, basuh pinggan, masak makanan baru antara perkara yang anies yakin, semua rumah-rumah di Malaysia (pernah) mengalami perkara sedemikian. betul tak?
lepas hujan turun, kami tak putus-putus terima tetamu. niat nak melaram, OOTD ke hapa... semua entah ke mana. orang kata tetamu tu bawa rezeki. tambah pula lama tak bersua. jadi, sampai ke malam jugalah kami layankan tetamu yang hadir meski kepenatan dan mengantuk.
okeylah, tu jelah cerita di hari pertama Raya 2022 anies sekeluarga. raya panik or raya terkejut or raya jutjut whatever gelaran sekalipun... Alhamdulillah... kita dah selamat melaluinya. upacara ziarah menziarahi termasuk attend open house akan bermula minggu ni. fuhhh... selamat kawal nafsu makan everyone.... 😂😂😂
p/s raya kalut korang macam mana? jom share!
lepas sahur, kami dah start anyam ketupat. tapi bila dengar raya jatuh pada Isnin, maka kelam-kabutlah kami cuci beras dan keringkan sebelum dimasukkan dalam sarung ketupat. selesai isi beras, terus rebus malam tu juga.
apalah erti rendang kalau tak ada serai. syukur depan rumah ada pokok serai. kalau tak ada memang kalutlah nak pergi kedai. anies confirm, Ahad malam Isnin tu sesak kedai runcit dengan pelanggan.
ni just untuk tambah bawang sedia ada je. kalau kena masak lauk lain, at least dah ada bawang.
pagi 1 Syawal... sambil dengar khutbah Hari Raya, sempat lagi snap gambar haha...
sempat lagi kami 'berwefie' lepas solat raya... p/s tahun ni baju raya pun anies beli last minute. pakai tudung lama je. nak beli tudung baru, tak 'kose' laa nak jalan sana sini... penat oiii...
thanks 4 reading... daaa
p/s jalan jalan raya a.k.a BW satu persatu...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Anies sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeletesalam aidil fitri buat kak amie sekeluarga
DeleteGreetings from Turkey..
ReplyDeletethank you👍
DeleteDi batam saya fikir hari raya hari selasa, jadi tak ada buat ketupat
ReplyDeleteoo ya ke? jadi juadah apa hidangan di hari raya?
Deletethat is so crucial to spend time with family:)
ReplyDeletethat true
DeleteNice❤
ReplyDeletethanks!
DeleteBoa tarde minha querida amiga. Parabéns pelo seu trabalho e matéria.
ReplyDeleteNa verdade, nós apenas celebramos nosso festival Eid
Deletetahun ni sambut raya kelam kabut semua tapi meriah kan...salam aidilfitri anies n fmili maaf zahir batin
ReplyDelete1 malaysia kak kelam kabut hehe
DeleteGenial te mando un beso.
ReplyDeletegracias ;-)
DeleteGenial te mando un beso.
ReplyDeletegracias ;-)
DeleteNaluri Sha kuat mengatakan Isnin raya, jadi memang dah bersedia mental.. Cumanya persiapan tak adalah kalut.. Biasa-biasa sahaja yang kalut perasaan je.. hehehe.. Syawal yang penuh dugaan..
ReplyDeletewahhh dasat!!!
DeleteNice post!
ReplyDeletethank you Rocio
DeleteSelamat hari raya! :)
ReplyDeletesalam aidilfitri utk baizura sekeluarga
Deletemasa kitorang dok isi beras dalam ketupat, teringat kat ko datang rumah mintak daun kelapa tahun lepas. hehe
ReplyDeletewahhh dasat patut laa masa sy isi beras tergigit lidah sendiri. rupanya ada org tgh igt kt kite laaa
DeleteAlhamdulillah. dapat juga komen.huhu. ape ntah masalah. bukan dri blog anies pun sbnrnya. google email ni tgh prob kot. ni pun yaya buka guna browser lain, bukan buka dri google chrome yg biasa buka tu.
ReplyDeleteApapun nak wish juga kat anies Selamat Hurry Rayaaa ye hehe. Kalut xkalut sempat juga dia buat ketupat tu.hebatla. fmly yaya beli n masak nasi impit je. xsempat buat ktupat semua. malam raya tu juga la yaya dgn husband kemas rumah, ibu yaya pula masak kt dapo. adik bradik lain xde sbb thun ni depa p raya kt uma mentua memasing ^_^
ya emel pun tempias sama. ada prob. hehehe 1 malaysia kalut kot.2 thn x beraya...sekali dtg haa... kecoh dibuatnya!
DeleteSalam Aidilfitri ye Anies!
ReplyDeleteselamat hari raya utk KA sekeluarga
DeleteSelamat Hari Raya Terkejut, Anies! Maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini lebih meriah dan bermakna! Raya saya tak terkejut sangat sebab plan balik kampung lari hahahah
ReplyDeletesalam aidilfitri utk farrah sekeluarga... means tak blk raya ke tu?
DeletePetang raya baru sampai ke pangkuan keluarga muahahaha
DeleteKalut jugak tapi masih terkawal. Malam raya memang full throttle. Tidur lewat takpe janji persiapan setel. Selamat Hari Raya 2022.
ReplyDeleteya sy rs mlm tu ramai yg tidur lewat... salam aidil fitri ;-)
DeleteGreat article♥️
ReplyDeleteDon't forget visit my blog 👉🏻 Skuy Food
alrite! thank you
DeleteRaya yang mengejut dan best untuk kita semua hehehe....pasti ramai yang belum bersedia termasuk saya
ReplyDeletesy rs 1 malaysia x ready hehehe
DeleteTernyata sama ya,, hari raya ga bisa lepas dari yang namanya ketupat.
ReplyDeleteapalah erti hari raya tanpa ketupat dan rendang hehehe
Deleteselamat hari raya! kami tak kalut sangat sebab rumah dah kemas sehari dua sebelum tu. Ayam & daging pun mak mertua dah beli siap2 tinggal defrost & masak je. Tidur pukul 11 malam macam biasa, esok baru bangun awal potong kek, isi balang biskut raya & kudap2an.
ReplyDeletesalam aidilfitri utk anies
ReplyDeleteCantik dan berseri menyambut hari raya
ReplyDeleteNasib baik mak sudah buat sambal udang.
ReplyDeleteDi rumah Uwan rentang dan lemang dah siap. Cuma raya pertama kitorang bertolak lewat ke kampung sebab solat sunat Aidilfitri di masjid berdekatan rumah. Lambat imam datang.
selamat hari rayaaaa... nk duit raya.ahaha. apapun raya thn ni dlm kenangan
ReplyDeleteNi saya datang raya haji pula. Selamat Hari Raya Aidiladha :)
ReplyDeletebetul2 raya terkejut tahun ni kan haha
ReplyDeleteKalut sungguh raya kali ni. Kelam kabut semuanya. Mana yang ada je lah. Yang penting raya diraikan dengan meriahnya.
ReplyDelete