Pages

Wednesday 11 May 2022

Kacau dodol di 2 Syawal

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebut fasal dodol rasanya ramai dah maklum. kalau dulu dodol ni sinonim dengan musim perayaan. tapi sekarang, sepanjang tahun kita boleh beli dodol di mana-mana sahaja. online or offline.

tapi bagi anies secara peribadi, bila dapat buat dodol ketika musim perayaan tu... feeling dia tu... lagi best! kata orang, ni barulah raya! 😂😂

nak resepi dodol? klik kat SINI.

teknologi dan peralatan moden yang ada sekarang macam pressure cooker dan thermomix banyak membantu orang ramai. kalau teringin nak makan dodol, guna je mana-mana peralatan ni. tak perlu cari kayu api, tak perlu kacau dodol berjam jam. sediakan bahan... then, ting! siap!

kali ni, kami kacau guna dapur gas je. sebelum ni kami pernah kacau dodol guna kayu api di 1 Syawal (boleh baca perkongsian anies di SINI). tapi tahun ni masing-masing dah tak larat. dahlah raya mengejut. jadi, guna jelah peralatan sedia ada.

sebenarnya plan nak buat dodol ni sebab request cousin anies. so mama cakap, dia okey je. dia boleh sediakan bahan. tapi part mengacau dodol tu dia tak nak buat. then cousin anies cakap diorang bersedia nak kacau dodol sampai masak. senang kerja!

lepas sarapan kami mula sediakan bahan-bahan. dari kopek kelapa, parut kelapa, perah santan, masak air gula... semua buat sama-sama. untuk kali ni, kami guna 4 kampit tepung pulut. so, total dodol yang kami dapat buat kira-kira 10kg.

dodol yang siap dimasak, kami masukkan dalam bekas plastik dan setiap bekas beratnya 500 gram. setiap family akan dapat 3 bekas. okeylah tu kan... 

gambar / video masa kacau dodol cousin yang banyak snap. anies malas nak kacau geng-geng Tik Tok ni. baik anies layan tetamu yang datang... 

gigih tolong kacau dodol. alaa... masa dodol lembut lagi memang ramai volunteer nak tolong. bila dodol dah keras, semua lari entah ke mana!😂😂😂

thanks Anor for the video... masa ni dodol baru sahaja 'berusia' sejam lebih. 3 hours to go! chaiyok kepada tukang kacau dodol💪💪💪

dodol yang dah sejuk dipek macam ni supaya senang nak agih-agihkan. kalau jual, tak silap anies harganya dalam anggaran RM13 - RM15 (kalau salah, tolong betulkan ya)

korang pula... apa aktiviti yang korang buat bersama family sempena Hari Raya tahun ni selain ziarah menziarahi? jom share!

thanks 4 reading...
daaa

32 comments:

  1. No lo conocía se ve rico. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. se trata de la actividad de nuestra familia durante nuestro festival Eid. Hemos cocinado juntos nuestro postre tradicional.

      Delete
  2. No lo conocía se ve rico te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. se trata de la actividad de nuestra familia durante nuestro festival Eid. Hemos cocinado juntos nuestro postre tradicional.

      Delete
  3. Dah lama tak mengacau dodol. Hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Gigih betul mengacau dodol. Kalau masak dalam pressure cooker pulak, macamana nak mengacaunya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu x payah kacau sbb tau2 je dah msk😅

      Delete
  5. rajin kacau dodol bukan mudah nk buat salam aidilfitri anies n fmili

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ramai2 ok kak kalau sorg2 tu yg penat

      Delete
  6. meriah kacau dodol sdiri...kwn dlu ada jual juga sblum nk raya...tp lama dh die tk buat since pkp

    ReplyDelete
  7. Tahun ni kat rumah emak Mrs. A tiada dodol seperti selalu sebabnya orang yang selalu amik tempahan dodol tu sekeluarga positif covid19 :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa ye ke? semoga mereka sekeluarga cpt sembuh dan dpt buat dodol seperti selalu

      Delete
  8. Ada lagi ke dodol tu, nak gi beraya =))

    ReplyDelete
  9. buat lepas sarapan adalah tenaga nak mengacau. kalau time puasa semua lemah je. sedapnya dodol melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah 1 sbb x kacau dodol time puasa tu laa...

      Delete
  10. Ternyata dodol juga ada di Malaysia yaa kak Anis. Baru tahu pun 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mas... di sana pun ada dodol juga ya?

      Delete
    2. Ada, ketika hari Raya Aidil Fitri sering makan dodol...

      Delete
  11. ahahha mesti berat.. saya kecil dulu pernah coba membuat dodol, susah payah mengaduk sampai berkeringat..

    ReplyDelete
  12. Dodol yang ini sedaaapnya, yang ngacau dodol cantik

    ReplyDelete
  13. Rajin betul kacau dodol guna kudrat.
    Hehe makcik kita guna mesin.

    ReplyDelete
  14. syoknyaaa kacau. sejak pakcik meninggal dh tak ada org nk bt dodol

    ReplyDelete
  15. Best dapat buat dodol ramai-ramai macam nie.. Macam-macam ragam ada kan Anies..

    ReplyDelete
  16. Wah, bestnya dapat mendodol begini! Meriahlah!

    ReplyDelete
  17. Syoknya nyer.... Dah lama mak tak kacau dodol... Masa. Kecik kecik dulu time nak raya jew mesti kacau dodol

    ReplyDelete
  18. tu dia dodol fresh alahai sedapnya

    ReplyDelete
  19. Betul tu Anies. Bukan musim perayaan pun boleh dapat dodolnya. Haha tang mengacau tu bukan masa lembik je ramai nak kacau. Tang pegang kejap nak bergambar pun ada. acah acah..hihi...

    ReplyDelete
  20. Baca postingannya jadi kangen dengan dodol. Jadinya otw cari dodol nih (^^)

    ReplyDelete
  21. kalau raya thn depan kacau dodol. nk order lah

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆