✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ada yang tak kenal tebu ke?😅 masa kecil dulu, antara snek paling sedap adalah tebu. kami (zaman budak-budak) percaya kalau 'ongges' tebu nanti gigi akan jadi kuat!😂😂
dulu boleh dikatakan setiap rumah di kampung ada tanam tebu. dan rumah anies pun tak terkecuali.
mungkin tanah di kampung kami subur untuk tanaman tebu. pun begitu penghasilannya taklah sampai boleh export ke kilang gula.
kadang kala kalau ada penduduk tebang tebu, lebihannya akan dihantar ke masjid / surau. kalau terlalu banyak, mereka hantar ke sekolah. memang sukalah budak-budak sekolah dapat tebu free. macam dapat Ferrero Roche😂😂😂
masa kecil juga, mama anies pernah jual air tebu tepi jalan. tak dinafikan air tebu kami laku keras. harga pun murah je. RM0.50 sebungkus.
kalau musim panas lagi laris. kadang baru je buka payung, pelanggan dah tunggu/beratur. seronok pula rasa bila kenang balik memori jual air tebu ni.
sekarang bulan Ramadan, boleh dikatakan rata-rata tempat jual air tebu. harga pun dah mahal. RM3 untuk sebungkus air tebu. tapi kalau nak beli, carilah yang baru diproses. kalau tak nanti dapat air tebu masam.
korang ada cerita menarik berkaitan dengan tebu? jom share kat ruangan komen!
thanks 4 reading...
daa
KAK DULU BERKEBUN TEBU ..BULAN PUASA ADA JUGA YG DATANG BELI BORONG LAPANGLAH KEBUN
ReplyDeleteakk tanam tebu hitam ke?
DeleteBetul masa kecil selalu emak akan potong tebu 4 segi panjang dan kemudian kerkoh sampai tinggal betul hampas.
ReplyDeleteSekarang memang tidak tanam tebu. Mungkin kekok sudah makan.
nak kekoh tebu gigi tanggal dulu NA hehehe
DeleteIni tebu manis dan banyak air...
ReplyDeleteYa, air tebu sangat mahal apalagi di bulan Ramadhan
ya betul. ada juga yang menipu. campur air tebu dengan air gula ;-(
DeleteThanks for your sharing:) I'll waiting for your visite my Instagram...
ReplyDeleteMy Ig: https://www.instagram.com/camdanduslerblog/
already follow your IG ;-)
DeleteAda tu hari beli air tebu.. Satu bungkus je. Dah 3 hari tak habis lagi..ada simpan dalam peti ais. :)
ReplyDeletemasam dah tu air tebunya
DeleteDe niña chupaba las cañas de azúcar, Te mando un beso.
ReplyDeletejajaja... quiere decir que compartimos el mismo recuerdo... pero como hoy? ¿Aún chupas la caña de azúcar?
DeleteDah lama tak makan tebu macam itu sahaja. Rindunya zaman dahulu
ReplyDeletemeh laa dtg kg sy
DeleteDitempat saya sudah tak ada lagi penjual tebu
ReplyDeletedulu sempat viral, entah kenapa kini sepi penjual
viral kerana apa, mas?
Deletelooks interesting:)
ReplyDelete😀😀
Deletemasa zaman gigi ala Suarez dulu segan nak makan tebu sebab nampak huduh nau. huhu. tapi air tebu memang kegemaran time berbuka puasa. kena cariklah petang ni. ko dah mention
ReplyDeletetapau sebungkus lg
DeleteNice planta. Regards.
ReplyDelete👍👍
Deletees air tebu memang best lah, di sini masih ada yang menjualnya kak, satu cup lima ribu rupiah.
ReplyDelete5k rupiah tu, with ice ke?
DeleteSamala dulu ada pokok tebu, meninggi tak semak hehe. Segarrr :)
ReplyDeletethen, tebu2 tu buat apa?
Deletedlu kecik2 blk kampung, arwah atok ptg2 bawa balik tebu dr kebun...mmg sronok mkn...suka la air tebu tp sejak2 viral air tebu tercemar dgn kes kencing tikus so jd fobia nk minum smp skarang...kalau tk, bulan puasa mesti cari air tebu
ReplyDeletetu la... eee x leh byg air tebu campur kencing tikus
DeleteDulu tebu tqnam depan rumah. Nak makan ambil Dan potong sendiri. Sedapp
ReplyDeletedan jimat👍👍
DeleteSedapnya air tebu. Dulu puas minum sebab abah saya jual air tebu dan tanam tebu jugak. Dulu syoklah hongges, sekarang gigi pun tak kuat. huhuhu...
ReplyDeleteseronok kan jd anak penjual air tebu ni. haus je boleh minum trs😀
Deleteteringin minum air tebu ms bulan pose ni..ade sekali tu beli. ingtkan dpt fresh air tebu rupanya xtau la entah bila punya. rasa jgn ckp la..da tntu kurng ..huhu
ReplyDeleteeee apa punya perangai laa penjual niiiii
DeletePernah rasa air tebu dan makan tebu sebelum dikisar jdi air . Memang sedap ..manis
ReplyDeleters fresh sgt kn?
DeleteDulu puas jugak minum air tebu bila bulan puasa abah saya jual. Tebu pun ambil kat kebun sendiri tanam. Segar rasa bulan puasa dapat minum air tebu. Dulu murah lagi 50sen sebungkus dan boleh dapat air banyak kan. Sekarang mana dapat air 50sen.
ReplyDelete50 sen tu fiza kot dpt straw je😂
Deletetak pernah lg gigit tebu hahah sbb gigi tak kuat. terus bwk kedai suruh perahkan
ReplyDeletetry yg da potong kecil2 besttt
Deletelamanya tak makan tepu.. asyik minum air tebu dlm kotak
Deletekalau perasan rumah2 cina akan tanam tebu hitam
ReplyDelete