Pages

Tuesday, 19 April 2022

Apa itu Web 3.0?

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum ini, korang mungkin pernah dengar Web 1.0 atau Web 2.0. tapi macam mana pula dengan Web 3.0? korang faham ke Web 3.0 ni? apa perbezaannya? pentingkah untuk kita tahu tentangnya?

hari ni anies nak share sedikit ilmu teknologi yang dipetik menerusi Twitter yang ditulis oleh @amirhaakim . kalau korang ada akaun Twitter, bolehlah follow Amir ni ya!

>>::<<

1. Web pada hari ini - web yang kita semua tahu pada hari ini adalah Web 2.0. Ia extension daripada Web 1.0. pada mulanya, web hanya bertujuan untuk website beri maklumat. dan kita boleh baca / menerima. Web 2.0 mengubah segala-galanya. 

Pengguna boleh mencipta content mereka sendiri, website mula menjadi platform untuk mengedarkan content dan bukan saja menerima maklumat.

media sosial menjadikan Web 2.0 satu realiti dan memulakan evolusi yang masih berterusan hingga kini. FB, IG, Twitter, TikTok, YouTube dan lain-lain adalah platform di mana pengguna sendiri yang membuat content. Inilah Web 2.0.

2. Web 3.0 - next step dalam evolusi web ialah Web 3.0, satu lagi 'update' yang bertujuan untuk menjadikan web lebih baik dan sedikit berbeza.

pencipta asal ialah Tim Berners-Lee. beliau menggelar Web 3.0 sebagai 'web Semantik'. idea umum beliau adalah supaya web akan menjadi lebih terbuka, autonomous dan intelligent. ini memberi banyak spekulasi. kita sudah jelas apa matlamat Web 3.0 tapi bagaimana kita ingin capai?

cara untuk mencapai langkah evolusi seterusnya menjadi lebih jelas dari semasa ke semasa. dengan kemajuan teknologi sekarang, alatan dan teknk kini membolehkan kita mencapai Web 3.0 dengan lebih mudah.

3. bahagian baru dalam Web 3.0 - keseluruhan teknologi yang berkemungkinan besar akan membolehkan kita mencapai evolusi Web 3.0:

-Artificial intelligence
-Blockchain technology
-Internet of Things
-AR/VR

sekarang mari kita lihat satu persatu, belajar sedikit tentang bahagian tersebut dan macam mana ia menyumbang kepada Web 3.0 secara keseluruhan.

4. Artificial Intelligence - AI memainkan peranan yang sangat penting dalam Web 3.0. perhatikan perbezaan dua ayat ini:

a) Saya sayang NFT
b) Saya ❤ NFT

kedua-dua ayat ini sama maksudnya tetapi ditulis secara berbeza. ini hanyalah contoh asas yang kita boleh nampak macam mana ia beralih daripada simple text processing kepada intelligence processing, di mana website belajar untuk memahami pengguna mereka dengan lebih mendalam.

dengan ini, pengguna akan mendapat better experience. semakin lama semakin banyak web belajar untuk memahami emosi kita dan akan menjadi semakin baik pengalaman keseluruhan. user experience. matlamatnya adalah untuk memberi content yang kita benar-benar mahukan.

satu lagi peranan AI adalah untuk menajdikan web lebih terbuka. smart devices seperti voice assistants membolehkan pengguna menggunaka web tanpa memerlukan komputer atau telefon pintar. seperti Siri dan Alexa. mereka membantu pengguna mengakses web dengan cara yang berlainan.



5. Technology Blockchain -  Blockchain adalah pangkalan data decentralized di mana tiada seiapa pun memiliki data tersebut. Data diedarkan kepada berbilang 'nodes' yang semuanya berinteraksi anara satu sama lain. tiada siapa boleh memanipulasi data kerana ia tidak boleh diubah.

Blockchain memainkan peranan penting dalam menjadikan web lebih terbuka untuk semua orang. apabila platform menjadi decentralized, mustahil untuk menghalang mana-mana pengguna untuk akses ke web.

Cryptocurrency boleh menjadi satu cara untuk memberi peluang yang sama untuk semua pengguna untuk  mendapatkan wang di web dan membayar orang lain untuk perkhidmatan mereka, tanpa ada mana-mana autoriti yang boleh menghalang sesiapa sahaja. decentralization juga akan menjadikan web lebih autonomous.

6. Internet of Things - IoT memaninkan peranan yang besar dalam menjadikan web lebih terbuka. lebih banyak device berbeza disambungkan ke internet, lebih baik mereka membenarkan pengguna untuk mengambil bahagian, web menjadi lebih terbuka.

7. AR/VR - Augmented Reality membawa web ke dunia nyata. semakin ia maju, semakin jauh web menjadi natural dalam kehidupan seharian kita.

contoh aplikasi yang anda boleh gunakan sekarang yang membenarkan anda melihat macam mana perabot baru akan kelihatan dalam bilik anda. Aplikasi akan datang mungkin diserap dengan lebih lancar ke dalam kehidupan kita. dengan ini web menjadi lebih mudah diakses dan terbuka.

Virtual Realiti akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Mungkin akan datang anda tidak perlu travel berats kilometer lagi untuk melihat yang anda ingin beli di bandar lain.

anda hanya perlu pakai set VR dan boleh berjalan melalui rumah baharu anda dalam grafik seperti kehidupan sebenar sebelum anda membeli rumah itu.

kalau anda nak belajar lebih banyak tentang Web 3.0, NFT dan lain-lain, sila follow Twitter @amirrhaakim ya.

thanks 4 reading
daaa...

41 comments:

  1. teknologi digital terlalu cpt berubah ..belum fasih asas blog dah mcm2 pula timbul...ambil tau setakat boleh ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tp at least kalau org tanya kita tahu laa apa benda web 3.0 ni

      Delete
  2. Saya mencuba jugak NFT artwork.. tapi belum nak aktif lagi. Sekarang tengah tunggu Pi Coin untuk KYC. Harap2 nya okay lah harganya nanti.

    ReplyDelete
  3. nice info, kak.. saya belum faham tentang ini, tetapi sedikit ada gambaran mengenai VR

    ReplyDelete
  4. i do not know those all informations:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats okay it's about technology

      Delete
    2. yeep... I am interested more in cosmetics:D

      Delete
    3. thats good. follow your passion👍

      Delete
  5. i do not know those informations:)

    ReplyDelete
  6. Boa tarde minha querida amiga. Desejo uma excelente terça-feira.

    ReplyDelete
  7. Explorasi yang berliku ni haha, ada platform simple macam ni pun terkapai-kapai hehe..thanks for sharing Anies.

    ReplyDelete
  8. Wah tidak bayang macam mana web jadi lebih autonomous. Nanti kena alami sendiri.

    ReplyDelete
  9. Wah tidak bayang macam mana web jadi lebih autonomous. Nanti kena alami sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mcm mn pn kena alami sendiri br fhm😀

      Delete
  10. Muy interesante no lo sabia. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Artikelnya bermanfaat sekali kak.. salam kenal yaa

    ReplyDelete
  12. Thanks share. benda macam ni ada kemungkinan ditanya dalam interview kerja di zaman sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan luar skop keje tu mmg biasa... teringat member dulu apply marketing dia dok tanya tahu tak apa tu integriti? hahaha

      Delete
    2. aku interview content writer pun kena tanya apa itu IR4.0. bergulung lidah menjawab

      Delete
    3. ko tanya org tu balik. en faham tak apa itu 'peti ais?'

      Delete
  13. saya ketinggalan dalam bab ini....hehehe

    ReplyDelete
  14. Makin canggih dunia skrg tq anies for sharing

    ReplyDelete
  15. Banyak terms yang kurang difahami ni. kalau minat mesti banyak tahu. Thanks share infonya Anies.

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum. hi anies..
    fuhh berhari2 xdpt taip komen kt blog anies.huh xtau pasai pa. nasib ok harini.
    saja nak kunjung balas ^,^ sihat ke? puasa ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... blogger tgh update sistem rs nya... bertabahlah yaya

      Delete
  17. Banyak term yang tak berapa nak faham ni. Untuk peminat web sukalah kalau ada info macam ni. Terima kasih share Anies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda baru mcm tu laa.. xpe lama2 nnt kita akn fhm jua

      Delete
  18. nice info. lama dh tak belajar coding. rindu pulak zaman study pening dgn web. hehe

    ReplyDelete
  19. Untuk AI dan AR/VR terasa dalam aktifitas saya karena sering pake google One dan coba filter. Untuk Internet of Things belum begitu terasa dikarenakan device yang digunakan masih smartphone. Mungkin kedepannya Web 3.0 bukan hal yang baru, bahkan banyak yang berlomba-lomba membuatnya karena manfaatnya begitu terasa

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆