✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Taiwan memang terkenal dengan pasar
malamnya. Tak sama macam pasar malam kat Malaysia ni yang cuma
beroperasi pada hari2 tertentu sahaja tapi kat sini, pasar malamnya
beroperasi hampir setiap malam! Dan apa yang membuatkannya meriah
adalah, kewujudan stall2 dan gerai2 kecil yang jumlahnya sangat
banyak!
Shilin Night Market (SNM) adalah
antara pasar malam wajib singgah kalau dah sampai Taipei. Ada juga
pasar malam lain yang besar dan meriah tapi SNM berada di tangga
teratas.
Untuk ke sini senang je. Just naik MRT
(line merah) dan berhenti di stesen Jiantan. Then jalan kaki kira2
70 meter je, dah pun sampai. Tak payah risau fasal sesat sebab orang
sangat2 ramai lebih2 lagi kalau korang pergi selepas pukul 6.00 petang.
Kami memang dah pasang hajat nak
'buang duit' kat sini. Yelah... lepas ni dah nak balik Malaysia. Bila
lagi nak gunakan duit Taiwan yang ada tu? Kalau laku duit tu kat
Malaysia, tu lain cerita hahaha
Maka, menapaklah kami dari satu gerai
ke satu gerai. Ada yang berniaga tanpa payung, ada yang berniaga
bawah bumbung, ada yang berniaga just bentang tikar kat kaki lima...
pendek kata, macam2 ragam peniaga. Walaupun mereka jual barang2 yang
hampir sama, namun itu bukan masalah besar. Anies perhatikan, ada je
pengunjung yang singgah membeli walaupun si penjual hanya bentang
tikar dan jual stoking.
Kami merayau sambil perhatikan barang
yang nak dibeli. Nak beli makanan memang taklah sebabnya makanan
halal tu memang meragukan. Yang boleh dimakan cuma buah-buahan je.
Bila tengok buah-buahan potong yang dijual, memang boleh terliur. Nina
sempat beli jambu buat alas perut. Sedap dan manis pulak tu! Memang
tak rugi membelinya.
Kami berada kat sini lebih kurang dua
jam. Ingatkan sebelum balik nak pekena ais mango tapi tak jumpa /
mahal.
Puas merayau, puas membeli belah, kami
pun balik ke hotel dengan MRT...
dah selamat sampai di Stesen Jiantan. pastikan korang tak terkeliru kalau nak ke sini sebab di line merah MRT ni juga ada Stesen Shilin. tapi jarak antara Stesen Shilin ke SNM agak jauh. dan stesen MRT paling dekat dengan SNM adalan stesen Jiantan. ingat tau, Stesen Jiantan!
dah sampai! jom kita masuk!
pemandangan biasa kat SNM...
gerai buah... geram tau bila tengok buah-buahan ni. rasa nak angkut semua bawa balik Malaysia!
ni lah jambu nina beli. sedapppp... tapi tak boleh kalah epal yang kitorang beli kat Carrefour. boleh baca kat SINI.
maaflah ya kalau gambar gegar atau blur sebab sambil jalan sambil snap... tengok tu! ramai kan umat manusia! sampai berlaga tumit hehehe...
gerai tikam-tikam macam ni memang banyaakkkkk sangat. nasib baiklah iman kitorang masih kukuh, kebal dan mantap. hahaha... kalau tak, mau terjerat juga sebab terliur tengok teddy bear yang gedabak sebesar alam tu hahahaha....
kami masuk ke bahagian berbumbung... rambang mata oiii bila tengok macam2 barang nak beli....
rasanya casing hp paling banyak dijual kat sini... nak yang mahal, yang murah...semua ada!
beg2 comel macam ni memang banyak dijual...
siapa suka t-shirt 'I 💓...' boleh cari kat sini. boleh tawar menawar. kalau beli banyak, lagi banyak diskaun...
udang hidup pun ada juga...
do you see what i see? hahahaha...
mochi halal... macam mana tahu halal? sebab kat kotak tu ada logo halal...
ais krim...
okey... tu je perkongsian hari ni...
thanks 4 reading...
daaa....
Pasar malam di pulau Borneo juga setiap malam,dan sama kayak di Taiwan, macam-macam barang yg dijual, sampai2 gua malas membeli karena nggak punya uang hehe
ReplyDeleteapa nama pasar malamnya mas? mana tahu 1 hari nanti saya ke pulau borneo boleh saya singgah pasar malam tu nanti...
Deleteambik ko..sekor mcm tu dia jual..udah macam jual kambing golek..haha
ReplyDeletehaip jgn tgk😆
Deletemenarik sangat...
ReplyDeletecuma kalau jalan-jalan tanpa makan-makan memang bukan sesuatu yang best sangat..
cuci mata boleh kot
tu laa... nk mkn x boleh so tgk je laa haha
Deletetulah dinamakan makan angin..
Deleteps: kiriman awak dah sampai..alhamdulillah...kalau saya nak balas hadiah...bagaimana saya nak kirim kan hadiah tersebut,,
nama penuh tak de..
boleh bac
ikut je alamat yg sy br
DeleteBestnya Taiwan..makanan ada yang halal ada yg tak halal la kan..tapi rasanya Taiwan dah ada package Muslim kan...buah2 tu buat SA terliur
ReplyDeletebila pegi sendiri mcm ni laa... kena pandai2 cari ;-)
DeletePergh.. Banyak betul gambar makanan.. mochi.. aiskrim.. Buah-buahan tu pun ohsem..
ReplyDeletekalau halal mmg pokai kitorang ;-)
DeleteBoleh bayangkan dah... Memang pokai dan bulat jadinya..
Deleteand beg akn beranak pinak😆
Deletehaaaaa;)
ReplyDeletemesti penat berjalan sebab pasar malam dia panjang dan banyak gerai kan ;)
ni pn g tmpt tertentu je xtawaf semua
DeleteThis is one of the places yang saya teringin sangat nak pergi kalau saya ada peluang ke Taiwan.
ReplyDeletepegi tau jgn x pegi!
Deletemesti banyak anies memborong kat pasar malam situ
ReplyDeletex de laa kak beli sikit2 je yg berkenan
DeleteHaha. Anies, kalau dah niat nak buang duit, "kerja" (Read : shopping) akan jadi lebih mudah. Betul tak? 😂
ReplyDeletehahaha org pompuannnnn
DeletePqsar malam memang jadi kesukaan walau di mana pun pergi.
ReplyDeletetp pulus kena lebih hahaha
Deletei miss travelling
ReplyDeletebla nk travel lg? ;-)
DeleteJual udang ke apa tu? Tak melompat pulak ye udang hidup tu. Btw macam suasana pi pasar malam kat Cameron Highland je ramai2 camni..
ReplyDeleteyap udang hidup
DeleteShopping sakan ole-ole lah kat sini kan
ReplyDeleteshopping brg2 yg x sempat beli je ;-)
Deletebestnyer travelling..
ReplyDeletekalu x best x tau laa hehe
DeleteMeriah dan happening-nya pasar malam!
ReplyDeletemenggoda purse😆
DeleteBuah-buah tu sungguh menggoda selera!
ReplyDeleteu r rite
DeleteYg dipanggang tu mmg takleh go hahaa.. tp buah2an tu mmg buat tertarik nak makan.. nampak fresh
ReplyDeletejgn tgk😆
Deletebanyak duit, sampai sampai "nak buang" kat Shilin Night Market.
ReplyDeleteseronok shopping ye.
hahaha...
DeleteKalau nak makan setakat sotong raja ke kentang spring ke boleh la... insya Allah boleh makan...
ReplyDeletebli boleh tkt xtertelan😅
DeleteOmg besar kerbau panggang tu. hihi. pasar malam ada tikam2 macam fun fair kan
ReplyDeletetu laa sik baik xterliur😆😆
Delete