✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bila dah cuti panjang... hmmm... apa lagi blog pun sama juga bercuti... tapi bila dah lama ditinggalkan maka secara tak langsung angin kemalasan mula bertiup sepoi2 bahasa... nehiiii.... noooo... jangannn...
cerita menarik memang tak ada. yang ada ni haa... cerita Taiwan yang sampai ke tahun 3000 pun belum tentu habis ke tak ni... hahaha...
Okey laa... cerita ni bersambung dari SINI.
Lepas makan, solat
dan rehat, kami keluar semula dan terus tuju Shuishe Visitor Center
(SVC).
Sebenarnya
aktitiviti 'bergerek' (1st time dengar perkataan ni masa
baca novel Norhayati Berahim - loghat utara) dah lama dirancang. Since kitorang
pergi Vietnam dulu. Tapi at the end tak jadi pun nak naik basikal. Then tunda trip ke Cambodia kononnya. Still
tak jadi juga sebab tak jumpa kedai sewa basikal. Rupa2nya 'jodoh' nak naik basikal ni berlaku kat SML
hahaha... punyalah happy masa tu bila dapati dalam SML pass ada
diskaun untuk menyewa basikal. maka anies dan nina pun melompatlah sampai ke ⭐😆😆😆
Lokasi (kedai) menyewa
basikal berada di tingkat bawah SVC. Kami sewa untuk 2 jam. Kalau tak
silap bayarannya NT260. Tapi nina yang belanja. Terima kasih nina!
Muah ciked!💋
banyak jenis basikal disediakan sampai rambang mata nak pilih. belek punya belek, then Nina pun pilih
mountain bike sementara anies pilih basikal biasa je. Tak adalah biasa
sangat sebab ada gear. basikal biasa cuma ada brek je kan...
Memula mengayuh,
'gayang gayang' jugalah sebab dah lama tak 'bergerek'. Tapi lepas tu,
rasa nak merempit je hahaha...
laluan berbasikal
ni sebenarnya dah ditetapkan (oleh pihak penyewa). 3.2 KM je jarak yang kami boleh kayuh. Walaupun 3.2 KM, tapi terasa jauh jugalah. So total pergi – balik 6.4 KM - dah
cukup untuk membakar kalori lemak2 degil kami hahaha... pun begitu, laluan berbasikal ni taklah sampai mengelilingi tasik. tasik ni tersangatlah besar, okey. tak cukup 2 jam. mungkin 5 jam kot untuk orang yang tak semput fit macam kitorang hahahaha...
sepanjang mengayuh
ni, kita bukan sahaja dihidangkan dengan view menarik SML tapi juga
dapat melihat aktivit2 harian penduduk di situ. Penat mengayuh dan
bila terjumpa spot bergambar, kami pun berhenti. Banyak spot
menarik sampai tak tahu nak pilih yang mana... masa tu barulah terasa menyesal sebab sewa basikal 2 jam je....
Kayuh punya kayuh
akhirnya kami sampai di Xiangshan Visitor Center (XVC). Bangunan unik
ni sebahagiannya under construction. So kami pun park basikal kat parking yang disediakan then mula meninjau2 kawasan. Ramai juga pengunjung masa tu. Tak ada apa-apa yang
menarik kat sini. XVC ni lebih kurang macam muzium tapi 'bukan muzium' sepenuhnya. Faham tak? Mungkin bila dah selesai construction barulah tempat ni penuh dengan pelbagai aktiviti kot! tiada bayaran masuk dikenakan di sini.
Keluar dari XVC,
kami kembali semula ke SVC mengikut laluan yang sama. Cuaca masa tu
dah gelap. Bukan sebab nak masuk maghrib tapi sebab mendung dan
anytime hujan akan turun. Kami cepat2 kayuh bimbang terlebih masa
(nanti kena bayar extra). Tapi sampai ke sudah tak hujan pun.
Nak tunggu masa
genapkan 2 jam, kami berhenti di spot2 tertentu dan bergambar. Kira2
5 minit sebelum tamat waktu sewaan, kami pun sampai di SVC.
Fuhhh lega
rasanya... alhamdulillah... 'cita-cita' nak naik basikal tercapai
akhirnya... lepas ni tak ada nak ralat2 or mengidam lagi ya nina! Hahaha...
okeylah... dan
macam biasalah, anies sertakan beberapa keping gambar yang sempat kami snap
sepanjang aktiviti 'bergerek' ni... cekidaut!
nilah kedai sewa basikal bagi pemegang SML pass. lokasinya di tingkat bawah bangunan SVC. kalau tak ada SML pass tak apa. boleh sewa basikal macam biasa tapi tak dapatlah diskaun 20%. ada banyak kedai sewa basikal kat SML ni. cari yang bersesuaian dengan bajet anda ya.
dalam kedai sewa basikal... ada basikal tertentu yang ditawarkan bagi pemegang SML pass. kalau tak ada SML pass, korang boleh pilih apa sahaja basikal yang dikehendaki. tandem bicycle turut disediakan termasuklah basikal untuk kanak-kanak. kadar sewa setiap jenis basikal berbeza ya...
ni basikal yang anies sewa. memang sengaja cari yang ada bakul sebab barulah nampak ciri2 perempuan Melayu terakhir gituwwwww... hahaha padahal tak ada kena mengena langsung antara basikal dengan ciri2 keperempuanan...
nina pilih mountain bike. sebab dia cakap nak kayuh sampai ke puncak gunung. gunung mana entah dia nak daki kat tasik ni hahaha ... tak ada laa... dia pilih basikal ni sebab nak nampak macho hahahaha...
so, bila masing2 dah dapat basikal, dah jelaskan bayaran, dah diberitahu tentang laluan berbasikal, maka staf kedai terus tunjukkan kami permulaan laluan. dan lepas tu, apa lagi... kami pun merempitlah sampai tak hengat dunia hahaha...
laluan kami melewati banyak lokasi dan pemandangan menarik seperti Shuishe Dam, Xiangshan Scenic Outlook dan banyak lagi. kami berhenti sekejap kat Shuishe Dam untuk bergambar sebelum menyambung kayuhan. kalau ikutkan hati nak je terus kayuh sampai XVC dan bila berpatah bali baru berhenti untuk ambil gambar.
budak degil! orang dah cakap tak boleh kayuh kat laluan berkayu ni... tapi dia buat jugak!
alaa... yang ni pun 2x5 juga degilnya hahahaha... laluan berkayu ni adalah kawasan Shuishe Dam...
semua basikal kena park kat sini sebelum masuk XVC... jangan risau basikal hilang sebab semua basikal dibekalkan dengan kunci...
dah sampai XVC... macam anies cakap tadi, XVC ni under construction. tapi bukan semua bahagian. so, lepas park basikal kami terus masuk.
view dalam XVC
kat bahagian luar XVC yang menghadap SML... masa ni cuaca dah mula berubah mendung...
on the way balik ke SVC... sebelum sampai XVC akan lalui jambatan ni juga... lokasi kat sini memang cantik untuk bergambar...
XVC ada di belakang...
eh eh... ada pakwe tengah skodeng kitalah...
hujan dah mula rintik2... kami berhenti kat mana2 yang dirasakan cantik then snap...
rintik dah masa ni tapi kami stil berdegil tak nak balik... ni kat depan Shuishe Dam...
kat Shuishe Dam. ramai pengunjung dah beredar bila tengok awan tu macam nak runtuh hitamnya haha
view seberang jalan kat Shuishe Dam... ada niat juga nak melintas jalan masa tu tapi kereta bertali arus terus tak jadi...
sebelum kami pulangkan basikal, kami berhenti kat satu tempat ni... entah apa namanya... masa tu juga hujan dah tak turun lagi...
mem besar tengah fikir macam mana laa nak langsaikan hutang2 BW yang tertangguh tu... sabar ya mbak2 mas2 semua... nanti anies terjah satu persatu...
sebahagian gambar credit blogger nina
okey... tu je perkongsian hari ni... thanks 4 reading....
daaaa...
Tempatnya indah jadi tak terasa sama hutang hehe salam buat semua blogger Malaysia.
ReplyDeleteya mas sgt2 indah
DeleteSeronoknya berbasikal dekat tempat macam ni. Saya dah lama tak berbasikal ni T^T
ReplyDeletebla nk mula?😊
Deletecomel je basikal dengan bakul tu..!
ReplyDeletetapi berat
Deletesinggah BW. seronok tgk gambar2 anies
ReplyDeleteterima kasih😊
DeleteWaah ... pilihan yang tepat nih memilih mountain bike, kak .. kuat menjelajah ke banyak destinasi.
ReplyDeleteMantap 👍
ingat nak pilih basikal roda tiga😆
Deletewahhhh.. bergerek dia.
ReplyDeleteakak pun teringin nak buat, tapi tak yakin mampu dek kerna lutut ku ini.
k yan guna laa basikal letrik xyah kayuh
Deleteanies..tak kna saman ke kayuh basikal di laluan berkayu tu..hihi
ReplyDeletexde saman. cuma xdibenarkan berkayuh je😊
Deletewuah keren sangat
ReplyDeletesaya suka dengan suasananya sejuk sekali dan bersih jadi nak sekali pergi ke tempat itu
pergilah mas.
Deletesekali seumur hidup
Kalau saya lagi cuti juga malas untuk mengurus blog. Terlalu asek jalan-jalan dan berwisata. Disana juga ada jasa penyewa sepeda ternyata.
ReplyDeleteAyo ditunggu nih channel youtubenya biar lebih seru.
betul tu mas😆
Deletepergh.. pi dengan nina..
ReplyDeleteha ah
DeleteSeronoknya berbasikal.. Kikiki.. Kawasan tasik tu pun lawa.. Seronok nie beriadah..
ReplyDeletemmg pn kalu dkt hari2 g jogging
Deletecantik basikal :)
ReplyDeletebasikal sewa😆
DeleteTerasa macam nak naik gerek juga la, tapi rasa macam ada lokasi menarik nak berkayuh macam kat SML tu
ReplyDeleteempangan tasoh kan ada?😆
Deletebergerek dalam bahasa Sarawak ...berpakwe makwe..
ReplyDeletehahahaha..
apapun berbasikal memang best kalau kena pada tempat yang menarik
tgk tu loghat lain da jauh maksudnya😆
DeleteWahhh seronoknya berbasikal.. klu kt sini time2 mcm tu compem berjurai2 peluh hahaa :D
ReplyDeletekuruih terus😆
Deletesyok naik basikal sambil menikmati keindahan alam
ReplyDeletebetul tu😄
Deleteselalu berangan nak wat cam gitew ...hahaaa
ReplyDeletekt melaka pn bleh buat jg😊
Deletebest ... best best;)
ReplyDeletekawasan pon cantik nak diterokai
tu mmg xdinafikn😊
DeleteTaiwan Nampak jer kecik .... tapi boleh tahan juga keindahan nya ;)
ReplyDeletekaya dgn alam semulajadi😊
DeleteBest pulak tengok orang naik basikal..
ReplyDeleteTak tau la saya ni boleh naik basikal lagi ke tidak...haha
acu try dulu😀
DeleteEnaknya kalau ada liburan dan rezeki untuk berkunjung keren
ReplyDeleteya mbak ummi😄
DeleteCantiknya view..kalau bagi saya 6km nak kayuh tu pun dah rasa nak muntah. Daebakla Anis..
ReplyDeletetu pn ada dtop bkn kayuh trs😊
Deletehihi blog pun cuti yea.. anies rajin menulis kipidap thanks info jenjalan taiwan ni ^^
ReplyDeletekn rajin😄
Deletenina jatuh terduduk kt sini nis 😭😭😭 sakit smpai skrg risau kalau jd slipped disc
ReplyDeletekn g check tu
Delete