Pages

Friday, 8 June 2018

Taipei, Taiwan: Poshpacker Hotel

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Balik dari Carrefour (boleh skodeng entry-nya kat SINI) kami terus ke hotel. sebelum tu, masa kat TMS, kami sempat singgah kat VIC (Visitor Info. Counter) untuk bertanyakan lokasi hotel. since both of us tak ada beli / langgan mana2 anak ikan sim card dan yang sewaktu dengannya, maka terpaksalah tanya macam2 walaupun kami dah siap print screen lokasi hotel.

lepas tu bermulalah pencarian hotel. lokasinya taklah jauh sangat dengan TMS. cuma tu laa... banyak simpang, lorong, bangunan sampai konfius dibuatnya. jalan punya jalan... Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa juga hotelnya.

hotel kat Taipei ni boleh tahan mahal juga laa... puas godek2 Trivago tu... nak cari hotel murah dan selesa tapi nan hado... sebenarnya ada. cuma harganya tulah yang tak berapa nak ngam dengan bajet kami yang super ciput taik hidung masin

anies booked hotel ni dan bayar on the spot. sebabnya, kami tak nak duit hotel bercampur dengan perbelanjaan lain. once dah pernah buat masa kat Cambodia dulu. kita rasa macam kita bawa banyak duit. tapi terlupa duit hotel tak bayar lagi. maka, time nak shopping tu, bercatulah duit poket. so, tak nak perkara sama berulang, kami bayar siap-siap! senang hati!

then proses check in pun cepat. staf hotel cuma minta passport je. lepas tu terus dapat kunci. tak sampai seminit dah selesai.

hotel yang kami pilih ni 'special' sikit sebab bilik dan bilik air berasingan. bilik air kat luar. tak apa laa... kami bukannya nak duduk lama. yang penting dapat rehat dan lelapkan mata.

lepas check in, kami memasak dan lepas tu rehat and zzz sampai keesokkannya... nak keluar malam tapi kaki beri isyarat tak larattttttt..... letih lor...

front view PH... haip! bukan Pakatan Harapan ya 😁😁😁

laluan dari Taipei Main Station (TMS) ke PH...kira2 650 meter atau 10 minit berjalan kaki...

bersebelahan kaunter atau lebih tepat lagi, lobi hotel. kalau korang ada instant camera, boleh laa tampal polaroid kat sini. kami tak ada camera tu sebab kami guna kamera cap ayam dara je... kah!

sebelah pintu masuk / kaunter / lobi hotel, ada cafe PH... bau kopi harum semerbak. memang nak try tapi tak tahu laa kenapa sampai ke sudah kami tak try hahahahaha

nombor bilik kami, 506

since biliknya kecil, jadi kami tak dapat nak snap keseluruhan bilik... ni gambar versi dalam kelambu...

ni gambar versi luar kelambu...
setiap katil ada TV sendiri. tapi macam biasa laa... TV tengok kami😁😁😁

singki di bilik air... yang pasti, sangat bersih okey!

tandas a.k.a toilet a.k.a jamban a.k.a rest room... berapa banyak a.k.a. daaaa

antara kemudahan dalam bilik air... dan yang pintu putih tu adalah bilik mandi / shower room. lengkap dengan shower, bath cream, sabun dan syampu...

underground floor atau lounge. kat sini boleh panaskan makanan (ada microwave), boleh bancuh air dan juga luggage storage...

kemudahan lif. macam biasa, kena touch dulu access card, baru lif boleh bergerak...

kemudahan lain yang disediakan termasuklah wi-fi, tuala, peti ais, safety box dan lain2. walaupun kecil tapi kami puas hati sebab bersih dan selesa. insya allah, kalau ke Taipei lagi bulan depan, pasti kami akan menginap di sini...


alamat: No. 39, Section 1, Chongqing South Road, Zhongzhen District, Taipei City, Taiwan 100
tel: +886223755555

thanks 4 reading...

daaaa....

p/s sambung BW

25 comments:

  1. selalunya bilik okay je kita x fussy sangat janji selesa sesuai nak buat aktiviti peribadi haha.. tapi kalo CT main concern adalah toilet kena dlm bilik x mahu kongsi da. penah sekali dok kat Perth terlepas pandang isu ni.. tengah bisnes dalam toilet ada orang lain mabuk kalot gila nak masuk jugak. tho da habis bisnes takot nk bkk pintu. syukur bawak phone so wasep adik sdare eheh.. since then tak mau daaa toilet share.

    ReplyDelete
  2. selalunya hari perjalanan sampai tu aktiviti kurang sikit. jauh menapak nak familiar itu ini. tu kaki kasi signal tu tidooo la esok nak kerja keras lagi hehe..

    ReplyDelete
  3. hahahaha kelakar jamban lg best mandi dr bilik.. kalau la boleh bawa balik

    ReplyDelete
  4. Memang nampak selesa sangat tempatnya ni.

    ReplyDelete
  5. Toilet kat luar pun takpelah asalkan cantik camtu. Berselera sikit nak mandi lama2..

    ReplyDelete
  6. BANYAKNYA TANDAS..DI LUAR BILIK TIDUR XSEKALI LAGI OK KOT

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. Ok sgt hotel ni disamping jimat expenses.. klu dgr cerita sha yg bilik air kat luar, mmg akan rasa tak selesa.. tp bila tengok gambar2 suasana interior hotel semua tu, rasanya ok sgt utk lepas penat dan menginap dgn selesa.. menarik :)

    ReplyDelete
  9. bilik air nampak sangat selesa ...

    ReplyDelete
  10. menarik info ini...

    kesian juga kalau tak menginap di hotel 5 Star..

    ReplyDelete
  11. Catchy nama hotel tu Poshpacker hehehe...

    ReplyDelete
  12. syoknya anies. nnt blhlah MB buat rujukan kat sini kalau nak travel ke taipei :)

    btw, anies join jer la GA MB tau biar xda fb. heheeee

    ReplyDelete
  13. bilik air walau kat luar,..tiptop :)

    ReplyDelete
  14. Wah bulan depan pegi lagi ya! >_< ok set! Hana packing barang siap2 ya?! hahaha :P

    ReplyDelete
  15. Tak reti nak guna trivago.. kadang bila compare harga situ then bila direct ke website rupanya tak campur tax lagi.. bookingdotcom jugak jd pilihan hati.. huhu

    ReplyDelete
  16. bagusnya hotel ni, service terbaik and bersih!

    ReplyDelete
  17. macam mana la boleh lupa locker.. adoi

    ReplyDelete
  18. woww lawanyaa! kemas dan selesa nampak hehe

    btw, jemput join segmen blog saya :D

    ReplyDelete
  19. Menarik gak hotel tu walaupun bilik air duk luar kan...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆