Pages

Tuesday, 12 June 2018

Begedil sosej

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Nah, idea untuk korang yang dah tak tahu apa lagi nak masak untuk berbuka atau buat hidangan tambahan di pagi raya nanti.

bahan2: (anggaran untuk makan 3 orang)

3 biji kentang saiz besar*
2 batang sosej (tak kisah laa sosej ayam atau lembu)*
2 ulas bawang putih*
1/2 labu bawang besar*
1/3 serbuk lada putih
1/3 sk garam halus
3 sudu bawang goreng
1/2 batang lobak merah (dipotong dadu - halus)
sebatang daun bawang (potong kecil)
sehelai daun sup (diracik halus)
telur

cara membuat:

1. goreng semua bahan bertanda *. tapi jangan terlalu masak.
2. sejukkan bahan2 yang digoreng kemudian blend semuanya hingga halus. (jangan campur air!)
3. masukkan semua bahan berwarna dan uli seketika.
4. bentukkan begedil ikut kesukaan dan celupkan dengan telur yang telah dipukul. kemudian goreng.
5. sedia untuk dihidangkan.

(p/s kalau kentang dan sosej direbus terlebih dahulu, dikhuatiri begedil akan pecah ketika menggoreng)

begedil yang dah serupa macam cekodok hahahaha...

dan di kesempatan ini, anies nak mohon jutaan ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa dan tersilap berbicara sepanjang persahabatan kita di alam maya ini. kepada yang bakal memandu untuk pulang beraya, hati2 memandu ya... semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... dan jangan lupa, bayar zakat fitrah ya... one more, jemputlah datang ke rumah ya... (tu pun kalau nak duit raya laa)😁😁😁

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

24 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri...

    ReplyDelete
  2. igt cokodok pisang td..hihi

    ReplyDelete
  3. Sedap ni buat tambah-tambah menu.
    Salam lebaran, Anies.
    Have an enjoyable meaningful Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  4. Begedil makan dgn soto ni sedap hehee

    ReplyDelete
  5. Bagi lah resipi senang macam mana pun kat Hana,malas satu hal,jadi tak jadi pun satu hal jugak haha >_<
    .
    Thank you for the recipe kak Anies!! ^^ tunggu ngam timing Hana try buat ya! haha :3 Salam AidilFitri jugak!!! *kita acah2 peluk dari jauh ja ya :P

    ReplyDelete
  6. Haaaaa, kompem best bergedil ni makan dengan soto. Mak pulak dah request soto raya ni

    ReplyDelete
  7. wowww begedil sosejj! biasa jumpa begedil kentang, daging or ayam je hehe. menarik :D

    ReplyDelete
  8. wife ejulz suka makan ni :)

    ReplyDelete
  9. waa. nmpk sedap. buat kudapan. hihi. mkn dgn ns panas pun onzz

    ReplyDelete
  10. Saya tak suke begedil tapi kalau ada sosej mahu juga makan :D

    ReplyDelete
  11. Dimakan untuk takjil bersama enak sangat begedil. Wassalam.

    ReplyDelete
  12. saya pernah tersasul sebut..

    begedil dengan berdegil..

    hampir sama

    ReplyDelete
  13. Bagus juga idea anies tu.bergedil sosej.selamat hari raya maaf zahir vatin anies

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Anies, enjoy your raya :D

    ReplyDelete
  15. salam sis anies..
    SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN JUGA ye..

    ReplyDelete
  16. Enak kayaknya hehe, sama2 gua juga mohon maaf lahir dan batin hehe

    ReplyDelete
  17. hai kakak.. selamat hari raya aidilfitri. ada open house dak ? nak terjah hehe..

    ReplyDelete
  18. boleh try ni.. harap kerajinan menjelma

    ReplyDelete
  19. Semalam buat begedil ayam. Nanti boleh cuba buat yang ni pulak

    ReplyDelete
  20. Bagus jugak ni. Bukan selalu ada stok daging cincang dlm peti ais. Sekali sekala tukar sosej utk jadi bahan begedil, menarik jugak.

    ReplyDelete
  21. Senang sangat ni tapi memerlukan kerajinan jugak hehehe.

    ReplyDelete
  22. Pergh!! Menarik.. Boleh dicuba ini..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆