Pages

Monday, 21 August 2017

Sukan SEA 2017: ke opening ceremony

✿...السلام عليكم✿

Asyik cerita pasal jalan2 je kan... mesti korang boring hahaha...

so, hari ni rasa macam nak update pasal Sukan Sea, pasal opening ceremony yang ohsem aritu...

lepas beli tiket, hati ni memang tak sabar2 nak pergi. nak tunggu tarikh 19hb rasa macam lamaaa sangat.

tiba kat Bukit Jalil, dah boleh nampak suasana yang meriah. walaupun dah rintik2 masa tengah beratur nak masuk, tapi tu semua tak menjejaskan keadaan.

cerita dengan gambarlah yek...

wajib ada. kalau tak ada, melopong laa ko depan pintu masuk 😁

park kereta kat LRT Ampang since parking bertingkat FOC sampai hujung bulan 9. thanks Sal! then naik train terus ke Bukit Jalil. tambang return cuma RM3.30 je.

suasana kat stesen LRT Bukit Jalil. sesak sebab masing2 nak beli tiket balik. haaa... time2 gini laa pentingnya kad TnG tu...

suasana depan LRT. suka tengok keadaan Bukit Jalil sekarang. banyak dah perubahan yang berlaku. tampak segar. surau pun dah lebih besar. ruang solat wanita di tingkat atas. sebelum ni di tingkat bawah, belakang jemaah lelaki. oh ya... kiri kanan laluan ni penuh dengan food truck. so tak payah risau laa pasal makan minum. macam2 menu ada. dalam stadium pun ada food truck juga.

time panas2 gini memang sedap pekena cendol...

ni depan gate C. panjang giler punya Q tapi tak perlu beratur lama2 sebab pegawai yang check tu tak ambil masa lama sangat. yang penting korang tak bawa barang yang dilarang termasuk botol air. ya, botol air tak boleh bawa masuk! ada faham...

antara persembahan pancaragam dari sekolah2 sekitar KL/ Selangor. salute kat adik2 ni sebab dalam hujan lebat pun boleh pulun. bersorak penonton tengok persembahan diorang.

gamat stadium masa ni. persembahan daripada Angkatan Tentera Malaysia. di akhir persembahan, diorang menyanyikan lagu Gemuruh. memang bergemuruh 1 stadium dibuatnya.

bila majlis dah mula, memang tak ada mood nak snap gambar. banyak video semata.

gempita stadium bila kontinjen negara berarak masuk... 

kontinjen negara

antara persembahan yang anies suka. sebelum kapal2 ni keluar, part menunggang kuda tu memang salute lah! terbaik! agaknya tengok kat tv masa ni lagi best kot

rasanya ramai yang tak tahu, menara obor 'tersembunyi' dalam 'pentas wau' tu. bergema stadium bila menara tu muncul dan bertambah bergempita bila Nur Dhabita menyalakannya... dengar ramai yang tak setuju Dhabita yang terpilih. tapi nak buat macam mana.... rezeki dia nak terbang malam tu 😁

ni je laa yang sempat anies share kan... memang meriah. ramai puji pembukaan kali ni memang ohsem. tabiklah kat mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni...

untuk closing ceremony, insya allah... kalau belum balik kampung masa tu, mungkin anies akan pergi kot... tengok keadaan! jom!

p/s tahniah kepada atlet2 negara yang telah berjaya menyumbangkan pingat untuk negara. mudah2an sasaran 111 pingat emas akan tercapai sebelum 30 Ogos nanti...

30 comments:

  1. memang best sgt opening ceremony sukan sea 2017 ni


    dulu ms study kt sana penah sekali masuk stadium bukit jalil utk event apatah....x ingat tp yg syoknya sebelum event bermula ada pengacara tu ajak buat ombak satu stadium. Gila seronok...hahahaha....berombak satu stadium

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda wajib buat bla msk stadium dan crowd ramai ;-)

      Delete
  2. i tengok kat tv je...huhu...apapun bangga malaysia dapat buat opening ni dengan jayanya...bangga!!

    ReplyDelete
  3. ermm..xpernah sampai bukit jalil..jakunkan cik nor..haha

    ReplyDelete
  4. menariknye....blom ada kesempatan untuk tengok...

    ReplyDelete
  5. mmg best acara pembukaan ..cantik dgn lampu bertukar warna

    ReplyDelete
  6. Menarik sgt.. tak berkesempatan pergi tp seronok tengok gambar2 tu semua.. thanks sharing Anies. Jom sama2 kita doa dan sokong yg terbaik utk pasukan negara kita! :) :)

    ReplyDelete
  7. wahhhh bestnye sis anies dpt pegi sana!
    ana nonton dpn kaca tv aja mlm tu hehe

    ReplyDelete
  8. Wah! bestnya Anies dapat pergi.
    Mrs. A tengok kat TV je sekejap memang awesome sangat rasanya

    ReplyDelete
  9. happeningnyaaaa.. puas hati lah dpt masuk tgk live

    ReplyDelete
  10. bestnye anies dapat tengok live!

    ReplyDelete
  11. Cantik dan menarik..
    Akak tengok kat tv je..

    ReplyDelete
  12. hati bengkak membaca entry ni.tak dapat mengimbau kenangan tahun 2001. haha. ingat dapat tengok closing, tapi tu pun gagal sebab mak ajak balik beraya.
    *nangis atas keyboard*huhu

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆