✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
dalam sibuk tengok kiri kanan bandaraya London ni, tiba-tiba mata tertancap pada satu bangunan yang sememangnya sudah lama menjadi London's iconic. apa lagi kalau bukan Big Ben!
dengan serta merta, anies terus bunyikan loceng dan turun. sebelum tu dah siap-siap pakai baju hujan sebab masa tu hujan agak lebat.
suasana kat depan Big Ben ni agak sibuk. bukan sahaja dengan kenderaan tetapi juga dengan orang ramai.
anies perhatikan, dalam hujan2 tu, ada juga yang sibuk snap photo, selfie, wefie etc. dalam hati dah boleh agak, tu mesti pelancong.
tengok diorang selamba je snap gambar dalam hujan, tak kan kita nak pandang je kot. haruslah amik dua tiga keping kannnn...
selfie pun selfie laa janji dah sampai sini dan boleh senyum puas...
gembiranya hati bila dah sampai sini... sebenarnya memang tak plan langsung nak jejak ke sini. siapa sangka, main redah je boleh sampai? hahaha... syabbas betti!
walaupun baru nak masuk pukul 5 tapi hari dah gelap. sejuknya kemain mencengkam. tambah pulak hujan... waduh...tangan pulak mengigil2 nak snap gambar. reda je laa bila camera kena hujan...
tak puas snap sekeping si London's iconic ni...
jalan2 sekitar kawasan Big Ben ni... jumpa laa tugu tokoh terkenal ni... apa? korang tak kenal? dah dah! pegi bukak balik buku teks sejarah tu!! ishhh... macam mana laa korang nak masuk rancangan clever girl ni hahahah
kawasan lapang depan Big Ben. sorry laa tak tau nama...
bangunan sebelah Big Ben
dalam area yang sama...
akhirnya sampai juga di sini... 1st time anies dengar nama Westminster Abbey ni masa hari kematian mendiang Puteri Diana di mana kerandanya dibawa ke sini untuk official ceremony sebelum mendiang dikebumikan di Althorp. lepas tu, pada 2011, anak mendiang, Prince William melangsungkan perkahwinan di sini... so, secara tak langsung gereja ni menjadi tarikan untuk dilawati bila dah sampai kat London ni...
besar and tinggi betul WA ni...
gambar apa ntah yang anies snap ni hehehe
bangunan berhadapan dengan WA... terlupa namanya...
kalau sampai sini awal sikit mesti dapat masuk... tak pe laa... kita tengok dari luar pun dah cukup...
boleh nampak tak?
sekali tengok, binaannya lebih kurang sama je dengan The Notre Dame kat Paris tu. boleh skodeng kat entry INI.
juga suasana depan WA.
bahagian tepi WA.
menyusuri jalan sebelah Big Ben.
atas Westminster Bridge
Sungai Thames... masa ni memang tengah tahan sejuk...
cuma mampu tengok dari jauh... The London Eye dari atas Westminster Bridge...
kalau ikutkan hati memang anies nak berlama-lamaan kat area sini tapi apakan daya. hujan masih berterusan dan cuaca bertambah sejuk. tangan memang dah kaku since since glove kebasahan dek hujan. so, anies decide terus ke stesen underground berdekatan.
sampai kat stesen tu, tak tau hala ke mana lagi nak pergi. tak kan nak balik kot. awal lagi ni walaupun dah gelap. belek peta sekejap. tetiba ternampak satu tempat ni. yeahhh boleh pergi ni!
ke mana tempatnya tu?
tungguuuuu
CANTIKNYA LONDON..BILALAH NAK SAMPAI SINI BERANGAN JE LAH ANIES
ReplyDeletemak aiiii, London tuuu
ReplyDeletesaya belum pernah jejak sini lagi huhu
kita tggu nie...hihi
ReplyDeletetumpang seronok tengok Anies travel...
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeleteWowwww cantik photography dan pengalaman yang menarik dapat jejak kaki ke sini!
ReplyDeleteKemana empat yg di tuju next?
ReplyDeletecantik seni bina bangunan kat sini..
ReplyDeletemmg cantik bangunan tu...teringat cerita english lama lama...
ReplyDeleteDulu pernah beberapa kali berlari2 sepanjang sg thames tu, jogging.. terasa mcm Rocky pulak lari2 huhu.. rindulah tempat2 nie :)
ReplyDeletesuka seni bina bangunan sana.. nampak unik je smuanya.
ReplyDeletekat cameron highland pon dah terasa sejuk dah, inikan
pulak kat London sejuk + hujan. perhhhh sejukkk! eehee
lawanyaaaa kalau siang mesti dpt tgk puas2 🙂🙂 nmpknya nis kena p london lg
ReplyDeletecantinya pemandangan waktu malam kat situ
ReplyDeleteGambar semua cun melecun...
ReplyDeleteBila la nak sampai ke sana ni..
ni yang hang cerita gi redah sorang2 tu kan? syabas betii!!! Big ben ni kan ikon London, kira complete lah kalau dah sampai
ReplyDelete