Pages

Saturday, 12 December 2015

Bersediakah anda untuk anjakan pemikiran?

✿...السلام عليكم✿

Jika anda inginkan 2016 menjadi tahun terbaik yang anda pernah alami, maka anda perlu BERMULA DENGAN MINDA anda. 

Orang yang mencapai tahap tertinggi di dunia melihat kehidupan dan dunia mereka dari aspek minda ‘kemungkinan' (possibilities) dan rezeki 'melimpah ruah' (abundance).
Apabila minda anda beralih daripada kekurangan kepada banyak, daripada terhad kepada kemungkinan, anda mula melihat semua peluang yang ada di hadapan anda. Lebih banyak wang, lebih banyak lagi hubungan baik terjalin, lebih daripada segala-galanya, semuanya betul-betul di hadapan anda. Apa yang anda rasa mustahil sebelum ini, kini dianggap boleh atau ada harapan dan kemungkinan. Anda perlu memiliki minda terbuka untuk menikmati semua kemungkinan ini sebelum anda boleh melihatnya.
Apabila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut perancangan anda, anda perlu berusaha untuk mencari peluang baru. Anda perlu aktif mencari jalan keluar dari tahap kehidupan anda sekarang, dan meletakkan diri anda untuk mengenal pasti dan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang ada di depan anda. Peralihan minda anda dari kekurangan kepada kemungkinan adalah titik permulaan untuk mengubah apa yang orang lain fikirkan sebagai mustahil menjadi realiti.
sumber: emel Dr. Hj. Azizan Osman
*i miss this moment

16 comments:

  1. ramai yg bercakap tentang perubahan minda tapi ramai yg xfhm nak buat lagu mana heh...heh..

    ReplyDelete
  2. satay kt atas meja tu yg menarik perhatian..

    ReplyDelete
  3. moga 2016 beri kita sinar kebahagiaan dan kecemerlangan.. amin..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah telah bersedia..

    Semoga tahun 2016 thn yg terbaik untuk kite.. Ameenn..

    ReplyDelete
  5. org yg berjaya adalah org yg pandai menggunakan peluang ...

    ReplyDelete
  6. bersediakah? ermm ... azam baru pun belum list lagi ni hehe :p

    ReplyDelete
  7. 'i miss this moment' ... kursus ke tu? :)

    ReplyDelete
  8. Segalanya bermula dari minda kita sendiri. Klu bnyk sgt yg negatif, apa pun tak bley hehee... salam berblogging Anies... :)

    ReplyDelete
  9. Suka para last sekali tu..in shaa Allah peluang tu sentiasa ada

    ReplyDelete
  10. anies..sedang berdiet ke..3 batang sate jer..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn diet KA tp ms ni time belajar ada jamuan ;-)

      Delete
  11. Salam singgah sini anies...eyalah satay tu yang buat tergoda...hihi

    ReplyDelete
  12. mahu atau tak kena bersedia la nampaknya..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆