✿...السلام عليكم✿
Ada sesetengah company / tempat kerja, mereka ada mengeluarkan policy untuk tidak membenarkan pekerja mereka berniaga atau menjalankan sebarang urusniaga tanpa kebenaran / kebenaran bertulis selagi mereka berada di dalam premis terbabit.
tapi, rasanya ramai je yang tak ambil pusing pasal policy ni sebab bagi mereka, selagi ianya tak menjejaskan kualiti kerja, ia bukan satu kesalahan besar.
pandangan anies sendiri, seharusnya policy tersebut harus diubah memandangkan keadaan ekonomi yang kita alami sekarang. selagi staf yang berniaga tu tidak melanggar etika / mengganggu tugasan, ianya masih dibolehkan / diteruskan tetapi dengan bersyarat.
kalau setakat nak jual tudung, barangan tupperware, promote insurans + unit trust, jual kerepek termasuk kuih raya tu, rasanya tidak laa sampai memudaratkan prestasi kerja... ye dok?
tapi kalau dah berniaga tu sampai tak datang kerja, ponteng memanjang or pagi ada petang lesap, maka policy tersebut bukan takat ubah je, malah perlu diharamkan terus untuk berniaga ;-)
rasanya ramai kalangan blogger yang bekerja ada buat bisnes kecik2 macam ni kan? and i'm not an exception to this case. berniaga pun sekadar nak bantu sesama kita. bukan sebab nak cepat kaya ;-)
bak kata Dr. Azizan, di mana ada masalah di situ ada peluang.
contohnya, member nak barangan tupperware, so kita tolong belikan (penuhi keinginannya). kita dapat laa sedikit komisyen. walaupun tak banyak, sekurang2nya ada laa sikit extra income untuk bulan tersebut kan... daripada mengharapkan RM2.6B tu jatuh bergolek2 ke dalam akaun sendiri... entah bila agaknya keennn... ;-)
tak kan laa nak berniaga sampai macam ni kat opis kan... apa ko ingat opis tu bapak ko yang punya? ngeh ngeh ngeh
well, pandangan yu ols macam mana pulak?
p/s thanks to blogger cik Ash kerana 'meletupkan' kotak komen semalam ;-)
Kat tempat ofis akak pun sama..
ReplyDeleteTak dibenarkan utk berniaga .
Tapi ada juga kekawan yg berniaga..
Periuk Noxxa yg akak beli tu dr kawan ofis.. boleh ansur byr lagi ;))
Mcm anies kata tolong kekawan kan..
nak berniaga kat opis time rehat mkn ok kot...
ReplyDeleteselagi tak menggangu kerja utama....rasanya tiada masalah....
ReplyDeleteapa yang penting juga kalau boleh terus support perniagaan sesama islam...
ReplyDeletedekat ofis Lissa ada ja pun yang buat bisnes kecil-kecil.. Lissa suka sebab kadang-kadang lebih murah dari beli luar. hehe
ReplyDeletePada Sha, ok je nak berniaga di ofis. As long as kerja siap pada masanya, tak mengelat dan tak melebihkan kerja part-time dari full-time :)
ReplyDeleteLagipun dengan ekonomi kita sekarang, tak ada sumber pendapatan kedua = pengsan nak tunggu hujung bulan T_T
setuju
DeleteSeronoknya anies kalau jual semua habis..skrg ni mmg perlu cari duit sampingan semua serbamahal
ReplyDeleteRM 2.6 b jatuh bergolek masuk dalam akaun.. syoknya !!!
ReplyDeleteofis yg tak bagi staf berniaga tu mmg kejam...hahaha...
ReplyDeletezaman sekarang kena carik side income weiii...
tapi staff pun kena pandai la, jgn sampai keje hakiki terabai..
cik ash tu bila nak bom kotak komen wak pulak., hehe2
ReplyDeletetakat berniaga jual barang sikit-sikit tu OK lah, tapi kalau sampai curi waktu pejabat nak antar barang or amik stok, ponteng keje sebab ada job kat luar macam fotografi ke, tu memang tak patut OK.tu yang makin teruk keje, makin rasa tak cukup.sebab tak berkat
ReplyDeletepolisi tak benarkan berniaga tu perlu la kot ... sat lagi lebih-lebih lak kan semua staff :)
ReplyDeletekalau setakat jual sikit-sikit no hal jer walaupun polisi tak benarkan ... time rehat boleh sangat promote :)
ReplyDeleteAssalamualaikum anies,
ReplyDeleteBerniaga kat office tak salah but depend on the company. Tapi kalau bukak vendor boutique & bising mcm pasar sampai mengganggu staff lain too much laa. Pokok pangkal kena pandai. Bisness sorok2 or but group bisness dlm WA.. Nk tgk brg pi kereta..hihihi
betul tu, dalam keadaan sekarang perlu dibenarkan pekerja berniaga side income
ReplyDeleteSalam singgah sini anies...keadaan ekonomi sekarang ni memang ramai yang berniaga untuk tambah pendapatan...Diana pun macam tu juga anies...tak salah berniaga kat tempat kerja yang penting tidak menganggu kerja kita kan....
ReplyDeleteKalau nak berniaga macam gambar kat atas tu anies...nak kena buka kedai tu...hihi
ReplyDeleteBg cikna ok je stkt niaga kecil2an jnji xgngu krje btw cikna pun niaga teh hijau/merah saje skdr m'isi masa lapang..;-)
ReplyDeleteyup betui.. xsalah nak brniaga selagi xlanggar etika kerja.. :)
ReplyDeleteSalam kak anies ! yana setuju sebab memang dah ramai orang buat sambilan berniaga ni dan membantu
ReplyDeletesetakat buka katalog , pastu ambik order , rasanya masa rehat pun blh buat kan ... anggap je beri rezeki kat org ...
ReplyDeleteZaman skrng nk mmg kebanyakkan yg bergaji perlu inisiatif tambah pendapatan utk sara kos kehidupan yg semakin tinggi. Asalkan ada etika dan displin rasanya tak salahlah kot... janji kerja jln spt yg sepatutnya.
ReplyDeleteKecuali kalau ada orang dengan senang hati nak bagi derma...huhu
ReplyDeletebetul tu Anies..suburkanlah budaya berniaga dikalangan orang kita.sampai bila kita nak bergantung pada kaum lain yang tidak akan membantu kita..
ReplyDeleteasalkan kerja buat tak mengelat ok la.. biarkan selari bisnes n kerja hakiki
ReplyDeleteKalau ketua cakap ok apa salahnya.. namun perlu berpada-pada, jangan sibuk berniaga sehingga menjejaskan prestasi kerja hakiki..
ReplyDelete