Pages

Wednesday, 3 December 2014

Kincir air Nabi Yusuf AS @ Al-Fayyoum : kincir ini boleh bertasbih?

✿...السلام عليكم✿

(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, dia pun berkata), 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya) ta'birkanlah kepada kami (seorang yang bermimpi dan melihat), tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau seta tujuh tangkai lagi yang kering (ta'birkanlah) supaya aku kempada kepada orang yang mengutusku itu, semoga mereka mengetahui ta'birnya.'

Yusuf menjawab, 'hendaklah kami bercucuk tanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai itu, tinggalkanlah sedikit pada tangkainya daripada bahagian yang hendak kamu makan.'

"Kemudian selepas tamat tempoh tersebut, akan datangnya kemarau dan makanan yang kamu simpan akan berkurangan kecuali hanya sedikit sahaja yang dapat kamu simpan (untuk dijadikan biji benih)"

"Kemudian akan datang pula selepas itu (tamat musim kemarau) kamu akan peroleh hujan (rahmat) dan (disebabkan hujan itu) kamu akan mendapat hasilnya) (Yusuf : 46 - 49)

>>::<<

bersambung dari SINI dan SINI.

kisah Nabi Yusuf AS sememangnya 
menarik untuk dihayati. bermula 
daripada dirinya dibuang oleh abang2nya 
sehinggalah baginda menjadi orang 
yang dihormati di Mesir, banyak 
mengajar kita, sesungguhnya ketakwaan 
kepada-Nya serta bersabar di atas 
setiap ujian, pasti membuahkan nikmat 
yang tidak terhitung.

pun begitu, entry kali ni bukan nak 
share tentang sejarah Nabi Yusuf AS ya...
tapi nak share sesuatu yang dikhabarkan 
berkait dengan Nabi Yusuf AS.

menurut riwayat, salah satu persiapan 
yang diarahkan oleh Nabi Yusuf AS 
sebelum Mesir dilanda musim kemarau 
adalah membina kincir air. menurut riwayat 
juga, sebanyak 300 buah kincir air dibina 
untuk mengalirkan air ke kawasan2
penanaman zaitun, kurma, anggur 
dan sebagainya.

namun pada hari ini, hanya 4 buah 
kincir air sahaja yang tinggal. apa 
yang terjadi pada 296 buah kincir 
yang lain? wallahu 'alam.

kesempatan berada di Al-Fayyoum, 
kami terjah ke pusat bandar di mana 
lokasi kincir air ini berada. mungkin 
ada yang dah saksikannya sendiri 
menerusi Jejak Rasul, jadi perkongsian 
ni sekadar menambah apa yang 
pernah yu ols saksikan...

inilah kincir air yang dimaksudkan. terletak betul2 di tengah2 pusat bandar Al-Fayyoum, kira2 50KM dari Kaherah. tak dapat nak mengagak tentang saiznya. tapi boleh dikatakan ianya 99% diperbuat daripada kayu. menurut riwayat, warna asal kayu kincir tersebut adalah sama sepertimana ia dibina pada kira2 8000 tahun yang lalu! Subhanallah! 

menurut kak ngah (petikan daripada kata2 ustaznya), suatu ketika dahulu jika sesiapa sahaja menghampiri kincir air ini, mereka akan dengar bunyi putaran kincir ini seolah2 seperti sedang bertasbih! Subhanallah! hal ini bukan sesuatu yang mustahil kerana ianya mempunyai kaitan dengan salah seorang hamba-Nya yang mulia.

tapi sekarang, bila kawasan sekitar ini dipasang dengan pagar, maka pengunjung tak dapat lagi mendengar 'bunyi bertasbih' dari kincir tersebut. hanya dapat melihat bentuk dan bagaimana ia berfungsi...

selain dipagar, kawasan sekitar kincir ini tidak diurus dengan baik. pada pandangan anies, tempat bersejarah seperti ini seharusnya diambil berat oleh pihak berkuasa. bukan kerana ia sebahagian tempat tumpuan pelancong tetapi kerana sejarahnya yang tidak ternilai pada seluruh penduduk Mesir. boleh tak bayangkan, seandainya Nabi Yusuf AS tak dapat mentafsir mimpi tersebut dan Mesir berterusan dilanda musim kemarau hingga ke hari ini?

lepas je snap gambar ni, kami terus dihalau oleh seorang peniaga di situ. katanya, kami dah mengganggu bisnesnya. pada hal, masa kami ada kat situ, cuma 2-3 orang je pelanggannya! selain sikapnya yang 'teramatlah sopan' tu, dia sempat mengugut kami. katanya: "kalau nak bergambar, kena bayar EGD5 (RM2.50)!" pastu, kak ngah merungut: "uh! macam laa kawasan tu dia yang punya! padahal masa kak ngah datang ke sini 3 tahun lepas, tak ada pun restoran ni... lapang je... tak de pagar, tak de kena bayar langsung!" mmm... kalau kat Malaysia, dapat peniaga macam ni, sure esok dah jadi viral kat FB agaknya!

p/s sebarang kesilapan fakta, mohon diperbetulkan... 

semalam yang hectic... BW satu persatu...

36 comments:

  1. Huhuhu...bila harta awam dijadikan hak persendirian...

    Mujurlah dia tak suruh bayar bila tanah di kawasan itu dipijak atau udara disedut. :(

    ReplyDelete
  2. owhh nie la kincir air tu.. dulu xdapat tengok..huhu..

    ReplyDelete
  3. owhh nie la kincir air tu.. dulu xdapat tengok..huhu..

    ReplyDelete
  4. dah 8000 tahun tapi warna dan struktur masih sama..subhanallah.beruntungnya anies dapat tengok peninggalan Nabi Yusuf a.s

    ReplyDelete
  5. bila baca ni, teringinnya nak ke sini bawak Ash jalan-jalan makan angin...

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya dpt ke situ....

    ReplyDelete
  7. 8000 tahun??? tu dia. masih tahan macam tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8000 tahun? Betulkah? Dari mana dpt fakta itu? Diriwayatkn, Nabi Yusuf dilahirkan kira-kira pd tahun 1650 SM. Dicampur dgn 2014 (tahun artikel ini ditulis), lebihkurang ialah 3664 tahun. 8000 tahun itu ialah lebih kurg jarak masa Nabi Adam dgn waktu sekarang.

      Delete
    2. bukan sy ckp tp ustaz yg bawa kak ngah ke sini yg beritahu. so kak ngah smpi kn pd kami. kalu slh maknanya kami dpt info yg slh

      Delete
  8. Menarik apa yg anies kongsikan nie.. tapi bila tang part yg last tue geram jer baca..boleh pulak main halau2 ek..

    ReplyDelete
  9. Menarik..

    Ambik kesempatan laa tuh tgk plak pelancong nak ambik gambar..

    ReplyDelete
  10. ALhamdulillah...terima kasih berkongsi...bersabarlah yer...almaklumla, di tempat orang...nasib baik berjaya merakam tanpa dikenakan bayaran...

    ReplyDelete
  11. Kasarnya depa ni.. Hana kadang pun tak faham kenapa org depa blah timur tengah ni perangai tak friendly langsung. Padahal seagama tu. Pergi umrah layanan kat kedai mcm hampeh. siap baling2 lagi.

    ReplyDelete
  12. Indah kali iya kalau selfie disana. Oh iya salam kenal dari kota tasikmalaya (Indonesia)

    ReplyDelete
  13. TQ kongsi kisah yg saya tak pernah baca lagi tentang Nabi Yusuf ( pasal pembinaan kincir air ni)...

    Saya boleh bayangkan sikap berlagak & kasar pak arab yg mintak bayaran tu !

    ReplyDelete
  14. subhanallah
    ilmu baru anies.. tqvm

    ReplyDelete
  15. Salam Anies...brtuahnya Anies dpt melihat dgn mata sendiri kincir yg dibuat oleh Nabi Allah Yusuf 8000 tahun yg lalu
    SubhanaAllah!!

    ReplyDelete
  16. Subhanallah...
    Kincir air masih ada walau telah beribu tahun berlalu...
    Seharusnya peninggalan sejarah dijaga rapi...esp yang berkaitan dengan Nabi dan Rasul yang mulia..

    ReplyDelete
  17. alahai, boleh pula jmpa meniaga cmtu..atas je pagar eh, bwah ok je..
    sabau jelah jumpa peniaga 'sopan' gitu yer..

    ReplyDelete
  18. Menarik sejarahnya tapi sayang tempat2 mcm tu tak diuruskan dgn baik.. mungkin juga sbb permasalahan pentadbiran dan politik di sana kot.. apa pun, ini satu perkongsian yg menarik & bermanfaat.. Thanks sharing Anies.. :)

    ReplyDelete
  19. berawal dari 300 buah kini hanya tinggal menyisakan 4 kincir air ya kak :)

    ReplyDelete
  20. Subhanallah. Teguh betul walaupun dibuat dari kayu.
    Sayangnye xdapat dengar ia bertasbih.
    * Nasib kat negara orang. Kalau kat Malaysia..viral..tutup kedai.

    ReplyDelete
  21. subhanallah, di mesir, cantiknye

    ReplyDelete
  22. subhanallah, di mesir, cantiknye

    ReplyDelete
  23. Seronoknya kalau dpt tgk sendiri hasil sejarah tinggalan para Nabi... Allahuakbar...

    Kemain kerek eh peniaga tu.. .heheh

    ReplyDelete
  24. masih ada kesan sejarah beratus tahun lamanya. Subhanallah. Pemimpin yang memimpin Mesir hari ini pun selepas Dr Morsi tidak memandang berat kesan sejarah ini.

    ReplyDelete
  25. alhamdulillah , masih blh berfungsi lagi ... tak berkat ler org tu berniaga ... ermmm

    ReplyDelete
  26. Allahuakbar... 8000tahun dulu punya binaan masih kekal smpai ke harini.. terima kaseh kak anies share ttg kncir angin ni.. teringinnya nak jejak ke sana sndiri..

    hurmm sllu dgr psl org2 Arab ni agak kasar :(

    ReplyDelete
  27. Subhanallah... 8000 tahun tu. Betapa lamanya kincir air ni masih elok. Org arab ke org malaysia ke mesti adab takda. Sabo jelah

    ReplyDelete
  28. Asalam subahanallah sangat mengkagumkan ya..belajar sambil trael amat2 bagus..

    ReplyDelete
  29. Asalam..subahanallah memnag hebat kuasaNya

    ReplyDelete
  30. tq for sharing anies..
    siap dgn info sekali..

    ReplyDelete
  31. kincir angin tu nampak kukuh dan baru.

    ReplyDelete
  32. Subhanallah. Thanks for sharing this, Anies. Dapatlah orang macam akak yg tak penah sampai sana tengok dengan lebih jelas :)

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆