✿...السلام عليكم✿
Sambungan daripada SINI.
usai check in, tranco (van ala2 bas mini)
terus membawa kami ke Sabi' (seksyen 7).
kat sini, kak ngah dah sewakan homestay
sepanjang berada di Kaherah. setiba di
homestay, 'ammu (driver tranco) suruh kami
bergegas sebab dia perlu ambil penumpang
lain kat airport.
maka, kelam kabut kami dibuatnya. tak sempat
nak mandi, tak sempat nak iron baju...
termasuklah tak sempat nak menjamah
walaupun sekeping roti!
dalam tempoh 15 minit kami dah masuk
semula ke dalam tranco dan terus ke
ACC (Al-Azhar Conference Centre)
yang terletak kira2 8KM dari homestay.
inilah sebab utama kenapa anies bertandang ke bumi kelahiran Nabi Musa AS... untuk meraikan kak ngah yang selamat menghabiskan pengajiannya selepas 4 tahun menimba ilmu kat sini... majlis konvo ni hanya meraikan / melibatkan student Malaysia yang belajar di Al-Azhar sahaja.
ACC, view dari luar. masa ni, lebih kurang pukul 12 tengah hari tapi cuaca nampak macam mendung je kan? bukan sebab nak hujan tapi memang begitu keadaan langitnya bila menghampiri musim sejuk.
suasana di Nasr City, bersebelahan ACC. keadaan agak sibuk memandang pada hari tersebut (Ahad) adalah hari bekerja bagi orang Islam (orang Kristian bercuti pada hari Ahad, orang Islam pula pada hari Jumaat)
para graduan sedang bersiap sedia sebelum masuk ke dewan. riak muka masing2 memang excited tahap full bar lah!
kak ngah and the geng sedang berarak masuk ke dewan. tetiba tingat memori kite dedulu...
kak ngah menerima skrol yang ditunggu2 selepas 'bergelora' dengan pelbagai onak duri... ALFUN MABRUK kak ngah!
kak ngah and her datin seri... ekekeke... tak de maknanya datin seri tu kalau tudung pun tak dan nak tukar. 'ammu punya pasal la ni! grrr....
extra pic : tempat kak ngah belajar - Al-Azhar cawangan Iskandariah. sebenarnya, ni bangunan pentadbiran. bilik kuliah kak ngah berada kat bangunan yang lain.
eh, eh! cerita belum habis lagi tau!
nak tahu ke mana anies akan menjelajah
tungguuuu....
jangan lupa join GA yang dianjurkan oleh blogger Yana ni ye! klik kat SINI untuk join!
Berbaloi penat lelah selama ini... :)
ReplyDeleteBESTNYA..:)
ReplyDeleteohh konvo rupenye... hihi.. meriah jugak eh.. haa cerita lagi kak..xsabar nie..hihi
ReplyDeleteooo g tgk kak ngah konvo...cantiklaa bangunan2 tu..
ReplyDeletetahniah kak ngah ... dah tentu mrk excited . berthn tu baru blh dpt ...
ReplyDeleteTahniah untuk kak ngah.
ReplyDeletewahhhh tahniah kak ngah dah berjaya grad :)
ReplyDeleteWah masih berlanjut ya kak ceritanya :)
ReplyDeletebestnyer..
ReplyDeletesampai ke mesir nak join konvo.. ^__^
Perkongsian menarik. Tak sabar rasanya nak tunggu jejak rasul bersama anies pula..:)
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletetahniah utk k.ngah..
Salam, lama Cikna xbw kat sini bz ckit... tahniah kak ngah(cam adik beradik sndri plak) gara2 ammu xdpt melaram&menjamah wlu sekeping roti...
ReplyDeleteseronokkan dapat jejak bumi anbiya
ReplyDeletetahniah bt kak ngah tu..
ReplyDeleteingatkn anies nk sambing belajar kt sana..
tahniah kpd kak ngah yer..cept2 update! nak tau..hihi..
ReplyDeleteWahh.. salam tahniah buat kak Ngah. Nice sharing Anies.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai jumpa k.ngah. Takpelah..harap tudung tak bau masam. Hehe..semoga bergumbira di Kaherah.
ReplyDeleteOoo camtu ea cuti asing2.
ReplyDeleteTapi, memang baguslah kalau cuti jumaat bagi Muslim. Tapi Malaysia? Pelik!
Bestnyer dapat ke Mesir ^-^
ReplyDeleteTahniah Kak Ngah..
ReplyDeleteHehe..datin sri yang berseri-seri.
Tahniah buat kak ngah.. bestnya lepas tue boleh jenjalan..=D
ReplyDeleteTahniah kak ngah...
ReplyDeletetahniah buat kak ngah
ReplyDelete