✿...السلام عليكم✿
Sesiapa yang bergelar warganegara Malaysia
dan bersekolah / belajar hingga tamat tingkatan 5,
pasti pernah melalui detik-detik ini.
ya, detik seperti ini berlaku saban tahun
namun setiap yang mengalaminya
berhadapan dengan situasi yang berlainan.
sedih, gembira, nervous...
rasa nak mati pun ada.
dan saat itu, mahu tak mahu
tetap akan dilalui.
sengaja anies up entry pasal memori
ambil SPM
^_^
haip! jangan sengih!
kenapa? sebabnya memori tu
tak kan berulang walaupun sampai ke tua.
lain laa kalau ambil SPM tiap-tiap tahun...
malam sebelum ambil result tu,
anies tidur kat rumah mak cik.
masa tu, rasa rileks je.
takut pun tak, nervous pun tak.
lepas tengok tv, boleh tidur macam biasa.
mengharapkan mimpi dapat 10A1...
sayangnya mimpi tu tak berlaku.
^_^
pagi tu, lepas sarapan terus naik bas ke
bandar dan jumpa BFF yang dah sedia menunggu.
then sekali lagi kami pergi ke sekolah naik
bas dan ketika tu, barulah terasa nervous nyer...
dup dap dup dap...
oh, ya! masa ambil result tu
anies pakai baju kurung
warna hijau dan berkain samarinda.
tudung pun hijau juga.
memang serba hijau masa tu.
(harap2 dapat reult yang 'hijau' juga laa)
sampai kat sekolah, rasa bahagia sangat.
yelah... lepas je habis SPM kami dah tak jenguk
dah sekolah tu.
almaklumlah, sekolah memang jauh dari rumah.
anies dan BFF terus ke dewan sekolah.
havoc! terutama bila jumpa kawan-kawan sekelas.
nak bercerita panjang tapi tak sempat sebab masing2
lepas tu ada kerja.
lalu, kami pun melangkah masuk ke dewan.
di dalam dewan, cikgu-cikgu dah tunggu.
bila nampak je kami, mereka dah tersenyum.
"assalamualaikum, cikgu!"
cikgu-cikgu kami senyum meleret.
tak pasti sebab apa.
mungkin tak jumpa 3-4 bulan,
pipi masing-masing pun dah naik tembam kot...
(duduk rumah ternak lemak)
BFF anies sempat tanya...
"cikgu, macam mana dengan result kami?"
"eh, awak ambil la dulu. kami mana tau..."
kami tersengih-sengih je.
dengan hati yang berdebar, selawat di mulut
memang tak berhenti laa...
"okey, IC awak?" soal cikgu kepada anies.
cikgu pun mencari slip result.
masa tu, dah rasa seram sejuk.
lulus ke? fail ke? kena repeat ke?
nauzubillah!
"okey, ni awak punya slip!"
tapi cikgu tu tak serah pun.
dia yang tengok result anies dulu.
bila tengok dia senyum, anies semakin berdebar.
"tahniah, anies!"
slip bertukar tangan dan mata anies terus menerpa
ke setiap mata pelajaran dan keputusan yang diperoleh.
"Allahmdulillah..." ucap anies dan lepas tu terus
bersalaman dengan cikgu-cikgu di situ.
then cari BFF dan terus beritahu result masing-masing.
kami berpelukan dan saling mengucapkan tahniah.
masa ni baru terasa emo...
sob sob sob...
Alhamdulillah... result yang diperoleh adalah LEBIH BAIK
daripada result percubaan.
anies ni bukanlah best student tapi
syukur ke hadrat Ilahi...
dengan result ini juga telah banyak mengubah kehidupan
anies walaupun hanya belajar dan membuat ulangkaji
kurang dari 2 tahun.
dan dengan result ni juga, membuka rezeki anies untuk
menjejakkan kaki di menara gading.
ALHAMDULILLAH...
kepada adik-adik yang bakal mengambil result SPM hari ini,
apa jua keputusan yang diperoleh, terimalah dengan hati
yang terbuka dan bersyukur.
kegagalan bukan bererti penamat segala-galanya
tetapi kegagalan adalah titik permulaan
bagi perjalanan hidup yang sebenar.
kepada yang berjaya, tahniah!
teruskan usaha dan buatlah sebaik yang
boleh demi membalas jasa ibu ayah
yang membanting tulang untuk membesarkan kamu.
all the best!
p/s memori ambil result SPM anda pula, macam mana?
sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.
salam pagi anies..pengalaman nak ambil result SPM dirasai generasi demi generasi...mendebarkan perasaan amat...time kak dulu ramai yg fail dari yg lulus itu lbh mengocak perasaan lagi..n kita doakan anak2 yg akan ambil result SPM harini menerima keputusan yg diharapkan dgn hati terbuka...
ReplyDeletemoga berjaya semua anak2 yg ambil SPM 2013.. teringatk kisah KA dulu2 melompat tinggi bila dapt slip keputusan ni hehehe
ReplyDeleteakak ader 3 orang anak buah amik result hari ni akak lak rasa nervous acaner...hehe...semoga semua mereka berjaya...
ReplyDeleteTaknak kongsi ke result SPM anies? heheee
ReplyDeleteApapun dari result tu la samada elok, tak elok kuciwa kita jadi diri kita sekarang kan :)
org kata spm bkn penentu.. tp cr bina kehidupan itu yg penting baru blh berjaya.. sy pun bkn best studen jg hihihihi.. tkt lulus gitu je
ReplyDeleteGagal bkn gagal slmanya...
ReplyDeleteresult spm aiza biasa-biasa je, segan nak bagitau kat sini.. hehe..
ReplyDeletebila anies up entrini akak pun tiba2 terkenang kenangan dalam hidup akakni.. tak manis tapi pahit.. banyak mengubah haluan hidup.. tapi redhajerler yerk..
ReplyDeletebila dah ada anak-nak nanti, berdebar-debar pula masa dia orang ambil result, tak sudah-sudah debaran ni Anies,ummi setiap kali anak nak ambil result ummi yang lebih-lebih berdebarnya.
ReplyDeleteresult SPM dulu jauh lebih baik dari trial.. dan bila bagitau kat mak, mak tak percaya sampailah tunjukkan slip SPM masa tu.. huhuhu..
ReplyDeletesekarang nie....mak bapa lagi berdebar2 tau.....
ReplyDeleteTime SPM nervous gila nk ambik result...masa STPM rilek jek siap dtg lambat..tp member2 dh tunggu nk ucap tahniah kt budak kuat tido dlm kelas...padahal result bukan gempak sgt pon...muahahaha
ReplyDeleteIkut menyimak aja ya mizz :)
ReplyDeletehari nie kita gagal ,bukan bermakna kita gagal selamanya
ReplyDeleteacik dah lupa la anise..dah lama sangat..kerja pun dah nak pencen..
ReplyDeletePengalaman mendebarkan telah berlalu buat akk.anak2 semua dah bekerja..
ReplyDeletepengalaman yang sangat menarik kak. semoga aja semakin sukses ya untuk CPM nya ;)
ReplyDeletedulu masa ambil spm xde rase debor2 langsung....sikit pun x..mcm xkesah pun..ntah..dpt result bru fikir nk buat ape
ReplyDeletebest giler masa tu, sebab akak dapat pangkat satu tau... sebab masa trial dapat pangkat 2.
ReplyDeletepas tu frust menonggeng tak leh further sebab nobody support. ye la mak je yg sara akak kan..
terus merajuk gi cari kerja. pelan pelan sambung belajar ngan duit sendiri wat degree...
teringat plak zaman persekolahan muda mudi dulu... seronok :)
ReplyDeletehehehehe..angah pun ada kenangan manis waktu amik result.
ReplyDeletecikgu-cikgu pakat-pakat buat muka menyampah kat angah, muka yang menunjukkan kengkunun angah ni gagal SPM, phewww...rasa nak menangis
dengan muka monyok angah bukak slip, angah senyum tgk result ....cikgu-cikgu semua gelakkan angah....
kak tak ingatle anies..
ReplyDeletedah lama sangat..hee
p/s nampak sangat result spm tak baik mana kan? hee
jie xbrape nk igt dh masa ambk spm..
ReplyDeleteadik saya pun ambil result
ReplyDeleteso far ok la
:)
wah cerita nya menarik kak. memory ambil result spm ini. jadi paham saya tentang spm ;)
ReplyDeletebagusnya anies boleh ingat pakai baju apa masa ambil result spm. akak tak ingat dah...haha...
ReplyDeletebyk A lettew.. hehhe
ReplyDeletelama tak hadir
ReplyDeleterindu dengan blog ini :)