✿...السلام عليكم✿
Dup dap dub dap...
hati siapa yang tak keruan oii...
bila si dia cakap...
"petang esok, saya nak jumpa awak. urgent!"
maka, dalam pukul 12 tengah hari,
saya dah siap iron baju, tudung
termasuklah underware sekali.
punyalah excited tahap cipan!
ko ado?
masakan tidak...
sebelum ni kalau ajak keluar
tak pernah pun dia cakap URGENT.
so, bila dia cakap URGENT,
no wonder laa kan...
kita ni dup dap dup dap bagai nak rak!
lepas solat Asar, saya berdoa panjang
lebih daripada kebiasaan.
of coz laa saya mengharapkan
apa yang bakal berlaku adalah yang
baik-baik sahaja.
aminnnn...
dengan penuh kesopanan dan kesusilaan
saya melipat telekung dan sejadah.
kalau hari-hari lain,
jangan haraplah saya nak buat macam tu.
dengar tak?
ni pengakuan berani mati taww!
pukul 5 petang, telinga saya terdengar
bunyi hon di luar rumah.
cepat-cepat saya jengah tingkap.
sah! memang sah!
dia dah sampai depan rumah!
mak saya yang dok perati sejak dari tadi,
mula bersuara.
"hah, jangan balik lambat!"
"insya-Allah mak!"
dan sekali lagi, dengan penuh kesopanan
sebagai gadis melayu terakhir,
saya salam dan cium emak.
sumpah! sebelum ni keluar rumah
(nak berdating) saya tak pernah
buat macam tu!
mak pandang saya dengan pandangan pelik.
tapi dia macam 'redha' je dengan apa yang saya buat.
(maaf mak, sebab libatkan mak dalam teleNOvela ni)
masuk je ke dalam kereta, saya nampak dia tersenyum.
"kenapa senyum-senyum ni?"
"eik, tak boleh ke kalau saya nak senyum?"
saya tersipu-sipu.
barangkali sebab hati dah dup dap dup dap sejak dari tadi.
sebab tu nak control ayu pun payah.
sepanjang perjalanan, kami tak banyak berbual.
saya pun tak tanya dia nak pergi ke mana.
saja... nak suprise kan diri sendiri.
hah, nampak tak permainannya tu?
bila tengok signboard, saya dah dapat agak
ke mana dia nak pergi.
tapi saya tetap tak tanya.
sebaik sahaja dia masuk kawasan parking,
barulah dia bersuara.
"semalam kan saya ada cakap
yang saya ada 'benda urgent' nak beritahu kat awak?"
saya macam kerang busuk, sebelum membalas.
"mana ada awak cakap macam tu?"
"ye ke?"
saya mengangguk.
"awak cakap, nak jumpa je. then, URGENT!"
sengaja saya tekankan perkataan URGENT tu.
dia tersenyum.
lepas tu, kami terus masuk ke dalam Mid Valley.
kami berjalan melintasi satu kedai ke satu kedai.
hati saya tak usah cakaplah.
dah rasa macam nak terkeluar jantung ni.
untuk menutup kegugupan yang sangat tak sopan ni,
saya sengaja buat-buat bercerita.
padahal cerita tu dah berkulapuk daa...
tiba-tiba dia berhenti di hadapan satu kedai.
(kedai yang orang pompuan sukaaa sesangat - cer teka, cer teka)
saya pandang dia.
dia pandang saya.
saya tengok dia macam dah tertelan asam boi.
saya rasa pelik tapi sedaya upaya control cun.
"kenapa ni?" soal saya.
dia menggaru kepala sambil matanya
meliar ke kiri dan ke kanan.
dah macam nak mencuri pulak kek dah nyer...
"err... awak..." panggilnya.
"ya," jawab saya.
"err... saya nak cakap ni..."
"apa dia?"
dia masih menggaru kepala.
saya tahu, kat kepala dia tak ada kutu pun
masa tu.
nervous kot?
"awak..."
"ya..."
"saya minta maaf sebab tak cakap benda ni awal-awal..."
saya tersengih entah buat kali ke berapa ntah.
"apa yang awak nak cakapkan?"
dia terdiam seketika sambil menunduk memandang lantai.
melihat keadaan itu, debaran dan rasa tidak sabar
saya menjadi satu.
'cepatlah cakap....' hati saya mendesak.
bagaikan terdengar suara hati saya,
dia pun mengangkat muka.
"awak... bulan 10 nanti kita kahwin, ek?"
to be continued...
p/s selamat pengantin baru untuk Siti & Hafiz...
sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglist anies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.
bulan 1o yer?...dah tak lama tu..hehehe
ReplyDeleteamboi... x sabar nak tahu sambungan citer.. hati KA pun berbunga2 bahagia sama ! hehehe
ReplyDeletewah.. akak pun sama turut nebes baca entry ni.. hehehe..
ReplyDeleteko memang kan.. memang kan.. saja wat suspenda tul la.. amatilah kita ni membaca..last continues pulak. cepuk kang.. ha.. excited nak tau sampai gitu kekdahnya...
ReplyDeletealahai..sambung la pulak..mmg mcm telenovela dah nih.huhuh..
ReplyDeletehehehe..dah lama ummi bersara baca kisah cinta, hari ni tumpang seronoklah pula baca kisah cinta, walau dikatakan kisah cinta tak seberapa, tapi tetap excited nak baca sambungannya :)
ReplyDeletedah xlama nak masuk bln 10
ReplyDeleteyeah!!! anies nak kawin akhirnya...
ReplyDeleteperghhhhh punyalah lama dup dap dup dap...
ReplyDeleteto be continue la plak.....
kena sambung dup dap dup dap la ni... huhu
bulan 10 ek...... ;)
kite yg bace ni pon same dupdapdup..
ReplyDeleteaishhh.. nebes plak..
hihik
amboiiii bersambung pulok....
ReplyDeletehalaaaa..kite pulak yg nebes baca entry ni...huhu seyes...
ReplyDeleteditunggu kelanjutannya mbak
ReplyDeletehehehe
panjang bener
ditunggu kelanjutannya mbak
ReplyDeletehehehe
panjang bener
ikut mengucapkan selamat atas pernikahan Hafiz dan Siti
ReplyDeleteluar biasa ya kisah cinta nya. Bisa menjadi inspirasi buat kita semua yang belum ke jenjang pernikahan ya kak :D
ReplyDeletewah2 tak sbr nk bce to be continue tu huhu.. best.. smoga yg baik2 aja berlaku ye.. inshaaAllah aamiin..
ReplyDeleteNak nak..nak kawennnnn....haha
ReplyDeleteTak sabar nak tau cerita seterusnya..
ReplyDeletekisah benar ke ni anies?
ReplyDeletemantap sob info nya. kebetulan ane nggak pernah bermain cinta, soalnya ane takut patah hati sob hahaha
ReplyDeleteco sweet... siapa nih nak berkawin? anies ataukah siti?
ReplyDeletekisah cinta antar manusia , bisa menjadi sebuah kenangan yang manis ya kak ;)
ReplyDeletewah cepat sambung. tak sabar nak tahu apa jadi. hihi
ReplyDeletecinta, kadang ada suka dan kadang ada duka, itulah cinta ya kak penuh mistery ;)
ReplyDeleteehem2.. klau betul. apa salahnya... cepat nk tau kisah smbungannya
ReplyDeletecuak dah baca. =)
ReplyDelete