...السلام عليكم
Zaman sekolah dulu, memang suka pakai bedak wangi.
harum semerbak je bila nak ke sekolah.
almaklumlah masa tu tak pandai lagi nak pakai minyak wangi.
nak sembur sana, nak sembur sini.
kalau ada pun, minyak atar yang orang bawa balik dari haji / umrah tu.
tapi, anies tak suka pakai sebab cepat pening.
lagi satu, cikgu mesti akan 'naik angin' kalau ada sesiapa yang pakai minyak atar ni.
okey, berbalik kepada cerita bedak wangi ni.
time belajar dulu, kalau tak habis sebotol memang tak sah.
bukan takat muka je...
habis baju dan tudung sekolah turut jadi mangsa.
cuma kain je tak ditepek sebab nanti warna biru dah jadi bertompok2 putih.
nampak sangat la kann...
yang kita ni memang hantu bedak wangi.
tu tak kira yang ditabur di atas surat cinta?
jeng jeng jeng...
tapi la ni...
perangai dah berubah.
dah insaf.
dah tak pakai lagi bedak wangi ni.
sebaliknya, dah jadi alergik.
bukan sebab terlalu wangi.
tapi sebab bau wangi tu dah bertukar menjadi masam+tengik+nak muntah ya amat!
terutama bila ada yang memakainya hingga ke petang / malam.
memula dulu memang tak perasan.
tapi bila dah lama2...
hidung ni jadi tak tahan.
puas fikir, kenapa jadi macam ni ek?
kenapa bedak wangi dah jadi bedak busuk?
rupa-rupanya...
bila sesuatu bahan kimia yang keluar dari badan (peluh) bercampur dengan bendasing (bedak wangi) maka akan terhasilkan bau yang sangat2 kurang menyenangkan.
dan yu ols pun sedia maklum bahawa bau peluh kita ni bukanlah wangi sangat kannn...
(tak percaya? sila cium ketiak
berbeza dengan minyak wangi.
ianya bersifat bendalir yang akan mengering untuk tempoh yang singkat.
tidak seperti bedak (serbuk).
ianya akan melekat pada permukaan kulit untuk tempoh yang lama.
jika tidak dikesat / dihilangkan, maka ianya akan kekal di atas permukaan kulit dan seterusnya akan 'bergabung' dengan peluh yang akhirnya menghasilkan bau yang __________ (isi lah sendiri).
ni cuma pandangan anies je.
tak rujuk pun kepada mana2 buku teks Sains / Biologi / Kimia / Fizik / Alam & Manusia.
ianya berkaitan dengan pengalaman.
kalau betul... maka betullah.
kalau salah... harap sangat diperbetulkan.
*sekadar hiasan*
pandangan yu ols pula, macam mana?
jom share!
singgahan pertama makcik, salam kenal, saya uddah jadi followers makcik
ReplyDeletepaling tak suka letak talcum powder kat badan ke kat muka ke..sebab bila berpeluh.. toing toing..memang sejak sekolah pun tak suka pakai..
ReplyDeletetapi kan dulu pakai bedak hibka. kasi ketiak tak bau. tapi sekarang dah tak jumpa pun bedak tu.hahaha
ha'ah lah.. baru terfikir pa yg anies cakap. sebab saya bukan pemakai bedak wangi/minyak wangi yg tegar..
ReplyDeletehehe..betul sangat2 tu Anies, kalau dari pagi sampai ke petang pakai bedak wangi, memang pening kita terhidunya( ada ter tu ye, sebab tak sengaja hidu), bak kata shuib sepahtu, pening arr, pening arr, hehe..:)
ReplyDeletehihihi sy rasa btl jgk sbb tu x pakai bedak kat ketiak dah.. tp sy pakaikan kat anak..
ReplyDeletehahahaha tapi kesian bedak.sbb dia dipersalahkan.
ReplyDeleteFav akak tu cium ketiak suami sendirik...ahahaaa...
ReplyDeletedulu org pun xtau gak..lanih hati2 bila beli wangian..nnt lain pulak baunyer..hihih..
ReplyDeleteironis bedak wangi menjadi busuk
ReplyDeletehehehehe
ye ke anies..ni aje yg ada dlm rumah akak..anak2 pakai wangi baunya..
ReplyDeletetapi yg islamik tu ada bhn kimia juga ke..nak suruh adibah tlong tgok ni..kut2 ada unsur kimia yg pelik namanya..
anies pakai je ubat ketiak yg mmg tak ada unsur bau..natural..
zaman sekolah dulu siap bungkus dlm tisu lagi..waktu lepas rehat bolehlah di sapu ke muka..hehe..
ReplyDeletenasib anak anak kzu tak buat cam ibunya buat dulu..
berapa banyakler tu letak kat surat cinta tu... ha.. ha... teringat gak masa dulu ni...
ReplyDeleteanak akak suruh berbedak kat mukapun punyalah payah...
ammvoiii surat chenta ghituu., ehHHee
ReplyDeleteaiza tak suka pakai bedak.. minyak wangi aiza suka.. lagi satu wajib pakai deodoran.. hehe..
ReplyDeletesalam Anie..pengalaman dulu2 tu....dulu2 mana kita mampu nak beli minyak wangi cam skrg.Pakai la bedak wangi tu...hihi
ReplyDeletePM pergi kerja skrg sapu bedak Mifz jer kat badan...hehe
ReplyDeletewahhh hebatt banget bisa naik anginn hehee
ReplyDeleteMaksudnya bedak yg di pakai tercampur farfum ya,mizz :)
ReplyDeleteKulit muka kakpb tak boleh sapu dgn bedak wangi la Anies, ngada2 betul kan? Dia nak bedak compact yg harga puluh2 hengget tu...hehe. Kalau tabur bedak wangi, muka jadi gatal2 mengenyam. Tapi masa budak2 bedak nilah yg kita bedal. Busuk ke tak, budak2 mana tau? Janji ada.
ReplyDeletenina sokong anies sbb skrg dh xpakai bedak. bila petang bau pelik. lebih baik pakai parfume.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebetul tuu. kalau pakai bedak lagi2 powder, badan cepat berbau. huhu
ReplyDeleteNinaAz