✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ni cerita bulan lepas. walaupun kita dah tahu siapa juara Piala Dunia tahun ni, tapiii yang ni korang tak tahu lagi, kan? kannn😂😂
program ni anjuran kelab kebajikan dan rekreasi syarikat yang mana disertai para pekerja. disebabkan game final ni pukul 3.00AM waktu Malaysia, maka anies dengan kawan sekerja plan laa nak tonton sama-sama. tapi sebelum tu 'terpaksalah' booked hotel memandangkan lokasi rumah kami jauh.
entrance VIP lounge...
enamel pin Rimau😁
ruangan menonton... mulanya nak try lepak kat tengah-tengah tu tapi segan laa pula...😁
sebaik melangkah masuk, terkesima sekejap tengok pelbagai jenis jajan dan minuman yang disediakan pihak kelab. fuhhh... ni kalau Malaysia yang masuk final, kompem ada nasi hujan panas + gulai kawah batang pinang sekali 😂😂
sementaara tunggu yang lain sampai, apa lagi? kami pun makan laa segala jajan yang ada. tak lama kemudian kira-kira dalam pukul 1.30 pagi AJK panggil kami untuk naik ke rooftop.
yeahhh it's durian time! sebelum tu kami dah maklum ada 'kendurian'. so, bagi 'hantu durian' ni laa masanya untuk makan sampai kenyang. walaupun durian dah siap dikopek dan dipek, ia tetap sedap sebab kami dapat rasa variety of durian. ada D24, ada durian kampung, musang king pun ada. anies 'bedal' je semua sebab benda sedap kannn...
lepas makan durian kami turun semula ke lounge dan seterusnya menyaksikan perlawanan akhir antara Sepanyol vs Argentina. anies tak sokong mana-mana team pun tapi bila tengok corak dan tektikal Sepanyol, dalam hati dah boleh agak, La Roja akan jadi juara.
haha... ternyata ramalanku benar belaka. Sepanyol akhirnya jadi juara untuk edisi 2026 selepas kali terakhir menjulangnya pada 2010. felicidad La Roja!
habis game, kami pun balik hotel. pagi tu staf yang datang tengok game dapat pelepasan 2 jam. so, dapatlah kami lelapkan mata sekejap sebelum masuk kerja.
that's all...
daa




.jpg)
Uii meriah persiapan tengok game final. Durian pun ada juga ye. Untung sangatlah dapat pelepasan 2 jam tu. Bermakna sangat kalau dapat melelapkan mata.
ReplyDeleteI enjoyed your post and lovely tour photos.
ReplyDeleteSiap ada durian memang kena makan la rugi lepaskan peluang.
ReplyDeletetu dia...lain macam tempat kerja awak
ReplyDeletemasa hari final tu, train pagi balik Selayang.. dalam ETS semua tengok telefon, bunyi kuat tengok bola.. kalau masa tu ETS pasang dekat diorang punya monitor tu, mesti lagi havoc... hahaha
ReplyDeleteThank you! Deus caritas est!
ReplyDeletealhamdulillah rezeki dapat makan durian variety terbaik
ReplyDeleteRare ni company buat sesi tengok final WC sesama staff. Siap ada kendurian 😋
ReplyDeleteParece rica comida. Te mando un beso.
ReplyDeleteSiapa tak pergi mesti rasa rugi. Tonton final bola ramai2 ni lagi semangat dan syok, pastu dapat makan jajan dgn durian sekali hihi
ReplyDeleteThank you!
ReplyDeleteAiiiih seriuuus nyaman sangaaaat tempat nontonnya kak 😍😍😍😍. Duduk Sofa atau tengah pun samaaa nyamannya ❤️❤️
ReplyDeleteLengkap ada jajanan dan durian pulaaak yaaa 🤣❤️❤️❤️. Alaaah , rugi kalau tak coba memang 😍🤭
ReplyDeleteKalau yg kemarin saya pun tak ada membela mana2 negara. Tp tak terlalu suka dengan Messi, jadi pas final, berharap, pleaaase jangan Argentina 🤣🤣. Alhamdulillah terkabul
ReplyDeleteWah... level lain dia punya nonton!
ReplyDeleteMusang king tu yg paling win
That´s really interesting!
ReplyDeleteBjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog | Partilha Aqui a Tua Opinião
Syoknya layan Musang King & D24 sambil tengok final Piala Dunia! Vibe kendurian macam ni memang padu. Anies suka isi durian jenis berlemak manis ke pahit?
ReplyDeleteRezeki dapat makan buffet durian bermacam jenis.
ReplyDeleteBtw, Faa lagi la tak tahu pasukan mana masuk final, tapi sape menang Faa sokong 🤭
Wahh best ni dapat tengok ramai2 ada macam2 hidangan ringan.
ReplyDelete