✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tahu fasal aiskrim ni pun sebab tertengok video kat TT. disebabkan minggu lepas anies cuti, jadi moh ler terjah Suria KLCC sekejap. kenapa Suria KLCC? kat tempat lain tak jual ke?
ni kerana Beryl's ada buat roadshow kat Center Court, Suria KLCC. so aiskrim ni dijual exclusively sepanjang roadshow berlangsung. dari 12 - 25 Ogos 2026. so kalau korang nak try, cepat-cepatlah ke sana ya!
dapat beli 2 je sebab aiskrim Milk Crunch dah habis. secara peribadi anies suka betul dengan pembungkus warna merah ni sebab jarang jumpa. so, rasanya pula macam mana? berbaloi tak dengan harga RM5 tu?
ni aiskrim Indulgence Milk. salutan coklatnya tak tebal, rangup dan tak terlalu manis. manakala aiskrim vanilanya cukup rasa, bau vanila tak terlalu kuat, tak manis dan paling penting tak cepat cair. gabungan coklat susu dan vanilla memang ngam dan tak muak.
aiskrim Velvet Almond Crunch ni, lepas rasa salutan coklat tu, hujung-hujungnya ada rasa pahit sikit tapi tak ketara. almond tu bila gigit terasa macam gigit bertih beras. sama macam Indulgence Milk, salutan coklatnya tak tebal dan tak manis. manakala aiskrim vanilanya pun tak ada beza dari segi rasa.
berbaloi untuk dicuba tapi bukan untuk dimakan selalu. kalau korang tak dapat ke Suria KLCC, tunggulah produk ni muncul di pasaran, ya!
that's all for today...
daaa
p/s mem besar ko ada training kat Stadium Merdeka. so, lambat BW🙏



.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆