✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Beberapa tahun lepas, apa saja makanan (minuman pun tak terkecuali) yang dikaitkan dengan cheese, tiba-tiba semua orang jadi FOMO. sampaikan nasi lemak pun nak letak cheese. adehhh...
tahun 2026 ni pula, tiba-tiba makanan (minuman pun sama je) yang ada kaitan dengan pistachio tiba-tiba jadi viral sampaikan ikan keli goreng pun nak 'disatukan' dengan (sos) pistachio. haihh...
yang satu ni anies beli bukan sebab FOMO. tapi sekadar nak rasa je sebab hari-hari nampak kannn 😂
so, macam mana rasanya? okey ke tak okey? hmm... sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana sebab masa anies rasa tu, bau cinnamon tak ketara sangat. apatah lagi bau pistachio tu sendiri. bila dah masuk mulut, anies tercari-cari rasa manis ke, rasa pahit ke, rasa... apa-apa rasalah... tak ada! hanya rasa pelik (wonder) je yang ada. why? tak tahu laa kenapa. tapi dalam pada tu, habis juga laa sebuku kecil cinnamon roll tu... takkan nak buang pula kan...
tu harganya. kot-kot laa korang nak rasa kan... cari je kat mana-mana outlet Cinnabon. rasanya yang ni limited time only punya produk. so, yang suka pistachio tu, boleh laa try...
that's all...
daa



err sekarang ni pistachio sedang mendonia kot? rasmalai pun pakai pistachio. kuih kapit pun pakai filling pistachio. banyak la kan. haha
ReplyDeleteSorry it didn't have a better taste. Thank you for sharing. I hope you have a lovely week ahead. 💗
ReplyDeleteKan Anies, yang kak ana tak boleh nak related tu ikan keli dan laksa pistachio .. adoi agak-agaklah hehe :)
ReplyDeleteAdoi kelakar la Anies pasal ikan keli goreng sos pistachio tu! 😂 Tapi betul, kadang-kadang geram bila semua benda nak ditrendkan. Kiranya Cinnabon ni rasa biasa-biasa je lah ya, tak berapa menyengat rasa pistachio/cinnamon dia? Nasib baik habiskan jugak, tak membazir
ReplyDeleteAnak-anak suka ni camni.. kalau Sis tak berapa kalau benda ada hijau dan berkacang gini kikiki
ReplyDeleteNasi lemak letak cheese tu tak boleh diterima lansung kan. Melawan akta nasi lemak sudah.
ReplyDeleteDia kalau dah FOMO, macam-macam pulak dah munculnya. haihhh jugaklah.
Mungkin gabungan tu jadi rasa pelik tak ada originality rasa cinnamon dan pistachio tu kot. Cinnamoll roll mahal, nak buang tu rasa tak patutlah pula kan. Makan je la tak membazir.
PH suka kacang pistachio je, lain² pistachio based food tengok keadaan.
ReplyDeleteSuka pistachio sedap.
ReplyDeleteMacam sikit je bintang yang di beri ni...
ReplyDeleteSaya beli cinnamon roll dari Cinnabon sbb suka aroma serbuk kayu manis atas roll tu. Kalau selain dari tu, erm... no thanks 🙂↔️
ReplyDeleteMe da ganas de probar. Te mando un beso.
ReplyDeletepelik2 makanan la ni inovasinya..makanla selagi ada selera n mampu telan
ReplyDeleteSerius lah ikan keli pun dipistachiokan?
ReplyDeleteSedapnya nampak! Kombinasi ranggup kunafa dengan limpahan coklat pistachio tu memang tak pernah gagal mengecewakan. Boleh masuk senarai pencuci mulut wajib beli hujung minggu ni. Terima kasih atas perkongsian! 🥰🤤
ReplyDeleteSeams very good!
ReplyDeleteBjxxx,
Pinterest | Instagram | Blog | Partilha Aqui a Tua Opinião
Kacang pistachio tu sedap makan bulat-bulat.
ReplyDeleteMembaca tulisan Kak Anies saya jadi shock, ikan keli goreng dengan saus pistachio? oww...
ReplyDeleteKalau buat kue masih OK lah.
Tapi saya belum pernah makan kue kunafa, sepertinya enak.
Kalau kacang pistachio itu biasanya untuk oleh-oleh haji ya?
setakat ni ammi tak FOMO dengan pistachio ini... infact banyak jugalah benda yang ammi tak FOMO walaupun musim viral dia dah tamat.
ReplyDeletePistachio saya suka sebenarnya. Tp kalau tak terasa dia punya taste dan aroma, jadi tak suka 😄😄
ReplyDeleteTp Pistachio dengan ikan keli, ohhhh memang tak akan saya sentuh lah 🤣🤣🤣. Dah terbayang rasanya 😂😂
ReplyDeleteKalau keju2 nih pun, saya lihat dulu. Kalau bagi saya memang tak masuk, jangan harap saya coba🤣
ReplyDeletePadahal roti cinnamon yg original saja, dah sedap kan. Ntah kenapalah ditambah yg Macam2.
ReplyDeleteBtw kak Anies, dah coba kopi curry? 😂😂😂. Di restoran mamak aman maju , di wangsa maju. Cobalah try dulu. Nanti kasih tahu saya rasanya 🤣🤣. Lagi viral tuh.
ReplyDeleteBaru beli minggu lepas, sedap juga tapi rasanya tetap suka chocolate dan cinnamon
ReplyDeletepistachio, cheese, matcha adalah benda yg tgh viral sekarang ni. satu kedai jual, semua pun nak jual jugak haha
ReplyDeleteSini pun ada Cinnabon. Tapi tak penah pulak beli. Nanti nak try makan pistachio ni la kalau ada.
ReplyDelete