Pages

Monday, 20 July 2026

Pistachio Chocolate Kunafa by Cinnabon

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Beberapa tahun lepas, apa saja makanan (minuman pun tak terkecuali) yang dikaitkan dengan cheese, tiba-tiba semua orang jadi FOMO. sampaikan nasi lemak pun nak letak cheese. adehhh...

tahun 2026 ni pula, tiba-tiba makanan (minuman pun sama je) yang ada kaitan dengan pistachio tiba-tiba jadi viral sampaikan ikan keli goreng pun nak 'disatukan' dengan (sos) pistachio. haihh...


yang satu ni anies beli bukan sebab FOMO. tapi sekadar nak rasa je sebab hari-hari nampak kannn 😂

so, macam mana rasanya? okey ke tak okey? hmm... sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana sebab masa anies rasa tu, bau cinnamon tak ketara sangat. apatah lagi bau pistachio tu sendiri. bila dah masuk mulut, anies tercari-cari rasa manis ke, rasa pahit ke, rasa... apa-apa rasalah... tak ada! hanya rasa pelik (wonder) je yang ada. why? tak tahu laa kenapa. tapi dalam pada tu, habis juga laa sebuku kecil cinnamon roll tu... takkan nak buang pula kan...

tu harganya. kot-kot laa korang nak rasa kan... cari je kat mana-mana outlet Cinnabon. rasanya yang ni limited time only punya produk. so, yang suka pistachio tu, boleh laa try...

that's all...
daa 

26 comments:

  1. err sekarang ni pistachio sedang mendonia kot? rasmalai pun pakai pistachio. kuih kapit pun pakai filling pistachio. banyak la kan. haha

    ReplyDelete
  2. Sorry it didn't have a better taste. Thank you for sharing. I hope you have a lovely week ahead. 💗

    ReplyDelete
  3. Kan Anies, yang kak ana tak boleh nak related tu ikan keli dan laksa pistachio .. adoi agak-agaklah hehe :)

    ReplyDelete
  4. Adoi kelakar la Anies pasal ikan keli goreng sos pistachio tu! 😂 Tapi betul, kadang-kadang geram bila semua benda nak ditrendkan. Kiranya Cinnabon ni rasa biasa-biasa je lah ya, tak berapa menyengat rasa pistachio/cinnamon dia? Nasib baik habiskan jugak, tak membazir

    ReplyDelete
  5. Anak-anak suka ni camni.. kalau Sis tak berapa kalau benda ada hijau dan berkacang gini kikiki

    ReplyDelete
  6. Nasi lemak letak cheese tu tak boleh diterima lansung kan. Melawan akta nasi lemak sudah.
    Dia kalau dah FOMO, macam-macam pulak dah munculnya. haihhh jugaklah.
    Mungkin gabungan tu jadi rasa pelik tak ada originality rasa cinnamon dan pistachio tu kot. Cinnamoll roll mahal, nak buang tu rasa tak patutlah pula kan. Makan je la tak membazir.

    ReplyDelete
  7. PH suka kacang pistachio je, lain² pistachio based food tengok keadaan.

    ReplyDelete
  8. Macam sikit je bintang yang di beri ni...

    ReplyDelete
  9. Saya beli cinnamon roll dari Cinnabon sbb suka aroma serbuk kayu manis atas roll tu. Kalau selain dari tu, erm... no thanks 🙂‍↔️

    ReplyDelete
  10. Me da ganas de probar. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. pelik2 makanan la ni inovasinya..makanla selagi ada selera n mampu telan

    ReplyDelete
  12. Serius lah ikan keli pun dipistachiokan?

    ReplyDelete
  13. Sedapnya nampak! Kombinasi ranggup kunafa dengan limpahan coklat pistachio tu memang tak pernah gagal mengecewakan. Boleh masuk senarai pencuci mulut wajib beli hujung minggu ni. Terima kasih atas perkongsian! 🥰🤤

    ReplyDelete
  14. Kacang pistachio tu sedap makan bulat-bulat.

    ReplyDelete
  15. Membaca tulisan Kak Anies saya jadi shock, ikan keli goreng dengan saus pistachio? oww...
    Kalau buat kue masih OK lah.
    Tapi saya belum pernah makan kue kunafa, sepertinya enak.
    Kalau kacang pistachio itu biasanya untuk oleh-oleh haji ya?

    ReplyDelete
  16. setakat ni ammi tak FOMO dengan pistachio ini... infact banyak jugalah benda yang ammi tak FOMO walaupun musim viral dia dah tamat.

    ReplyDelete
  17. Pistachio saya suka sebenarnya. Tp kalau tak terasa dia punya taste dan aroma, jadi tak suka 😄😄

    ReplyDelete
  18. Tp Pistachio dengan ikan keli, ohhhh memang tak akan saya sentuh lah 🤣🤣🤣. Dah terbayang rasanya 😂😂

    ReplyDelete
  19. Kalau keju2 nih pun, saya lihat dulu. Kalau bagi saya memang tak masuk, jangan harap saya coba🤣

    ReplyDelete
  20. Padahal roti cinnamon yg original saja, dah sedap kan. Ntah kenapalah ditambah yg Macam2.

    ReplyDelete
  21. Btw kak Anies, dah coba kopi curry? 😂😂😂. Di restoran mamak aman maju , di wangsa maju. Cobalah try dulu. Nanti kasih tahu saya rasanya 🤣🤣. Lagi viral tuh.

    ReplyDelete
  22. Baru beli minggu lepas, sedap juga tapi rasanya tetap suka chocolate dan cinnamon

    ReplyDelete
  23. pistachio, cheese, matcha adalah benda yg tgh viral sekarang ni. satu kedai jual, semua pun nak jual jugak haha

    ReplyDelete
  24. Sini pun ada Cinnabon. Tapi tak penah pulak beli. Nanti nak try makan pistachio ni la kalau ada.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆