Pages

Wednesday, 29 July 2026

Milano Hotel @ Kluang, Johor

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas makan, jam menunjukkan pukul 3.40PM. so memang sesuai sangatlah untuk check in hotel. jarak dari restoran ke hotel lebih kurang 7 minit je (jalan kaki). dan masa ni, hujan pun dah berhenti.

sebaik tiba, kami terkejut sesaat. masa kan tidak! kami 'tak disambut' dengan main entrance seperti mana hotel-hotel yang lain. kami 'disambut' dengan 2 buah pintu transparent. ooo... masa tu laa kami baru tahu yang hotel ni terletak di tingkat satu (bangunan).


ni laa hotelnya...


tanpa berlengah, anies terus tekan loceng dan masuk. syukurlah kami tak bawa luggage besar. kalau tak memang jenuh laa nak angkat sebab hotel ni tak ada lif.

proses check in pun sekejap je disebabkan anies dah bayar. jadi, mereka cuma perlukan deposit RM50 dan IC. lepas dapat kunci, kami terus ke bilik dan rehat.


bilik kami. bersih, air paip laju, air cond sejuk tapi TV? aduhhh keluar skrin biru je...

depan hotel, kaunter pendaftaran, tangga dan ruang rehat sebelah kaunter...


well, kami tak expact banyak bila menginap kat sini. cukuplah dapat rehatkan badan dan lelapkan mata untuk semalaman. kalau korang cari hotel yang sediakan sarapan, bilik luas dan selesa, better cari hotel lain. ada banyak pilihan hotel kat bandar Kluang ni. sediakan $$ je😁

that's all for today....
daa

p/s mem besar kau cuti!😁

24 comments:

  1. Menarik perkongsian hotel bajet dekat Kluang ini, janji bilik bersih dan aircond sejuk kira dah memadai sangat buat rehatkan badan.

    ReplyDelete
  2. Wonderful photos. The front of that hotel is very colourful.

    ReplyDelete
  3. kalau takat nak tidur baring tu oklah kan...nak tengok tv gi balik rumah arrrr hahahah

    ReplyDelete
  4. unik sungguh hotel tanpa pintu masuk utama ini. Nasib baik bilik bersih dan aircond sejuk, bolehlah buat rehatkan badan.

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti rehatkan diri anies

    ReplyDelete
  6. Kalau bawa luggage besar tu jenuhlah nak angkat naik tangga. Luggage kecil pun struggle, inikan yang besar. Kalau banyak masa dihabiskan untuk jalan-jalan tu tak kisah sangat bab hotel asalkan boleh berehat dan tidur kan. Pilih hotel yang best-best nanti rugi je.

    ReplyDelete
  7. Rasanya macam pernah je check in hotel ini.

    ReplyDelete
  8. Asalkan bersih kemas, ada aircond, tak kepam, water heater ok, cukuplah untuk rehat tidur dan mandi, kan

    ReplyDelete
  9. Berapa agaknya rate semalam kat sini. Hotel takde lif ni agaknya ramai tourist backpackers yg stay sini.

    ReplyDelete
  10. Ingatkan Milano Milan.... rupanya dekat je.... hehehe

    ReplyDelete
  11. Cantik bersih..welcome di Johor..pernah ke Johor , anak posting di Johor..balik sabah dah..

    ReplyDelete
  12. Biasa kita tumpang rezeki anak..dapat lah ala ala travel..melancong bersama anak..kadang ke Sarawak ni hehehe

    ReplyDelete
  13. Asalkan bersih, ada aircond sejuk okay dah hehe

    ReplyDelete
  14. ni sekadar utk merehatkan badan ..kiranya hotel budget la ye

    ReplyDelete
  15. Kalau just nak rehat, mana-mana pun boleh kan. Asalkan jangan hotel yang ada bukan-bukan dah lah.

    ReplyDelete
  16. Saya jadi teringat waktu di bandung, dulu pernah menginap di hotel yang takde lift-nya. Wah, luar biasa lah itu naik turun 3 lantai.

    Tapi asalkan harga oke dan bisa tidur nyaman, okelah tak masalah :D

    ReplyDelete
  17. Lumayan jauh juga dari Kluang ke JB yaaa. Tak sempat rasanya saya kalau nak kesana.

    ReplyDelete
  18. Kalau cuma sekedar tumpang tidur, yg penting memang bersih saja buat saya. Kalau tv, dari dulu saya tak menonton tv kak hahahahahah. Jadi memang tak pernah hidupkan tv saat dihotel 🤣. Baru kemarin tuh saat di Moxy, Krn kakak yg menonton 😅.

    ReplyDelete
  19. Tp tangga menuju ke atas memang agak banyak yaa 😅😅. Kalau bawa koper besar macam saya, memang patah pinggang agaknya 🤣🤣

    ReplyDelete
  20. Pi mana ajerr kat Kluang tu haaa hehehehe

    ReplyDelete
  21. Hotel yg rin pernah masuk Prime City je dulu time kecik huhu

    ReplyDelete
  22. hotel2 murah camni kadang2 selesa je. bagi saya cukup ada katil yg selesa, aircond, wifi, personal toilet. kita duduk pun utk rehat sekejap2 je

    ReplyDelete
  23. Faa juga akan pilih hotel murah2 kalau setakat utk berehat. Yang penting toilet bersih. Jimat pun jimat.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆