✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi SAW ada menyebut, yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan ke tiga-tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Rasulullah dan Masjid al-Aqsa."
Alhamdulillah... sekali lagi Allah SWT kurniakan rezeki untuk menjejaki masjid ni dan sekaligus menyampaikan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.
kalau nak bandingkan masa kunjungan pertama ke sini, memang banyakkkk sangat perubahan yang berlaku pada masjid ni. paling anies ingat dah tentulah masa tunaikan solat.
sebelum ni tak pernah solat kat luar masjid. tapi masa anies datang kali kedua ni, lewat 15 minit je kot (sebelum azan), dah tak boleh masuk masjid. 'mak guard' dah tutup pintu. terpaksalah solat kat luar.
selain tu, kawasan masjid bertambah luas. paling ketara kalau hotel terletak jauh dari kawasan solat perempuan. jalan kaki 10 minit tu, confirm lah! short cut bagai pun, tetap terasa jauh nak sampai.
walau apa pun perubahan pada masjid ni, sekali datang, pasti kita akan rindu nak kembali. meskipun dah lebih 1400 tahun Nabi SAW tinggalkan kita, namun roh Islam yang ditinggalkan baginda tetap subur dan mewangi di sini.
Allahumma solli a'la Muhammad...
dan sebahagian foto @ Masjid Nabawi untuk tatapan korang...
short video inside Masjid Nabawi...
short video @ di luar Masjid Nabawi...
p/s anies ada training minggu ni. so mungkin akan lewat BW... apa-apa pun terima kasih sudi singgah sini...

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Lovely photos and nice music 🎶 in the videos.
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki kita sampai ke bumi barokah ni lagi 🤲🏻
ReplyDeleteSetuju, agak banyak juga perubahan. Dan pembangunan sebelah kiri masjid sedang pesat berlaku sekarang. Dah hampir keliling masjid ada hotel. Apa pun Masjid Nabawi akan sentiasa dirindui.
ReplyDeletealhamdulillah kembara jiwa di bumi barokah
ReplyDeleteUncle ada sempat buat bideo waktu payung tu kuncup....
ReplyDeleteEs un bello lugar. Te mando un beso.
ReplyDeleteObrigada por compartilhar o vídeo nunca tinha visto, desejo uma ótima quarta-feira bjs.
ReplyDeleteAlhamdulillah... kalau solat dekat luar tu, maksudnya dekat dalam dah penuh la ye??
ReplyDeletePernah terlewat dan solat di luar, suasana best jugak pada waktu Maghrib. Rindunya Madinah.
ReplyDeleteThank you! Have a nice day!
ReplyDeleteThank you! Deus caritas est! Only love heals life.
ReplyDeleteAlhamdulilah.. Sis pun banyak nenangan di Mekah tapi tak sempat gak nak berkongsi di blog.. hanya sedikit aja share.. sebab susah nak menulis apa yang kita rasa secara realitinya kann.. rindunyaa nak ke sana lagi..
ReplyDeleteSayapun rindduuuuu nak balik kesana ❤️❤️
ReplyDeleteTapi kan kalau baca harus di atas, banyak yg mempertikaikan, hadis itu jadi alasan melarang wanita traveling tanpa mahrom. Kadang sedih juga bacanya. Krn sayapun sering traveling dengan teman saja. Tp suami dah kasih izin. Yg macam itu masa tak boleh juga. ?
ReplyDeleteKemarin teman umroh pakai paket ke Ethiopia dulu. Seruuu saya jadi teringin nak umroh, tp dengan package ke eithopia dulu ❤️❤️. Cantik kotanya
ReplyDeleteVery interesting post.
ReplyDeletewww.paginasempreto.blogspot.com
Semoga ada rezeki Ai untuk ke Tanah Suci. Aamiin aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki Anies dapat jejak ke sini lagi. terima kasih share gambarnya anies.
ReplyDeletebetul tu, nak ke bahagian perempuan tu trylah pendekkan perjalanan macam mana pun, tetap 10 minit berjalan xD tapi saya tetap suka masjid nabawi ni.. tenang je
ReplyDeleteTerima kasih Anies kerana berkongsi cerita.. Semoga ada rezeki dna peluang untuk Sha juga ke sini..
ReplyDeleteSubhanAllah. Faa doa je dalam hati semoga Faa dan keluarga dapat panggilan ke sini. Amin. ✨ Tak sabar nak tunggu saat tu.
ReplyDelete