Pages

Friday, 26 June 2026

Thessaloniki, Greece: bila bas tak muncul...

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

bila staf kaunter tu cakap: "i never heard the name of this bus!", anies dan Farah terus pandang satu sama lain. blank. terdiam. kelu. di dalam kepala mula 'bersimpang-siur' mencari penyelesaian.

kami berpatah balik untuk maklumkan hal sebenar kepada Ida & Nora lepas tu, Farah terus hubungi pihak operator bus yakni obilet.com.

anies pula keluar dari situ dan tanya 'setiap' kaunter yang ada di dalam stesen tu untuk 'cari pengesahan' bas. jawapan-jawapan yang diterima tiada yang memuaskan hati. bila tanya Farah, respon (call & mesej) daripada obilet pula sangat mengecewakan. kata Farah, diorang jawab tapi lepas tu senyap lama😤

masa terus berjalan. tapi selagi belum pukul 8.00PM, kami cuba apa yang termampu. tanya penumpang, tanya driver bas, tanya pekerja stesen... walaupun ada yang tak tahu bahasa Inggeris... pendek kata, kami ikhtiar selagi boleh.

bas yang kami tunggu tu dikhabarkan akan berhenti kat platform 16 atau 17. jadi, bila ada bas lain 'masuk' platform tu, kami akan tanya (driver) dan tunggu kat situ walaupun angin sejuk mencengkam sampai ke tulang hitam.

7.30PM. dub dab dub dab. kalau ikut arahan (yang tertera dalam website), bas akan sampai lebih kurang setengah jam sebelum bertolak. 

tapi bila masuk pukul 7.40PM dan tak ada tanda-tanda bas akan muncul, kami dah tak boleh duduk diam. sementara kami tunggu kat platform, Farah cuba sekali lagi tanya staf kat kaunter bas antarabangsa.

disebabkan 'rasa terlalu lama' Farah berurusan kat kaunter tu, anies jadi tak senang duduk dan ambil keputusan untuk masuk ke dalam. tapi masa nak masuk, bertembung dengan Farah kat depan kiosk...

Farah: kita dah tak ada ikhtiar lain. tadi Farah tanya kat kaunter, tiket bas lain ada lagi tak? dia jawab ada dan tinggal 4 seat je!

anies: so, nak beli tiket baru?

Farah: ha'ah. tu jelah yang kita boleh buat. kalau stranded kat sini, confirm kos kita bertambah!

anies terus setuju walaupun berat hati nak 'burn' tiket dan beli tiket baharu😭😭 

tanpa berlengah, anies patah balik untuk inform Nora dan Ida manakala Farah uruskan pembelian tiket. then, bersama duit & passport, anies berlari sekuat hati ke kaunter. rasa nak tercabut segala isi perut masa tu. bukan sebab penat. tapi sebab nak kejar masa.


tiket baharu. burn €40, terbang €40😭😭😭


sebaik dapat tiket baharu, kami tunggu kat platform sama. tak lama kemudian seorang lelaki (dalam lingkungan 50an) panggil kami supaya ikut dia. kami sangkakan dia tu driver bas. jadi, dengan luggage berat kami pun berlari sampai keluar dari kawasan stesen.

bila nampak dia buka boot kereta, kami terpaku seketika. "i send you to the bus!" oh, rupanya dia 'nak kejar bas' tu supaya kami dapat naik (bas yang bakal kami naik tu dah pun bertolak). so, lepas je masukkan luggage dia pun drive kereta tu bak pelumba F1!😂

sambil drive, lelaki tu sibuk buat call. kami mengagak yang dia mungkin tengah cakap dengan driver bas. tiba kat satu simpang, tiba-tiba anies rasa macam familiar je tempat tu.

laa... rupanya dia hantar kami ke Thessaloniki Train Station Bus Stop; yakni tempat mula-mula kami jejak masa sampai Thessaloniki. kereta berhenti betul-betul belakang bas. jadi, tanpa buang masa kami terus keluarkan luggage sementara Farah ikut lelaki tu untuk sahkan tiket bas.


bas yang bakal kami naiki...


tak lama kemudian driver panggil kami lalu dia pun pasangkan tag pada luggage. selesai semua, barulah kami naik bas. driver suruh kami duduk kat mana-mana kerusi kosong. agak ramai juga penumpang pada malam tu.


di dalam bas... nak bertolak daa...


Alhamdulillah... tu je yang mampu anies ucapkan sebaik sahaja bas meninggalkan stesen. otak dah tak mampu nak fikir lain sebab badan dah terlalu penat. kami cuma nak lelapkan mata sementara tunggu masa untuk turun bas bila dah sampai kat sempadan Greece nanti.

ketika kami sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba...

panggggg!!!

to be cont.

21 comments:

  1. Maksudnya kena scam la, bas tiket yg mula2 tu sebenarnya tak wujud ye anies? Huhu...

    ReplyDelete
  2. wah penuh suspens drama kembara anies moga selamat semua

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat beli tiket baru. Baik lelaki tu tolong hantar ke station yang betul.

    ReplyDelete
  4. That bus looks very nice and comfortable.

    ReplyDelete
  5. Suerte con el viaje. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. Aduh ada lagi kejutan ke ni? Apapun syukur dah dapat bas utk ke destinasi seterusnya

    ReplyDelete
  7. Waduh,agak kesal juga saya bacanya mbak Anies. Jadi ini tuh mbak Anies kena scam apa gimana?
    Saya pun akan marah-marah kalau harus terpaksa beli tiket bus lagi, padahal sebelumnya dah pesan.

    ReplyDelete
  8. Berliku2 juga kisah ni. Seram juga terlepas bas dan bas yang tak muncul2.

    ReplyDelete
  9. Misterinya bas yg pertama tu memang tak muncul2 ye? Tak pasal2 melayang £40.. mahal tu!

    ReplyDelete
  10. Misterinya bas yg pertama tu memang tak muncul2 ye? Tak pasal2 melayang £40.. mahal tu!

    ReplyDelete
  11. Tapi alhamdulillah, dapat jugak naik bas lain. Aduh ada suspens apa pulak nii

    ReplyDelete
  12. Ya Allah jadi tersalah stesen yaaaa 😱. Aiiiiih pasti lemas lutut lah mengejar masa dan sebagainya ituuuu 😅😅😅😅.

    Bagai ikut merasakan juga saya yg baca kak 🤣

    ReplyDelete
  13. Saya kalau nak cari bus di Yunani, memang harus discuss dengan kakak dulu lah, jangan sampai salah book bus atau salah stesen 🤣🤣

    ReplyDelete
  14. Alaaahaaai, macam lepas dari mulut buaya, masuk mulut harimau lah baca ending tulisan ini 🤣🤣🤣. Ada apa lagi tuuuuh 😅😱

    ReplyDelete
  15. Bom dia minha querida amiga Anies. Pena que o tradutor do Google, não funciona direito. Uma excelente segunda-feira, para você e todos os seus familiares na Malásia e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  16. Um ônibus as vezes faz uma falta, passando pra desejar um ótimo domingo bjs.

    ReplyDelete
  17. Ya Allah…berdebar kita yang cuma membacanya ni Anies.

    Kurang faham, maksudnya tiket bas pertama tu kena scam? Jual tiket tak ada bas. Lepas tu tiket kedua, basnya dah gerak? Jadi kena kejar.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆