Pages

Wednesday, 6 May 2026

Ke Muzium Negara @ KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Seumur hidup, memang tak pernah jejak sini walaupun dah lama jadi warga KL😂 bukan tak pernah jejak langsung... sebenarnya pernah je ke sini. tapi setakat dewan pameran kat luar muzium tu je laa. masuk ke dalam muzium dalam erti kata sebenar, memang tak pernah. 

zaman sekolah dulu, seingat anies kalau ada rombongan sekolah, tempat-tempat yang selalu jadi sasaran adalah kilang (makanan & minuman), zoo dan paling 'koman' pun, mandi laut. lawatan ke muzium tak pernah masuk dalam senarai kot😂😂

so bulan lepas, bila ada kesempatan ke sini anies memang tak lepaskan peluang. tambahan pula nak ke sini dah jadi mudah sejak ada stesen MRT Muzium Negara. pendek kata tak payah pening fikir fasal parkir dan sebagainya...

tiket masuk masihhh lagi murah dan mampu milik. untuk warganegara Malaysia, korang kena bayar RM2.00 je. untuk non Malaysian, boleh refer kat SINI untuk check harga tiket .

di dalam muzium ni ada 4 galeri utama. manakala di lobi muzium mempamerkan sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia pertama dan perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan.

di bahagian luar muzium, ada kedai cenderamata serta mempamerkan beberapa pengangkutan yang pernah dihasilkan dan digunakan sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

foto memang banyak. tapi anies mudahkan susunannya supaya korang tak perlu skroll lama-lama😂


dari stesen MRT Muzium Negara, cari je Pintu B. masa yang diambil kurang dari 5 minit, dah pun sampai @ halaman muzium...

bahagian luar muzium dan tiket...

sebaik je masuk, korang akan jumpa ruang pameran ni dulu...

Galeri A - Sejarah Awal

kat Galeri A mempamerkan sejarah penempatan awal manusia di beberapa tempat seperti di Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak; cara hidup mereka, aktiviti harian, peralatan yang digunakan, tempat tinggal serta cara pengkebumian mayat....


Galeri B - Kerajaan-kerajaan Melayu

kat Galeri B mempamerkan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama yang pernah menguasai Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah. antaranya, kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Johor-Riau, kerajaan kesulatanan Sulu, kerajaan Patani - Siam dan lain-lain.

selain tentang kerajaan dan pentadbirannya, beberapa artifak lama turut dipamerkan seperti barangan perhiasan diri, senjata, pakaian, peralatan makan & minum dan lain-lain.


Galeri C - Era Penjajah

kat sini kita akan mengenali sejarah awal kedatangan penjajah pertama iaitu Portugis ke Tanah Melayu; diikuti Belanda, Jepun dan Inggeris.

kedatangan penjajah bukan sekadar menguasai Tanah Melayu. ada antaranya turut mencampuri urusan pentadbiran negara, adat istiadat dan memperkenalkan beberapa teknologi untuk meningkatkan sumber pendapatan negara menerusi sektor pelombongan bijih timah, perladangan dan sebagainya...


Galeri D - Malaysia Hari Ini

kat sini mempamerkan pembangunan dan pencapaian Malaysia di peringkat domestik & antarabangsa dalam pelbagai bidang selepas mencapai kemerdekaan. 


usai melawat korang boleh beli oleh-oleh kat kedai cenderamata dan lepas tu boleh melawat kawasan luar sekitar muzium yang turut mempamerkan kereta pertama buatan Malaysia, kepala kereta api Bukit Bendera, lokomotif KTM, rumah Melayu tradisional Terengganu dan lain-lain...


short videos inside the muzium






well tu je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading
daaa

23 comments:

  1. Muzium Negara ni kena dinaiktaraf & guna teknologi canggih baru la setanding dengan muzium di negara luar. Harap ada inisiatif menaiktaraf Muzium Negara dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  2. Boa noite minha querida amiga Anies. As fotos e os vídeos ficaram interessantes. Gosto muito de visitar museus. Uma excelente noite de quarta-feira e um grande abraço do seu amigo carioca.

    ReplyDelete
  3. Kiranya Linda menang la tang ni..sebab dah pernah pergi 2tahun lepas.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Kali terakhir uncle ke muzium negara rasanya masa portugis menyerang melaka....

    ReplyDelete
  5. Beautiful photos, dear friend! Thank you so much for sharing this lovely tour! I have never been overseas (I live in Montreal, Canada), but I have several blog friends that are in Malaysia, they are very kind people and I think blogging is wonderful, as I have 'met' many nice people...you are definitely one of those people!

    ReplyDelete
  6. Wah..banyak ya kesan penjajahan kerana Tanah Melayu pernah jadi Jajahan penjajah..

    ReplyDelete
  7. dulu kalau ada saudara mara maii KL, kak ana selalu bawa ke sini Anies hehe :)

    ReplyDelete
  8. Pernah masuk sekali masa rombongan sekolah rendah zaman dahulu kala haha..
    Pernah bawa the kids sekali nak masuk sekali lewat ptg dah tutup..

    ReplyDelete
  9. Kena pelbagaikan lagi pameran di muzium negara ini supaya ada spark kepada para pngujung yg dtg .. mcm mana kita masuk muzium di china :D

    ReplyDelete
  10. PH pula first & last pergi Muzium Negara ni masa rombongan sekolah rendah.
    Cuti sekolah ni bole la bawa anak² pi sini

    ReplyDelete
  11. Kalau masuk muzium terus rasa kagummm...part yang nak sangat temgok adalah cara hidup zaman dulu😃😃

    ReplyDelete
  12. perkongsian menarik menelusuri sejarah

    ReplyDelete
  13. Kalau Museum Nasional Indonesia (Museum Gajah) Sudah Pernah juga belum Mbak Anies? hihihi
    Pasca insiden kebakaran, sekarang direnovasi besar-besaran, dan lebih baguuus :D

    ReplyDelete
  14. best gak kan explore sini. akak rasa akak last pegi dulu masa umur 16/17 kot.

    ReplyDelete
  15. saya pergi sini 2 tahun lepas hihi. dulu masa zaman belajar, kitorang banyak kali kena pergi muzium/art gallery. sejak2 dari tu saya suka pergi muzium :D

    ReplyDelete
  16. nanti tryla pergi muzium bank negara. situ best n cantik!

    ReplyDelete
  17. Kalau di sini tiap ada acara sekolah pasti kebanyakan ke museum kak 😅. Soalnya itulah yg paling murah dan aman untuk anak2 😁. Apalagi ada banyak bgt museum di JKT.

    ReplyDelete
  18. Saya nih sebenarnya sukaaa museum. Tapiiii museum yg saya suka yg temanya dark history. Cth macam museum killing field di Pnom Penh Kamboja, museum bom atom Hiroshima dan nagasaki.

    Dan target saya selanjutnya museum pembantaian Hitler di Auschwitz dan museum pembantaian di Armenia.

    Nah kalau museum seram begitu saya sukaaaa. Bloody history nya dapet banget . Tak boring di dalam

    ReplyDelete
  19. Dulu nak pegi dengan rombongan sekolah tapi dibatalkan ke Muzium Negara tak ingat sebab apa. Aa nak piii sinii balik kang !

    ReplyDelete
  20. Ok lepas ni boleh la ke muzium Bank Negara plak anies.. masuk Percuma! Cuma public transport terdekat komuter bank negara dan kena walking sket utk ke muzium :)

    ReplyDelete
  21. Berpuluh tahun tak jejak tempat kenangan ini....zaman remaja purba dahulu kala ke sinilah selalunya toyol bawa saya, lepas tu lepak di Tasik Perdana sebelum menyusur Jalan Duta dan jalan kaki sampai Chow Kit Road.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆