Pages

Wednesday, 13 May 2026

مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: طواف الوداع والتوجّه إلى المدينة المنوّرة

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

lepas solat Subuh, seperti mana yang diarahkan mutawif, kami perlu buat Tawaf Wada' sebelum meninggalkan kota Mekah. haiihhh berat sungguhlah hati nak tinggalkan bumi penuh barakah ni.

tapi anies tak terus buat tawaf. duduk sekejap. dan dalam sekitar jam 7AM barulah anies mula. masa ni buat seorang je sebab yang lain-lain, dah buat lepas solat Subuh. memandangkan anies dah siap kemas luggage, jadinya tak lah rushing sangat pagi tu.

kami akan bertolak ke Madinah pada 12PM dengan bas. sebahagian ahli kumpulan akan naik high speed train. tapi, dari hotel kami akan bertolak sama-sama. 

oh ya! yang naik HSR ni jemaah sendiri yang request sebelum kami datang sini. so ada tambahan harga dalam pakej. yang tak request tu, naik laa bas yang dah disediakan.


ya Allah ya Tuhan kami, dengan rahmat dan barakah-Mu, jemputlah kami ke sini pada masa akan datang... jika tidak sebagai jemaah umrah, jemputlah kami sebagai duyufur rahman... aminnn...

short video😭😭

@stesen Haramain HSR Mekah. jemaah yang naik HSR ni bertolak pukul 2PM. tapi hari tu nak jadi cerita... kami yang naik bas ni tiba Madinah dulu berbanding mereka. percaya tak? dengar macam pelik tapi benar😁

bas berhenti kat RnR pertama sebaik sahaja keluar dari Mekah... beli ni untuk buat alas perut...



suasana sepanjang perjalanan Mekah ⇨ Madinah



short video

berhenti kat RnR kedua; sejam sebelum tiba Madinah...

short video @ RnR

senja @ Madinah. assalamualaikum ya Rasulullah.. kami datang menziarahimu...😭
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


thanks for reading...
daa

No comments:

Post a Comment

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆