Pages

Wednesday, 15 April 2026

Dekorasi raya 2026 @ Sunway Piramid

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Pssttt .. cerita raya belum habis lagi!

tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, sejujurnya anies tak pernah tengok pun dekorasi raya kat mall tersohor ni. kenapa? seingat anies baik masa Ramadan atau lepas Syawal, anies tak pernah jejakkan kaki ke sini. tapi kalau pada musim perayaan lain macam Krismas atau CNY, pernahlah juga tengok dekorasinya.

so, kira-kira seminggu sebelum raya hari tu alang-alang dah ke sini, moh lee kite tengok deko raya Sunway Piramid ni. cantik ke idok? gah ke idok?

tapi sebelum tu berpusing-pusing jugalah anies cari kawasan deko ni..korang pun tahu kan... yang Sunway Piramid bukannya kecil! nak cari tu sampai rasa nak give up je. last last noise jumpa...

punyalah jauh lokasinya ( kalau tak silap berhampiran entrance ke Sunway Lagoon ). tapi bila dah sampai... hmm... kecil je ruangnya...

korang layan jelah photo yang anies snap ni. nak ulas panjang-panjang pun, rasa sedikit kecewa sebab dah pergi ke 2 mall sebelum ni (baca kat SINI & SINI) tema deko lebih kurang sama je. ke... diorang dah berpakat nak guna tema sama iaitu songket & tradisi?


boleh laa kira ni sebagai entrance... theme deko: Seindah Corak Aidilfitri... waduh cringe nya... tolongggg






so, berdasarkan foto-foto ni berapa⭐korang nak kasi untuk deko raya @ Sunway Piramid ni? acu komen👇

No comments:

Post a Comment

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆