Pages

Monday, 9 March 2026

Singgah The Banjaran Hotspring Retreat dan Jeff's Cellar @ Tambun, Ipoh

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ni cerita bulan Januari hari tu. kami ada kerja sikit kat Ipoh. lepas makan malam, kami dibawa ke sini. dalam kepala anies membayangkan yang tempat ni macam resort yang pernah anies singgah / menginap. rupanyaaa... jauh dari sangkaan sebenar!

walaupun kami datang pada malam minggu tapi tempat ni agak sunyi. sekali tengok, macam berada kat Bali pun ya walaupun anies tak pernah sampai Bali lagi😂

then, kami dibawa ke Jeff's Cellar. masa ni laa baru tahu Jeff''s Cellar ni adalah sebuah bar di dalam gua. foto tak banyak sebab lebih menghayati suasana walaupun sekadar tengok-tengok je😁


dari parkir, kami melewati kawasan seumpama ni...

since dah namanya kolam air panas, jadinya kawasan ni pada pandangan anies, tempat yang sesuai untuk bersantai sambil layan suasana alam. dek kerana kami datang dah malam, jadinya tak dapatlah nak hayati alam. cuma nampak pokok-pokok dan dindng bukit je laa...



resort-resort kat Bali lebih kurang macam ni, kan? (tanya dalam nada dering)






short video kolam air panas yang ada kat sini. suhunya antara 30 - 40°C... nak celup-celup kaki tu, boleh laa... tapi nak masak megi memang tak lepas😂

Jeff's Cellar (JC)

kalau tak silap, nama Jeff tu merujuk kepada pengasas / pengerusi Sunway Group iaitu Tan Sri Jeffery Cheah. kawasan The Banjaran Hotspring ni sendiri dibangunkan kumpulan Sunway. sebelum sampai sini, anies nampak bangunan Sunway Medical Centre. rasanya macam hospital baru buka je tu. betul ke, orang Ipoh?
logo JC...

tangga menuju ke JC...

sebelum masuk JC, akan nampak sijil-sijil ni...

ada perigi 'buta' depan pintu masuk JC😂

inside JC

jangan tanya anies... ni gua batu kapur or gua batu nisan😂

dicelah-celah batu tu ada air mengalir...

short video inside JC

anies tengok, pelanggan yang datang rata-ratanya pelancong luar...

sejuk ke, air kat sini? tak. biasa je...

tempat penyimpanan arak. member anies tanya, arak kat sini paling mahal berapa RM? staf JC jawab, sama macam harga sebuah rumah. rumah jenis apa? entah laa... 😂Ella korang rasa?


korang dah pernah masuk sini? acu share👇
thanks for reading...
daaa

19 comments:

  1. Waaaah bar tapi dalam gua yaaaa. Best lah, unik konsepnya kak 😄👍👍. Memang dilihat agak mirip dengan villa2 di Bali tapi yang kawasan atas... Yg lebih sejuk kawasannya.

    ReplyDelete
  2. Kolam air panas biasanya ada di kawasan yg punya gunung api. Di pulau Jawa banyaaak sangat kolam air panas, Krn di sini gunung berapi masih banyak aktif. Di Malaysia ada gunung apikah? Seingat saya tak ada gunung api di kawasan sana. Jadi terpikir, hotspring nya bisa panas karena apa yaa...

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau ternyata memang ada gunung api, maaf ya kak, saya salah Informasi berarti 😅😅.

    Penasaran juga harga liquor nya berapa hahahahahha. Makin lama tahun pembuatan, makin mahal lah itu. Padahal saat saya DTG ke Georgia, yg merupakan penghasil wine, harga wine di sana yg berkualitas baik pun, tak lah sampai seharga rumah 🤣. Begitu masuk ke negara yg mengimport mereka, memang jadi berlipat ganda yaa

    ReplyDelete
  4. waahhhh The Banjaran! ana blm pnh sampai lg sini ehehe

    ReplyDelete
  5. menarik pengalaman ke sini cafe dlm gua xpernah terfikir wujud

    ReplyDelete
  6. Just wow!
    Penataan lampu yg kreatif buat ia nampak lebih dramatik

    ReplyDelete
  7. Cantiknya. Sunway ni memang banyak produknya. Memang berjaya betul.

    ReplyDelete
  8. Uy me enamore. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  9. What an amazing place. I love the lights and colours in your photos. I also enjoyed the videos. I felt like I was there myself.

    ReplyDelete
  10. wow menarik konsep dia. mandi air panas dalam gua hahaha

    ReplyDelete
  11. saya tahu harga arak mahal, tapi tak sangka pulak boleh mencecah harga sebuah rumah. makin lama peram, makin mahal harganya

    ReplyDelete
  12. Um post encantador, passando pra desejar uma feliz terça-feira bjs.

    ReplyDelete
  13. The Banjaran ni tempat eksklusif, mahal.
    Nampak mewah rupa bar dalam gua. Tapi macam sayang jugaklah bila alam semula jadi diubah jadi gini.

    ReplyDelete
  14. keren betuul ini konsep bar-nya mbak anies.
    Kok bisaaa, cafenya dibuat ala-ala gua begini ya. Agak gelap dan serem si memang, tapi jadinya unik dan eksotis, hehehe

    ReplyDelete
  15. The Banjaran Hot Spring ni ada dalam wishlist..x tau la bila nak pi

    ReplyDelete
  16. Kalau pergi waktu siang, tentu pemandangannya berbeza kan berbanding malam.

    ReplyDelete
  17. Harga paling mahal umpama sebiji rumah, wahh mahal betul tu.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆