Pages

Friday, 6 March 2026

Merhaba, Türkiye!

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Istanbul, Aku Datang! lagi

siapa dah tengok filem ni lebih dari sekali? acu angkat CPU, sat?😂 best kan cerita ni? disebabkan filem ni juga menderu-deru rakyat Malaysia datang ke Türkiye (cerita jalan-jalan ke Istanbul kali pertama anies ada share kat SINI)

well... pada mulanya anies nak tarik diri dari trip ni. tapi tu laa... rasa kesian pula kat member-member ni yang memang dah bersemangat nak berjalan jauh. fikir punya fikir, jual buah pinggang akhirnya anies says i do yes...

balik dari umrah anies siapkan itinerary. sambil-sambil tu, tolong farah settle kan bahagian dia yakni booking segala benda seperti hotel, tambang bas dan sebagainya. Alhamdulillah. once itinerary siap, diorang pun check then setuju tanpa banyak songeh😂kalau rombak sikit-sikit tu biasa laa kan... overall, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

tempoh untuk prepare itu ini, terasa singkat sangat. sedar-sedar je dah masuk bulan 12 dan Krismas! dia punya tak berapa nak prepare tu, sampai hari nak bertolak, sempat lagi pergi beli barang. adoiii haiii... taubat dah nak plan last minit ni😂


pada hari kejadian: 26/12/2025. macam biasa, dari stesen MRT ke stesen ERL @ Putrajaya Sentral untuk ke airport. bouquet tu sebenarnya anies nak bagi kat cousin (surprise kononnya). masa dia convo anies tak jumpa dia sebab balik kampung. so cadangnya nak beri kat KLIA sebab dia kerja kat situ. tup tup hari tu dia MC. so bouquet tu anies tinggalkan kat kaunter, minta kawan setugas serahkan once dia dah masuk kerja nanti...


untuk trip kali ni kami pergi berempat. since diorang ni dari Utara, jadinya kami bersua @ KLIA T1 dan masing-masing excited plus melompat-lompat macam Teletubies😂




lepas solat barulah kami drop luggage. yang best nya bila naik Emirates ni, kalau dah check in online, ada kaunter khas untuk kita berurusan kat airport. so tak payah tunggu lama. dalam 10 minit je dah selesai.


singgah restoran Chef Wan untuk alas perut. dalam pukul 5.00PM barulah kami gerak ke bangunan satelit a.k.a Gate C dengan aerotrain.


rasanya baru je nak labuhkan punggung, kedengaran pengumuman untuk boarding. awal betul mereka dah panggil! tak apa laa... lagi awal lagi bagus. 


boarding time!

kalau tak silap kami naik Boeing 777 hari tu. penumpang agak ramai sebab ada beberapa kumpulan umrah yang naik sekali. mereka transit @ Dubai (betul tak blogger cik Tim?)



in flight meal👆👇



@ business class cabin Emirates. semoga anies dan semua yang tengah baca entry ni diberi rezeki menikmati seat business class seumpama ni suatu hari nanti. aminnnn...

transit 10 jam @ DXB

Alhamdulillah take off sekitar jam 6.30PM dan kami tiba Dubai Inter. Airport (DXB) dalam pukul 1.00++AM (waktu Dubai). since tiba awal pagi, jadinya kami decide untuk melangut je laa dalam airport (yang tak best nya kena jalan jauh ke Terminal 3).


DXB yang 'tak tidur'... meriah sepanjang masa...

kami dah tak larat nak jalan. so naik laa buggee free ni...


walaupun transit lama tapi yang bagusnya DXB ni, tak sunyi dan ada macam-macam kemudahan disediakan.


kami decide untuk 'keluar airport' a.k.a cop passport. kalau duduk kat bahagian connection / transfer 10 jam, memang penat. Alhamdulillah, urusan kat kastam & imigresen senang je. paling penting kami dapat cop passport😂

kami lepak kat surau. mulanya takut juga nak curi-curi tidur kat sini. tapi sedar-sedar dah masuk waktu subuh. lepas solat, kami kembali ke kastam & imigresen untuk check in, mandi, sarapan dan tidur seketika sebelum fly semula pada jam 10.00AM.


tapi hari tu flight delayed 35 minit. dalam hati dah berkira-kira, kami mungkin tiba Istanbul dah petang / malam...


Alhamdulillah... dapat rezeki sekali lagi naik Airbus A380. mungkin disebabkan penumpang ramai kot pada hari tu...

in flight breakfast...

rezeki kami dapat seat belakang pilot sebab business class cabin kat tingkat atas...

Alhamdulillah... kami tiba IST pada jam 3.35PM waktu Istanbul...

selesai semua urusan, kami terus cari terminal bas kat tingkat bawah IST. nak naik bas kat sini senang je. just refer signage (stesen bas terakhir) yang korang nak turun. contoh, korang nak turun kat Eyüp Sultan Bus Station. so cari je signage Eyüp Sultan and so on. cara lain untuk ke Istanbul selain bas dan teksi adalah, naik Metro.

beli Istanbulkart untuk kegunaan kami naik public transport sepanjang berada @ Istanbul. harga kad + kredit / tambang: 420 Lira. sekeping kad boleh guna up to 5 person per journey. tapi pastikan kredit sentiasa cukup sebelum guna. ada sesiapa nak pergi Istanbul dalam masa terdekat? anies nak bagi pinjam kad ni...

Alhamdulillah... selamat tiba @ Esenlar Otogar, Istanbul. betul sangkaan kami. kami tiba sini dah malam. masa turun bas kedengaran azan Maghrib. cuaca sangat sejuk + hujan. kalau tak silap suhu masa tu 5°C. menggigil-gigil kami dibuatnya. almaklum laa... badan tak biasa lagi dengan suhu sejuk. setakat aircond dalam office tu, boleh laa tahan😂


well... ke mana destinasi kami seterusnya? apa kami buat kat Istanbul? stay tuned...

thanks for reading
daaa

although no one guessed the correct answer (read HERE), but i truly appreciate your effort. as a token of appreciation, i'd like to reward blogger Mznimnwr & blogger Puan Hazel with a small gift. kindly DM me your details HERE. tqsm😉😊

25 comments:

  1. Laaa...lepas dah dia ke Istanbul....best betul travel macam ni...

    ReplyDelete
  2. Wah, seronok sungguh melihat pengembaraan kalian menyeberangi samudera hingga tiba di Turki. Rasa macam nak ikut serta, tapi dompet pula berkata lain, hahaha.

    Naik pesawat Emirates nampaknya memang mewah dan selesa ya. Malah makanannya pun kelihatan enak, walaupun hanya hidangan di tengah penerbangan.

    ReplyDelete
  3. Merhaba Anie, how was the Türkiye trip ? I'll waiting for your comments....

    ReplyDelete
  4. Uma boa experiência, desejo uma feliz sexta-feira bjs.

    ReplyDelete
  5. Thank you so much for sharing your journey. I really appreciate your posts and photos.

    ReplyDelete
  6. Parece un genial viaje. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. haah betul masa citer Istanbul Aku Datang tu hati2 membuak2 nak pegi turki! ehehe

    ReplyDelete
  8. antara destinasi idaman sy suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  9. travel ke turkiye menarik kisahnya

    ReplyDelete
  10. Untung dapat pergi Turkiye...kalau masa sekarang memang confirm tidak dapat kerana perang di Timur Tengah

    ReplyDelete
  11. Eh, ada token jugak je? Aduh jauh sangat Maldives dgn Turkiye tu hihi ...
    Flight 777 ni besar kan, selesa betul

    ReplyDelete
  12. Istanbul pula. Nasib la pergi tahun lepas kan. Kalau sekarang ni Dubai Airport pun macam tutup je. Bersyukur ya....

    ReplyDelete
  13. I don't travel, but I love to see videos and photos of different places. Thank you so much for sharing. ❤️

    ReplyDelete
  14. Saya rindu melihat A380 mendarat di Soetta lagi 😄😄. Memang besar sangat pesawat ini. Tidak nak landing di Soetta, biasanya dah banyak fans of flight yg menunggu kedatangannya (cek dari jadwal flight radar) , hanya utk buat video saat dia nak landing. Suara getarannya memang besar 👍👍. Tapi lebih banyak landing di Bali A380 ini

    ReplyDelete
  15. Oh JD ini Des berangkatnya ya kak.. seru juga kalian pergi mandiri. Saya dulu yg pertama DIY lah, dengan Raka, tapi hanya Istanbul. Yg kedua kali baru dengan travel, jadi agak jauh kota2nya.

    Tp jujur tak terlalu ingin balik kesana 😅😅. Saya suka kotanya, tapi tak suka makanannya 🤭🤭.

    ReplyDelete
  16. wahhh bestnya gi istanbul. my wishlist!

    ReplyDelete
  17. dubai ni antara airport paling terbusy di dunia. org nk gi belah2 europe tu pun slalu transit sini. ni tgh ada konflik kat timur tengah, pishang jugaklah kan..

    ReplyDelete
  18. baru perasan ada nama saya kat bawah tu haha walaupun tekaannya meleset jauh. nanti saya pm kak anies. tq tau!

    ReplyDelete
  19. Ish ish ish... penuh la muka surat pasport.... Jaaaaaalaaannnn je....

    ReplyDelete
  20. Dua kali dah ke Istanbul, tapi rasanya hendak datang lagi... ahaks!

    ReplyDelete
  21. Best nya ke Turkiye. Transit Dubai memang best cuma food mahal. Tapi kalau lebih 7 jam dapat free meal voucher. Kami pernah dapat.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆