Pages

Monday, 16 February 2026

Pokku Dessert @ Wisma Rampai, Setapak

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Akhirnya sampai juga ke sini. walaupun fenomena 'kedai dessert viral' dah berlalu, tapi kedai yang satu ni tetap jadi sebutan. sebab apa?

daripada komen-komen yang anies baca kat socmed, katanya harga makanan / minuman kat sini reasonable. lepas tu, pilihan pun banyak.

jadinya, jom kita terjah! betul ke tak apa yang netizen cakap tu...


lokasinya senang je nak cari. nak naik public transport pun mudah sebab ia tak jauh dari stesen LRT Sri Rampai...



👆👇aneka makanan (basah) ada kat sini... bohonglah kalau cakap tak rambang dibuatnya...





👆👇agak besar juga kedai ni. ada 3 lot (kiri, kanan dan belakang)





👆👇aneka minuman & pencuci mulut (buko - dessert famous dari Filipina)...



segala jenis kek, pencuci mulut dan kuih-muih... ni pun rambang dibuatnya... semuanya nampak sedappp... poket je yang tak berapa nak sedap😂

aneka aiskrim Malaysia...



👆👇aneka keropok, makanan kering dan kudap-kudapan...



depan kedai... kat banner tu ada tulis waktu operasi kedai...

ia sebaris dengan restoran Ali Maju...

hasil menjala @ Pokku Desser... sagu rainbow gula Melaka (kiri) dan Miang Khai...

resitnya...


ya, ada betulnya cakap netizen. makanan kat sini reasonable. paling murah, RM1.50. paling mahal dalam sekitar RM40-50. kat sini boleh bayar secara tunai atau QR sahaja...

korang dah pernah sampai sini? acu komen sat👇

p/s esok dan lusa cuti sempena Tahun Baharu Cina. khamis anies cuti sempena 1st Ramadan. so see ya on Friday...


selamat datang Ramadan dan selamat berpuasa!

21 comments:

  1. Bagus la idea bukak kedai macam ni... ramai peminat dessert sebenrnya

    ReplyDelete
  2. Parecen buenos dulces. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  3. Belum sampai lagi huhu ...
    Selamat berpuasa Anies

    ReplyDelete
  4. Memang rambang mata kalau banyak sangat pilihan tu.

    ReplyDelete
  5. pernah dengar nama pokku dessert ni. bahaya masuk tempat camni, sebab ada bermacam jenis makanan. kalau membeli tak hingat dunia tu, boleh menangis dompet

    ReplyDelete
  6. Waaah, hebat betul Mbak. Minumannya memang segar dan sedap diteguk, hihihi. Banyak pula pilihannya ya.

    Selamat Ramadan ya Mbak Anieees, semoga bulan istimewa ini membawa keberkatan untuk kita semua.

    ReplyDelete
  7. Lovely photos and lots of different foods. Happy Ramadan to you, dear friend 🧡

    ReplyDelete
  8. Selamat menaymbut Ramadhan Dear Anies..
    Uishhh dekat setepak sahaja.. boleh la nak terjah ni..

    ReplyDelete
  9. Oh wow very good place everything looks so tasty

    ReplyDelete
  10. Kalau kesini usahakan jangan cari takjil lah, sudah pasti kalap mata dan tangan 🤣🤣🤣🤣. Apalagi lapar puasa kan. Semua nak dibeli 😂

    ReplyDelete
  11. Aiiih melihat nasi goreng bungkus telur tuh, langsung lapaaar kan 🤣🤣

    ReplyDelete
  12. Memang murah2 harganya ya kak. Yg bagus lagi, banyak sangaaaaaat pilihannya 😍😍😍😍. Confirm bingung memilih.

    ReplyDelete
  13. Tempat macam ini bagusnya datang rame dengan teman. Jadi bisa saling mencoba 😄

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah jika sy ke KL pasti sy akan singgah di sini ye..

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan anies! Wah, rambang mata tengok dessert2 dan makanan kat situ. Miang khai pun ada jugak ye! Ok klu mengidam dah tau kat mana nak cari 😋

    ReplyDelete
  16. rambang mata ini kalau masuk..
    Macam-macam ada.. Semua nak dicuba..

    Tak sempat nak ucap Salam Ramadan, dah masuk Syawal..
    Lama betul tak menyinggah blog Anies ini..

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆