Pages

Monday, 23 February 2026

Jom buru ikan bandaraya!

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu.... ikan pleco atau nama glamernya ikan bandaraya ni bukan berasal dari perairan kita. 

dikhabarkan ia berasal dari Amerika Selatan (Sungai Amazon) dan dibawa masuk oleh penternak / penjual ikan untuk bersihkan kolam / akuarium. bila ikan ni tak diperlukan / dah besar, mereka lepaskannya ke sungai-sungai. akibatnya? sila scroll👇.


mengapa perlu hapuskan ikan pleco dari sungai tempatan?


jadi, kepada anda yang cintakan habitat ikan-ikan tempatan, jom sertai kempen ni untuk selamatkan sungai kita.

mesej di bawah anies copy paste dari sebuah group di FB. korang dipersilakan share kempen ni untuk kesedaran bersama.

GANJARAN 1KG = RM1 💸

📢 JOM BURU IKAN BANDARAYA (PLECO) & JANA PENDAPATAN! RM1.00 SEKILO! 🐟💰

Warga Selangor dan kaki pancing sekalian! Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan pelbagai agensi melancarkan OPS PLECO SELANGOR 2026. Ini masanya untuk kita selamatkan sungai kita sambil buat duit tepi!

KENAPA KITA KENA BURU IKAN PLECO? 🚫🐟

Ikan Bandaraya (Pleco) adalah spesies invasif berbahaya kerana:
 * Memakan telur / anak spesies ikan asli tempatan (tiada pemangsa semulajadi).
 * Merosakkan dasar sungai dan tasik (menyebabkan hakisan).
 * Mengganggu rantaian makanan ekosistem.
 * Terlalu tahan lasak dan sukar dikawal.
 * Merosakkan jaring dan menjejaskan rezeki nelayan darat.
   ⚠️ AMARAN: Jangan sesekali buang Ikan Bandaraya kembali ke dalam sungai atau longkang!

📅 TEMPOH PROGRAM: 7 Februari - 25 Oktober 2026

📋 SYARAT & PERATURAN PENYERTAAN:

 * 🇲🇾 Warganegara Malaysia sahaja.
 * 🔞 Berumur 18 tahun dan ke atas.
 * 🆔 Wajib bawa Kad Pengenalan (IC).
 * 📍 Tangkapan hanya di kawasan zon yang dibenarkan/ditetapkan.
 * ⏰ Waktu Pendaftaran: 8.00 pagi - 10.00 pagi sahaja.
 * 🎣 Kaedah tangkapan adalah BEBAS, KECUALI penggunaan peralatan yang dilarang di bawah Akta Perikanan (DILARANG menggunakan Racun / Tuba, Bom, atau Renjatan Elektrik).
 * ⚠️ Keselamatan diri adalah tanggungjawab masing-masing.

📍 JADUAL & LOKASI PEMBURUAN:
LOKASI 1: DENAI SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI LANGAT

(Sila rujuk QR Code di poster untuk lokasi tepat)
🗓️ Februari: 7, 8, 14, 15
🗓️ April: 25 & 26
🗓️ Mei: 2, 3, 9, 10, 16, 17
🗓️ Jun: 13, 14, 20, 21, 27, 28
🗓️ Julai: 4, 5, 11, 12

LOKASI 2: SUNGAI DAMANSARA
(Sila rujuk QR Code di poster untuk lokasi tepat)
🗓️ Julai: 18 & 19
🗓️ Ogos: 8, 9, 15, 16, 22, 23
🗓️ September: 12, 13, 19, 20, 26, 27
🗓️ Oktober: 3, 4, 10, 11, 17, 18, 24, 25

📞 SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

👨‍✈️ Kapten Amli: 012-911 2194
👨 Haziq (Tok Tuah): 011-1500 2708

Jom turun beramai-ramai! Selamatkan sungai kita, selamatkan ikan asli kita! 🎣💪

Dikuasakan oleh:
YB Dato' Ir. Izham Hashim (EXCO Infrastruktur & Pertanian Negeri Selangor), LLBS, SMG, KDEB Waste Management, JPS, UNISEL & Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA).

#OpsPlecoSelangor2026 #InsentifPemburuIkanPleco #SelamatkanSungaiKita #IkanBandaraya #InvasifSpecies #AgroSelangor #KitaSelangor


jadual insentif pemburu ikan pleco.


p/s tolong copy link URL entry ni dan paste ke socmed pilihan anda agar lebih ramai ambil cakna tentang perkara ini!

19 comments:

  1. Dari tahun lepas tak silap, org viralkan pasal ikan ni. Tak bagus utk ekosistem sungai kita

    ReplyDelete
  2. Kempen yang baik untuk jaga ekosistem sungai 😊 Semoga ramai yang ambil peluang sertai dan sama-sama lindungi ikan tempatan.

    ReplyDelete
  3. Lama dah orang sensasikan problem ikan bandaraya ni tapi macam tak ada pihak nak ambil peduli, sudahnya habis ikan2 semula jadi dan penuh sungai2 dengan ikan bandaraya. Dahlah punya susah nak matikan dia ni.

    ReplyDelete
  4. ikan bahaya kenapa boleh lepas ke dalam ekosistem kita masalah besar tu

    ReplyDelete
  5. Kaki pancing patut rebut peluang ni ...

    ReplyDelete
  6. Jom jom... Boleh buat tabung travel ni hahaha...

    ReplyDelete
  7. Bagus poster tu... senang nak faham

    ReplyDelete
  8. Fascinating topic, dear friend. Thank you so much for sharing this!

    ReplyDelete
  9. Bagus buat kempen macam ni. Lepasni kuatkuasakan siapa2 yang didapati buang ikan ni ke sungai akan dikenakan tindakan berat

    ReplyDelete
  10. Waaah, hebat betul ni kak Anies. Memang saya pun sudah lama membaca tentang betapa bahayanya spesies ikan bandaraya ini. Ketahanan hidupnya tinggi, membiak dengan cepat. Sampai ikan tempatan jadi mati.

    Di Indonesia pun sudah ramai anak muda yang bersuara. Antaranya @ariefkamarudin yang sering saya temukan di Instagram. Tapi apakan daya, pemerintah di sini memang lambat benar geraknya. Jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Malaysia, hiks

    ReplyDelete
  11. Que legal muito interessante isso, desejo uma feliz terça-feira bjs.

    ReplyDelete
  12. Serunya pengalaman “buru ikan bandaraya” ini membuat aku ikut penasaran sama suasana dan tantangannya. Cara penulis menggambarkan aktivitasnya bikin cerita ini terasa hidup dan menarik buat dibaca.

    ReplyDelete
  13. I don't know much about this. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  14. Pernah tengok dokumentari tentang menu apa sedap buat dgn ikan bandaraya ni 😅. Dieorg buat goreng tepung, katanya sedap tapi tu la sbb ikan ni makan najis jadi geli pulak nak mencuba hihi

    ReplyDelete
  15. Kalau di sini biasanya ikan untuk bersihkan akuarium itu ikan sapu-sapu namanya, tapi entahlah apakah spesiesnya sama atau enggak, bahaya juga ya kalau sudah terlalu banyak, yang ada justru membahayakan kelestarian ikam asli di sungai-sungai kalau sudah berlebihan

    ReplyDelete
  16. Bagus bagus memang kena kurang dan hapuskan secepatnya

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆