✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas singgah China Town, driver buggy bawa kami jalan-jalan untuk melihat kawasan sekitar Van Pak Len (VPL).
well... korang tentu dah maklum, kalau sebut Las Vegas, ia sangat sinonim dengan kasino dan judi. tapi gelaran mini Las Vegas ni, anies yang sengaja gelarkan - untuk menggambarkan suatu hari nanti VPL ni mungkin akan jadi macam Las Vegas.
FYI, kebanyakan hotel-hotel kat sini merupakan hotel kasino. ye laa kan... kalau bina hotel semata, payah nak untung. kalau ada kasino confirm bilik hotel laku keras.
sebelum datang ke VPL, anies pernah ke Macau (baca kat SINI). ni pun salah satu kota terkenal dengan kasino dan judi @ Asia. dan semestinya kasino kat sana lebih well established berbanding VPL.
well... waktu siang kat sini tampak biasa-biasa je. tapi kalau korang datang pada sebelah malam, mungkin VPL ni lagi cantik sebab 'disimbahi' pelbagai jenis lampu.
hmm... layankan je laa beberapa foto yang sempat anies snap ni sebagai entry penutup jalan-jalan ke Laos.
korang rasa... ni bakal bangunan pejabat atau hotel?
depan bangunan ni ada sungai👆👇 so anies syak diorang nak buat ala ala Venice gitu...
ya... keadaan kat sini sangat lengang...
jangan tanya anies mana semua orang pergi😂
bila lalu kat sini sempat terfikir... buat banyak-banyak bangunan ni, kalau suatu hari nanti VPL. jadi bandar hantu... macam mana agaknya ya?
ya, ni hotel / resort...
sekali tengok macam bumbung rumah tradisional Melayu. tapi sebenarnya itu design bumbung Buddhist wat...
Kapok Star hotel dari jauh. blogger fanny tanya, apa maksud kapok dalam bahasa Melayu. kapok bermaksud serik. tapi perkataan kapok ni selalunya digandingkan dengan perkataan gitar. gitar kapok = gitar biasa tu.
buat tinggi-tinggi ni nak pergi ke mana?😂
macam mana agaknya di dalam bilik botel ni, kan? tentu mewah serba-serbi...
kalau bergambar kat sini, agak-agaknya ada tak yang percaya kita dah sampai Eropah?😂
antara company dari China yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan @ VPL...
short video @ tepi sungai Mekong...
@ jeti, tunggu bot sampai. nak balik daa... bye-bye Laos!
okey... tu je laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading...
daa
p/s belum sempat nak BW sepenuhnya🙏





















Beautiful photos, dear friend. ❤️
ReplyDeleteTempat nampak mewah tapi untuk berjudi ye. Hmm.
ReplyDeleteLaos melonjak maju menarik pelancong berduit main judi heh heh
ReplyDeletehI anies..miss u..:)
ReplyDeleteEs un lindo lugar. te mando un beso.
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteMungkin ini berita baik untuk peminat kasino? hehehehe
ReplyDeleteSatu saja nak kata " Subahanallah"
ReplyDeletevery beautiful photos have a nice evening
ReplyDeleteAs fotos ficaram lindas. Parabéns minha amiga. Boa segunda-feira.
ReplyDeleteooo bangunan cantik antara yang menarik minat para pejudi juga la maksudnya kan... lawa la bangunan warna warni tu
ReplyDeleteLas Vegas?
ReplyDeleteHebatnya Laos!
Gambar last tu baru ada manusia hahaha..
ReplyDeletesaya tengok gambar 1st tu pun macam "aik, eropah mana ni". cantik semua bangunan kat situ. nak casino, kenalah mewah xD
ReplyDeleteyg bumbung ada tanduk tu, sekali pandang mmng macam senibina umah2 melayu, hahaha
ReplyDeleteCantik betul pemandangannya.. Sekali pandang macam kat Putrajaya pun ada.. kikiki..
ReplyDeleteMeriah bangunan yang dah siap.. Yang baru nak siap.. Tapi orangnya tak mandang ye.. Ini kalau jadi bandar hantu memang seram..
Itulah tarikan dia. Macam Genting tu kan. Saya rasa mesti buat hotel kot. Cantik bangunan depan sungai tu. Macam Disneyland. Baru saya tahu maksud kapok tu serik. Gitar kapok tu tahulah juga.
ReplyDeleteCantik-cantiklah bangunan besar kat sini. Design dia pelbagai.
Oh definisinya ada yg mirip juga dengan perkataan kapok di sini yaa, Serik. Tp dj sana tambah makna lain. Paham sekarang 👍
ReplyDeleteSaya rasa yg akan bermain ju di di sana orang2 foreigners lah 🤣. Yg kebanyakan uang 😁. Tp kalau sampai tak ramai macam Macau, pening cari cara bagaimana bisa profit setelah membangun sebesar itu 😱
ReplyDeleteBangunannya memang macam eropa kak. Sayangnyaaaaaa ada pohon kelapa pulaaaa 🤣🤣🤣. Hilang langsung aura eropa 😅. Tak ada pohon kelapa di sana hahahahhaha
ReplyDelete