✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
tak tahu nak mula dari mana. so, anies bercerita dengan foto laa ya!
ahli rombongan dah masuk pesawat. kami masih naik flight yang sama, Turkmenistan Airlines. kali ni saiz flight nya kecil sikit daripada Boeing 777. satu row cuma ada 6 seat je. oh, ya! kami naik sama-sama dengan lebih kurang 80++ jemaah umrah dari Turkmenistan...
inflight meal sama je dengan yang sebelum ni. bezanya cuma satu je. kami dapat nasi lauk daging. tapi tak tahu daging tu masak apa. rasa kari pun bukan. rasa pedas lagi laa tak rasa...
teruja nampak kawasan padang pasir ni. masa tu ingat dah nak sampai. rupanya belum lagi. tapi pilot dah pun umum tempat untuk bermiqat iaitu @ Qarnul Manaazil. lepas niat ihram, hati jadi lagiiii tak sabar nak sampai...
Alhamdulillah... kami dah selamat sampai @ King Abdulaziz Inter. Airport 10 minit lebih awal daripada jangkaan...
turun je flight, terus naik shuttle bus untuk ke terminal 1...
menuju ke pemeriksaan kastam & imigresen... agak lengang terminal 1 pada hari tu...
masa ni kami tengah beratur untuk cop passport. bila sampai turn anies, staf imi. tu tanya: "where do you come from?" anies: "Malaysia." staf: "not Turkmenistan?" anies: "no. we just transit there!" sambil gelak dalam hati. kenapa? dah terang-terang kot kat passpprt tu tercetak perkataan MALAYSIA PASSPORT!
selesai semua urusan, kami pun keluar untuk jumpa mutawif yang tengah tunggu kat luar terminal. mutawif kami ni orang Uyghur yang berasal dari Xinjiang. tapi dia lahir & dibesarkan kat Pasir Putih, Kelantan. bas ni👆akan bawa kami ke Mekah... tapi yang dalam foto ni bukan mutawif. ni driver bas...
simkad yang anies akan guna sepanjang berada kat sana. harga: 40 Riyal (kalau tak silap laa)... boleh tahan bedesup juga laa Internetnya... simkad ni booked masa kat Malaysia. once kami naik je bas, mutawif terus edarkan. korang yang pergi umrah sebelum ni, guna simkad ni juga ke?
bas melewati bandar Jeddah👆👇jauh beza keadaannya masa anies datang kali pertama dulu...
kami berhenti kat sini untuk solat jamak. belakang stesen minyak ni ada surau dan di sebelahnya tu pasar raya...
setelah hampir dua jam perjalanan... (dari dalam bas) akhirnya... ya, akhirnya! 'pemandangan' yang ditunggu-tunggu pun menjelma. rasa sebak menghimpit dada. empangan mata mulai pecah... ya Allah... hamba-Mu yang hina ini akan tiba di rumah-Mu setelah sekian lama menunggu😭😭😭
لَبَّيْكَ ٱللَّٰهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ ٱلْحَمْدَ وَٱلنِّعْمَةَ لَكَ وَٱلْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ
p/s maksud title 👆: Jeddah⇾Mekah, Arab Saudi: selamat datang tetamu Allah yang Maha Pemurah.
that's all for today... daa...













tumpang seronok tengok foto-fotonya.. moga beroleh kesihatan dan dipermudah urusan beribadah..
ReplyDeleteMenarik menu dalam flight tu. Kenyang makan. Alhamdulillah semua urusan lancar, flight pulak sampai awal. Seronok dapat peluang dan rezeki jejak kaki ke sana. Perasaan tu macam-macam ada kan kalau dah sampai tu.
ReplyDeleteSemoga mendapat umrah yang mabrur Anies...
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteMasya Allah.
ReplyDeleteSemoga suatu hari bisa menginjakkan kaki ke tanah suci juga. Aamiin
Anies kat tanah suci rupanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah perjalanan terindah menjadi tetamu Allah swt dan Rasulnya...
ReplyDeleteYa Allah, rindunya Mekah bila tengok gambar ni 🥹
ReplyDeleteso jummy food!
ReplyDeleteRindunya dgn baitullah dan tanah haram Mekah & Madinah 🥹
ReplyDeleteMe alegro que hayas tenido un buen viaje. Te mando un beso.
ReplyDeleteJeddah banyak bangunan...itulah masa sampai, dak akak sibuk jew merakam moment moment tue...sampai tidoo...sampai telefon pun lupa ....meal dia.banyakkk
ReplyDeleteA refeição ai do avião é muito boa, feliz quinta-feira bjs.
ReplyDeleteDulu sebaik menjejaki ke tanah Mekah saya menangis dalam bas..Subahanallah,..saya seolah nampak Nabi Muhammad SAW di halamanNya..gersang batu2an sana sini..bagaimana mereka boleh hidup begini tapi kuasaNya luarbiasa ada telaga zam zam kan..menangis saya
ReplyDeleteBoa dia e boa sexta-feira com muita paz e saúde minha querida amiga.
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah umrah. semoga mendapat umrah yg mabrur. Aamiin....
ReplyDeleteAah... Jadi kangen umrah lagi 🥺
ReplyDeletesyukur sangat-sangat kerana dapat jemputan Allah ke rumah terbaikNYA....
ReplyDeleteSaya pas umroh tibanya malam pula. Jadi memanglah tak bisa kliatan apapun view dari jendela. Teringin juga umroh yg tiba di sana saat masih terang. Pulangnya pun, saya selalu yg malam juga
ReplyDeleteItulaah, kadang pertanyaan imigrasi ini aneh2. Dah jelas di pasport ada nama negara, masih ditanya juga 😅😅
ReplyDeleteSaya jaraaaaaaang sangat kak beli SIM-card saat traveling. Krn biasanya saya sewa modem mifi dari jakarta. Atau kadang saya aktifkan roaming jika memang tak lama yaaa. Tapi kalau lama, lebih prefer sewa modem mifi
ReplyDeleteTeringin nak umroh lagi. Tapi nantilah.. pengen nya ajak anak2 dan kalau bisa dengan parents lagi
ReplyDeletewow mutawwif orang uyhgur rupanya. macam saya haritu, mutawwif mmng ikut dari malaysia sampai ke madinah. kitorang macam anak2 dia dah follow je mutawwif pegi mana2 pun haha.
ReplyDeletesaya faham sangat perasaan bila nampak clock tower tu buat pertama kali. hati rasa berdebar, rasa teruja dan rasa sayu. hamba yg kerdil dan hina ini dijemput jadi tetamuNya :')