Pages

Friday, 19 September 2025

Phayao, Thailand: Masjiid Jamiul Islam + makan tengah hari

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jarak dari Phitsanulok ke provinsi Phayao lebih kurang 320++KM. Phayao terletak di utara Thailand, bersebelahan provinsi Chiang Mai. sama macam Phitsanulok, nama ibu kotanya (juga) adalah Phayao.

Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan sebelum tiba, biasalah... bas berhenti 2-3 kali untuk isi minyak dan ke tandas.

kata tour guide (TG), pada mulanya mereka plan nak makan kat restoran depan masjid ni. tapi owner beritahu, mereka tutup pada hari tu. sebagai ganti, mereka sediakan makanan then pihak tour agensi cuma bayar 100 Bath per head dan makan kat masjid. bagi kami, okey je selagi dapat makanan halal, dah cukup syukur.

setibanya di sini, ahli rombongan boleh pilih sama ada nak solat atau makan dulu. anies as usual, pilih untuk makan dulu then barulah solat.


masjid ni terletak dalam kawasan kampung. kalau nak lokasi tepat: Tha Wang Thong subdistrict, Mueang district, Phayao. kebanyakan komuniti Muslim yang menetap kat sini berasal dari Selatan Thailand. TG ada beritahu kami, dia sempat berbual dengan salah seorang penduduk sini. tup tup... orang tu rupa-rupanya sekampung dengan TG dan berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Phayao. alahai... kecil betul dunia ni...

main entrance... agak luas juga kawasan masjid ni... yang bumbung merah tu kuarters imam masjid.

ni laa restoran yang sepatutnya kami singgah untuk makan tengah hari. tapi tutuplah pula hari tu. well... dalam foto ni nampak macam tak tutup, kan? lokasinya bersebelahan main entrance masjid je...

lorong masuk dari main road. masjid di sebelah kanan (foto)...

kalau terus ke dalam akan jumpa kawasan kampung. barangkali komuniti Muslim tinggal kat kawasan ni...

anies tak dapat apa-apa info tentang masjid ni. tapi anies yakin yang masjid ni dibangunkan komuniti Muslim yang datang dari Selatan Thailand.



ruang solat lelaki👆👇



ruang solat wanita...

tempat memasak dan penyediaan makanan untuk jemaah. yang bercat hijau tu tandas wanita dan di sebelahnya tempat ambil wuduk (wanita).

tempat ambil wuduk lelaki (sebelah kiri foto). kami makan kat sini...

jangan tanya kenapa meja kami berjarak-jarak antara satu sama lain😂

owner restoran tolong cedokkan nasi...

sup daging Thai ni kena kongsi. 1 meja = 1 mangkuk sup. 

my lunch plate. nasi putih + sup daging + pad kra pao daging + sayur goreng campur + telur dadar = 100 Bath dan boleh tambah nasi / lauk sampai tersandar kenyang. minuman: sirap ais. burrpp... Alhamdulillah...


well... tu je laa cerita untuk hari ni.
thanks for reading...
daa...

21 comments:

  1. Lovely photos. Thank you 😊 for sharing this journey. ❤️

    ReplyDelete
  2. Selamat menjamu selera.
    Sup daging Thai tu macam memanggil-manggil jew!

    ReplyDelete
  3. lama sangat tak singgah sini, sudi la kiranya singgah link baru saya yea : https://penulisanyus.blogspot.com/ dan follow back hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terjaga elok masjidnya.
    Menu nampak simple tapi I'm sure sedap sangat tu kan...

    ReplyDelete
  5. wah makan nasi pun ada yg tolong sendok best tu

    ReplyDelete
  6. Selesa dan bersih ruang solat dia. Senang tempat makan sebelah masjid je. Tak susah cari tempat makan yang halal.

    ReplyDelete
  7. Sedap tak lauk yg disediakan tu Anies?

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap dan mengenyangkan nasi dan lauk-pauknya 😁

    ReplyDelete
  9. SayaNg juga tutup, tapi untung ada gantinya yaaa... Nampak sedap kak. Dah lamaaa tak makan kuliner Thailand nih.

    ReplyDelete
  10. Untungnya memang kawasan muslim, jadi ada banyak tempat makan halal. Tenang nak makan

    ReplyDelete
  11. Me dio ganas de la comida . te mando un beso.

    ReplyDelete
  12. Adui ,..uniknya masjid tu dari tulisan thailand..tak mampu baca , tapi subahanallah sejuk sekali mata memandang ..ada rahmah rahmat ukuhuwa blog n=memberi inspirasi..

    ReplyDelete
  13. saya jika berpergian ke mana-mana, salah satu tempat yang saya suka cari ialah masjidnya. terutama masjid kayu lama bertiang .. minta izin tumpang tidur semalaman.. merasai ketenangan ..

    ReplyDelete
  14. Mbak Anies msh jalan-jalan saja nih... sudah sampai di Thailand ya? Masjidnya terlihat rapih

    ReplyDelete
  15. Takpelah kalau 'tersandar'... jangan terbaring sudah!

    ReplyDelete
  16. restoran yg dekat dgn area masjid, mesti kebanyakannya halal
    sedapnya sup daging tuuu

    ReplyDelete
  17. Kedai makan dekat area masjid mesti halal kan.

    ReplyDelete
  18. sawadeekap cik anies yg jauh dimata ittewww., hehe

    ReplyDelete
  19. Que bom que a viagem foi tranquila, foi um bom passeio, a comida estava boa, Anies bom domingo bjs.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆