✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
dalam perjalanan ke Chiang Rai, tour guide (TG) tak cakap apa-apa pun berkenaan destinasi kami yang seterusnya. dalam pada tu anies terfikir, kot kot laa kalau ada masa, anies nak cadangkan kat TG, boleh tak bas berhenti sekejap depan Wat Rong Khun (WRK) untuk kami bergambar? alang-alang dah lalu Chiang Rai ni kan...
dalam pada berkira-kira tu, tak lama kemudian TG buat pengumuman. rombongan kami akan singgah WRK! wargh! masa tu anies rasa nak melompat je! excited sangat.
dah lama berangan nak tengok WRK ni depan mata tapi tu laa... lain yang dirancang lain yang jadi. rupanya pada 11/12/2024 barulah ada rezeki ke sini.
kata TG lagi, selain WRK... kat Chiang Rai juga ada Wat Rong Suea Ten a.k.a Blue Temple. tapi yang ni kami tak singgah sebab kekangan masa. tak apa laa... dapat singgah WRK pun dah cukup bagus daaa... nanti ada rezeki ke Chiang Rai lagi, boleh laa ke Blue Temple pula.
tiba kat kawasan parkir, suasana agak sibuk. bas pelancongan tak payah cakap laa. memang banyak. kami kena jalan sikit sebelum ke main entrance WRK. well, bayaran masuk adalah 200 Bath. tapi kalau nak tengok kawasan sekeliling WRK tak perlu bayar.
kata TG, WRK bukan digunakan untuk aktiviti keagamaan. ia sekadar binaan yang diilhamkan pakar seni bina terkenal Thailand iaitu Chalermchai Kositpipat. nak baca lebih lanjut tentang WRK, klik kat SINI ya!
well... photo kat WRK ni terlalu banyak. so anies pilih yang mana okey je laa ya. selebihnya anies 'sumbat' dalam video. lagi satu, foto-foto kat bawah ni tak tersusun ya...
antara wat paling famous kat Thailand...
kalau tak silap ni bangunan pentadbiran. yang dalam banner tu = the master behind WRK, Mr. Chalermchai...
haa... ni laa rahsianya kenapa WRK ni nampak cantik dan berkilau bila terkena cahaya lampu / matahari. serpihan cermin dilekatkan pada setiap binaan...
loceng besar ni ada kat kawasan belakang WRK...
'replika gua' ni pun berada kat kawasan belakang WRK. boleh je kalau nak masuk tapi anies tengok dari luar je laa...
ni baru wat yang sebenar yang menjalankan aktiviti keagamaan... juga terletak di bahagian belakang / bersebelahan WRK...
WRK dari sebelah tepi... tak dinafikan seni binanya cantik sangat...
kedai cenderamata... sempat laa beli fridge magnet sekeping dua kat sini...
ruang pameran dan kedai cenderamata...
satu-satunya 'tandas' emas @ Thailand? mungkin kot... terletak bersebelahan WRK. betul ke diperbuat daripada emas? tak laa... cuma guna cat warna emas je...
dalam 'tandas emas'...
short video. foto-foto lain anies masukkan dalam video ni... jemput tonton!
👆👇buek konangan katonyo...
well... tu je cerita jalan-jalan untuk hari ni. thanks for reading... daa
No comments:
Post a Comment
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆