Pages

Wednesday, 4 June 2025

Singgah AEON Mall Metro Prima @ Kepong

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Last week cuti panjang... tak tahu nak buat apa, so anies decide untuk naik MRT then turun laa mana-mana stesen yang 'rasa macam best'. boleh tak macam tu?😁

bila train berhenti kat stesen Metro Prima, ternampaklah mall ni. rasa macam okey je kalau nak singgah. tapi entah kenapa kaki rasa malas je nak turun. sudahnya bila train dah bergerak baru nak menyesal😂

sampai kat stesen berikutnya, anies turun and tukar platform untuk patah balik.... adoiii jadi kerjalah ko anies ya...

sejujurnya anies belum pernah singgah mall ni walaupun dulu entah berpuluh kali berulang alik dari Kota Damansara ke Melawati. bila turun kat lobi stesen, terasa sangat lain sebab saiznya 'tak sebesar' stesen MRT yang lain. kiri dan kanan stesen 'dihimpit' oleh shop lot dan jalan raya.

untuk ke AEON Mall pula dari stesen MRT just naik jejantas je. tak sampai 5 minit dah tiba mall entrance.

disebabkan anies tiba awal jadinya suasana dalam mall tak sibuk sangat. hampir sama macam AEON Mall yang lain, pelbagai jenis kedai, kiosk dan restoran boleh didapati di sini. kalau tak nak makan kat restoran, korang boleh makan kat foodcourt AEON yang turut menjual pelbagai jenis juadah. lepas makan kalau nak tengok movie, naik je ke tingkat atas. ada pawagam TGV kat situ. oh ya arked permainan untuk kakan-kanak pun ada tau! pendek kata, mall ni lengkap untuk persinggahan sekeluarga di hujung minggu.

kalau korang jalan-jalan ke Kepong nanti bolehlah singgah sini. kawasan parking pun luas juga. cuma trafik je laa yang tak berapa nak cun kat sini sebab banyakkkk🚦!


stesen MRT Metro Prima...

AEON Mall....dari luar...

suasana dalam mall



food court AEON...

short video @ inside the mall...


cuti sempena keputeraan rasmi YDPA minggu lepas korang pergi mana? acu share👇👇

17 comments:

  1. Pun boleh macam tu Anies. Dapat juga jalan-jalan naik MRT. Tak pasal kena turun dan patah balik ye. Tak ramai orang pula kat sini. Nampak lengang juga. Saya tak kemana. Balik kampung pilah kejap je.

    ReplyDelete
  2. Rendam betul dia ek, pakai singgah aje, hihi.

    ReplyDelete
  3. tk pernh smp aeon kepong tp pernah lalu kawasan sekitar

    ReplyDelete
  4. Aeon mall pun ada di tempat saya...cuma tak sempat lagi nak jalan selalu ke tempat begini...

    macam pernah dengar frasa' boleh tak macam tu' ....hehehehe

    ReplyDelete
  5. Boleh pulak jalan spontan cam tu eh?

    ReplyDelete
  6. Lindo lugar. te mando un beso.

    ReplyDelete
  7. Lately ni entah lah maybe faktor umur 😄😄 malas betul masuk jalan2 dalam mall, unless nak pergi ke kedai yang specific. Makan atau cari barang. Rasa serabut tengok orang ramai2 tapi kalau tak ramai, maybe enjoy sikit kot. Hehe.

    ReplyDelete
  8. penat jalan singgah sini ya anies

    ReplyDelete
  9. aeon kat bandaraya Melaka sekarang tengah renovate ....kalau nak shopping kena pi aeon Ayer Keroh ler ')

    ReplyDelete
  10. Kalau lagi enggak repot, biasanya saya suka jalan sendiri ke mall, ya enggak sering-sering sih.. Sekedar cuci mata 😄

    ReplyDelete
  11. saya kalau naik MRT tkde arah nak gi mana, mungkin turun bukit bintang jekot. tapi ready utk habis duit jelah hahaha

    ReplyDelete
  12. Saya dah lama tak lakukan macam itu. Dulu sering naik MRT, lalu turun di mana2 stasiun. Bareng Raka lah... Dia pun sukaaa eksplor segala tempat randomly macam tuh.

    Tp sejak ada grab dan sejenisnya, saya JD jarang naik MRT 🤣🤣.

    Tak baik memang. Jadi manja dan sedikit berjalan

    ReplyDelete
  13. Tp nanti ke KL saya nak laah turun naik di Macam2 station hanya untuk eksplor saja 😄.

    ReplyDelete
  14. Adoilah.. Kelakar pula baca.. Sha pun pernah buat macam ini.. Kikiki.. Patutnya turun tak turun, lepas tu turun dan patah balik.. kikiki..

    ReplyDelete
  15. Biasa traveller je buat mcm tu.. naik train lepas tu turun kat mana2 stesyen yg rasa hebat hahaa.. okla blh la tiru buat kat Malaysia pulak 😅

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆