Pages

Friday, 13 June 2025

Kaysone Phomvihane, Laos: Savan Resorts

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

jarak perjalanan dari Lao Customs ke resort ni lebih kurang 5KM. sepanjang jalan, anies tak dapat nak menikmati suasana malam kat sini disebabkan lampu-lampu jalannya agak malap terutama bila melewati kawasan kurang sibuk.

suatu ketika, bus mini membelok ke kiri dan masuk lorong (macam lorong jalan kampung). jaraknya agak jauh juga. anies dah berkira-kira, mesti lokasi resort ni dalam hutan.

tapi once dah sampai kat main entrance... hah! ternganga dibuatnya! umpama masuk kawasan istana! macam tak percaya! tapi tu laa yang kami nampak. hiasan lampu sana sini sebab masa tu dah masuk bulan 12. so deko Krismas merata-rata. dari main entrance sampailah ke pintu masuk resort.

turun dari mini bus tiba-tiba ternampak security gate (macam kat airport). dan.... sebaik melangkah... masa tulah kami baru tahu rupanya resort ni juga adalah 'kasino' mewah!

ingat tak cerita anies fasal bandar Poipet, Cambodia tempoh hari? (baca kat SINI). ya... Kaysone Phomvihane a.k.a Savannaketh juga sama macam Poipet. bandar kasino. hmm... patutlah ada security bagai dan apa yang kita bawa, semua kena check one by one.  

pun begitu kami dilarang keras untuk mengambil foto / rakam video kat area situ. tapi kalau nak bergambar kat tempat lain, dibenarkan. 

once semua ahli rombongan dah berkumpul, tour agensi pun edarkan kunci bilik masing-masing. sama macam sebelum ni, kami dapat twin room yang terletak di tingkat 4.

resort ni ada sediakan sarapan. tapi kami makan yang halal je laa macam sayur, telur rebus dan buah-buahan. 

anies sertakan beberapa keping foto untuk tatapan kosong. manalah tahu nanti ada rezeki korang ke sini, bolehlah berjudi menginap😂 kat resort ni. harga pun reasonable. nanti check kat booking.com or agoda etc. ya!


signboard resort ni terletak betul-betul kat simpang masuk (sebelah main road). korang tengok laa tu wayar dan kabel tak sah kalau tak berselirat macam jiran dia (Thailand) juga😂

main entrance... anies secara peribadi salute dengan pihak pengurusan tour agency ni sebab mereka agak teliti dengan penginapan untuk pelanggan mereka. walaupun resort ni ada kasino tapi bagi mereka keselesaan pelanggan tu paling utama. oh ya... staff hotel pula sangat friendly walaupun mereka tak fasih berbahasa Inggeris. a very recommended resort to stay at Kaysone Phomvihane👍👍👍

dinding luar resort...

short video @ pekarangan resort pada waktu malam...

resort's spa

dah jalan jauh-jauh... apa salahnya kita try kan... tapi anies tak buat pun😂

mewah, kan?

ni harganya dalam nilai Bath...

bilik penginapan

locker bersebelahan pintu masuk yang dilengkapi lampu & hanger. security box diletakkan dalam locker ni...

tingkap bilik air. apa motifnya ya? hmm...

meja tanpa kaki & TV. tak sempat nak layan sinetron Laos dah lena😂

antara kemudahan lain yang disediakan...

sinki. di belakangnya ada toileteries...

bathub & tandas duduk... bidet pun ada ya...

katil super single. tilam dan bantal empuk... oh ya saiz bilik ni sederhana besar. ada balkoni tapi balkoni tu sekadar hiasan je sebab pintu keluar dah lock mati😂 plus, air cond pun okey...

dining hall

pilihan sarapan memang banyak tapi tu laa... banyak yang tak halal...

salad & fruit section...

pintu masuk dining hall... agak jauh jugalah dari lobi ke sini. anies rasa macam dah kena pusing satu bangunan baru laa sampai ke sini😂

ahli rombangan kami ni kalau breakfast kat hotel, diorang akan turun awal. bila anies sampai, kebanyakannya dah selesai makan...


my breakfast. sebelum makan, anies tanya dulu tour guide, yang mana kami boleh makan? so anies ambil roti, telur rebus, salad & butter. tapi butter tu tak sempat nak rasa... untuk minuman pula, anies bawa teh tarik 3 in 1 sendiri. bancuh je dengan air panas. senang kerja!

buffet operation time...

dari pintu masuk dining hall...

terjumpa foto ni kat WA group. tak sure siapa yang snap. so, ni laa kasino yang anies maksudkan. ya, kasino kat sini open dan orang luar boleh tengok gelagat 'mereka yang bertarung'. nampak tak garisan hitam putih kat belakang kasino tu? tu laluan / koridor bilik. nampak macam tingkap tapi sebenarnya cermin gelap dan tak nampak langsung apa-apa aktiviti kat gelanggang judi ni. oh ya... sama macam kat Poipet, nak berjudi kat sini boleh guna mata wang Bath. sayangnya duit Bath anies tak cukup. kalau tak boleh beli chip sekeping dua😂😂😂😂


well... tu je laa perkongsian untuk hari ni... thanks for reading...
daa

28 comments:

  1. Wah, nampak benar-benar mewah yaa tempatnya. Aku jadi ingin mencoba pula resort semewah ini. Macam ada spa, bathub, dan lain-launnya pula.
    Tapi aku nggak mau sih kalau ikut ke kasino. Haraaaam, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut tak apa. main judi tu yg haram

      Delete
  2. Catatan perjalanan yang menarik. Terima kasih atas informasinya.

    ReplyDelete
  3. Cantik juga hotel tempat menginapnya Mbak.
    Kamar tidurnya memang terlihat sangat mewah. Sebanding mungkin ya dengan biaya menginapnya.
    Menu sarapan banyak sekali ya Mbak. Hanya harus pandai memilih ya karena tak semuanya halal.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab namanya resort jd ia tampak mewah

      Delete
  4. Hahaha ka anies jangan cuba2 ya join casino, risau betul 🤣🤣
    Tapi selesa betul hotel tu, memang nampak mewah. Paling best sebab ada bidet kt toilet hehehe

    ReplyDelete
  5. Jangan 'ter' masuk kasino pulak... hehehehe

    ReplyDelete
  6. Dalam perjalanan gelap semacam, tiba-tiba tempat penginapan macam istana pulak kan. Wow sangat tu. Macam tak sangka pulak ada tempat mewah macam tu. Maksudnya ada sesetengah tempat lah tak boleh ambil gambar. Ingatkan sepanjang berada di situ tak boleh ambil gambar. Risau lah pulak.
    Saya pun jenis suka makan sarapan awal. Ehhh jangan berani-berani nak berjudi tu. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. area dpn dan dlm kasino x leh amik gmbr
      duit pn x berapa nak ada... mmg sah2 x lps nk berjudi😁

      Delete
  7. Lindo hotel. Ye mando un beso.

    ReplyDelete
  8. bagusnya staff friendly dgn cstmer wlupun resort tu "casino mewah" hehehe

    ReplyDelete
  9. Makanan sarapan banyak yang tak halal 😲 at least pihak hotel beritahu tamu, mana yang boleh dimakan tamu muslim. Thanks for sharing Kak Anies

    ReplyDelete
  10. Agak susah juga ya kalau makanan banyak yang tak halal, mau pilih pun jadi ragu, cari yang aman saja, lagipun kita enggak tau alat-alat masaknya tercampur apa enggak kan... Kamarnya nyaman dan cukup lengkap juga, hayoo... Berendam enggak mandinya😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni laa kita perlukan tour guide utk bantu

      Delete
  11. resort selesa cantik suasananya

    ReplyDelete
  12. Beautiful photos. Thank you so much for sharing this journey. 😊 Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 🇨🇦

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆