Pages

Tuesday, 13 May 2025

Kenduri kesyukuran untuk Naufal

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kelmarin, pak cik & family ada buat kenduri kesyukuran untuk anak sulungnya, Naufal yang baru-baru ni memperoleh 11A+ dalam SPM. 

sebenarnya, bukan family pak cik je yang happy dengan pencapaian Naufal ni. seluruh family kami pun tumpang happy dan bangga. ni kira 1st time dalam keluarga besar kami, yang dapat result 'paling gempak' untuk exam SPM.

kami doakan semoga ada rezeki Naufal dapat belajar di luar negara. katanya, dia memang nak sangat belajar kat oversea sampai dapat PhD. well, apa pun keputusan yang Naufal ambil, kami doakan segalanya dipermudahkan. amin....

well, majlis bermula jam 12.00PM. pada mulanya pak cik nak buat tahlil ringkas tapi orang masjid yang datang cuma 4 orang je. jadinya kami suruh mereka makan dulu sementara tunggu yang lain sampai. tapi bila tetamu makin ramai, niat nak buat tahlil tu terus tak jadi😁

selain orang masjid, tetamu yang hadir terdiri daripada rakan-rakan sekerja pak cik & isteri, jiran tetangga dan saudara mara dari kedua belah family. 


antara tetamu yang hadir...

sambal belacan dan ikan masin bulu ayam...

bendi celur... sayur paling 'laku keras'...

timun dan daun selom (kalau tak silap) sebagai ulam-ulaman...

sayur goreng campur...

sambal jawa... yang ni pun 'laku keras' sebab ada petai...

pacelis mangga... as usual, mak cik anies yang buat... ada yang nak place order?

kurma kambing. ni lauk palingggg sedap! dagingnya sangat lembut dan tak ada bau hamis langsung! anies makan roti jala & cicah lauk ni je. perghh... rasanya 10 keping kot selamat masuk perut😂 sedap sangat!

kari daging...

ayam masak merah. semua lauk-pauk di atas kecuali pacelis mangga dimasak oleh pihak katering. lauk-pauk ni dimakan dengan nasi putih.

mi kari & laksa berserta bahan taburan a.k.a condiment 'masing-masing'...

kuih-muih section yang terdiri daripada roti jala + kari ayam, kuih seri muka, jambu asam boi, tembikai potong, anggur, cheese tart, kek marble, kek coklat, kek pisang. selain tu ada keropok jajan, gula-gula & jeli kelapa (tapi ketiga-tiga ni tak ada dalam foto)...

sirap ais, ais krim Malaysia dan teh O panas (dalam water dispenser bunga-bunga)... dek kerana cuaca panas, tuan rumah bancuh 3 jenis minuman sejuk berbeza dan semuanya habis!

ABC = air batu campur. ni pak cik order kat gerai dekat rumahnya. 1 container besar ni, licin! 


Alhamdulillah, majlis berakhir jam 5.00PM. tapi lepas tu still ada yang baru sampai. that's okey.... yang penting, majlis berlangsung dengan jayanya.

that's all...
daa...

24 comments:

  1. Alhamdulillah dan Tahniah Naufal...!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah , tahniah Naufal ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Tahniah Naufal, semoga terus cemerlang di masa mendatang, aamiin.. sedap2 lauk kenduri tu Anies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn
      ya semuanya sedap esp kurma kambing

      Delete
  4. 11A?!! Wow... hebat betul minda anak2 sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tp naufal ni mmg dr sek ren dah pandai. upsr dpt 5A dulu

      Delete
  5. Rica comida. te mando un beso.

    ReplyDelete
  6. wow...Naufal. Terrornya awak semua A+. Awak makan apa ni nak?

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah 11A tu bukan bishe bishe huhu.. tahniah utk naufal... Semoga terus berjaya dgn gaya yg lebih berjaya.. 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn... kami sendiri pun x pecaya dia dpt 11A. yg ada + tu lg laa kami x percaya🤣

      Delete
  8. Alhamdulillah, pasti seluruh keluarga bangga 👍👍. Dan makanan yg disajikan, ya Allah banyak sangaaaaaat kak 😍😍😍😍. Semua sedap terlihat. Kalo dah bab kambing, dimasak apapun saya sukaaaa.

    Kalo saya dekat di sana, dan pasti saya pesan dari makcik kakak lah 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. mknn mmg byk... smpi family kami ckp, ni kenduri kahwin ke?🤣

      nnt kalau fanny dtg sini n makcik ada buat, sy bagi sikit insya allah

      Delete
  9. Alhamdulillah..Tahniah Naufal. Pecah rekod keluarga dia ye. Semoga terus berjaya belajar sampai PhD dan dapat kerja yang bagus. Meriah kenduri kesyukuran ni. Terliur kita tengok ABC tu. Patutlah licin.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Tahniah buat Naufal dan juga keluarganya..

    ReplyDelete
  11. Meriahnya lauk-pauk yang disajikan. Tahniah, Naufal!

    ReplyDelete
  12. Nak ABC dua ikat tepi, pleaseeee

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆