Pages

Wednesday, 19 March 2025

Terminal Bersepadu Gombak now officially open!

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tak silap anies, Terminal Bersepadu Gombak (TBG) ni diwarwarkan akan beroperasi pada 5 Mac lepas. tapi rupanya tarikh tu ditunda atas sebab-sebab tertentu.

sampailah minggu lepas, baru diumumkan TBG dah mula dibuka kepada orang ramai. tapi untuk perkhidmatan bas, ia akan dilakukan secara berperingkat.

penumpang buat masa ni masih lagi menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk ke Pantai Timur. yang dah beli tiket untuk balik raya nanti pun, majoriti akan naik kat TBS. anies rasa mungkin selepas Aidilfitri atau lebih tepat, menjelang Aidiladha nanti barulah semua operasi berpindah ke TBG.

alang alang dah sampai sini, anies panjangkan langkah untuk tinjau-tinjau apa yang menarik fasal TBG ni. 'mola-molaa' nampak bangunan TBG dari dalam tren, mulut auto cakap... "besarnya"! ya, saiz bangunan TBG ni lagi besar daripada TBS dan ada 5 tingkat.


TBG dari dalam LRT. now i know kenapa projek ni bertangguh agak lama untuk disiapkan...

short video macam mana nak ke TBG dari stesen LRT Gombak...

TBG @ level 2: pintu masuk dari stesen LRT. setakat anies share hari ni, hanya lif je yang boleh digunakan. eskalator masih under maintainance...

short video: level 2 & food court. berbanding TBS, TBG ada banyak restoran dan kiosk makanan. 2-3 buah kedai dah mula beroperasi...

level 1

kaunter khidmat pelanggan...

mesin tiket. anies terlupa snap kaunter (walk in) tiket...



antara pintu pelepasan @ level 1👆👇



short video @ entrance drop off penumpang

kat level 1 ni pun ada restoran dan kiosk makanan...

short video @ level 1

ruang menunggu / level LG

kompem nanti jadi tempat tidur ni😂

gate untuk ke departure hall...

skrin untuk jadual pelepasan bas. melalui dinding kaca tu, korang boleh tengok penumpang naik bas kat tingkat bawah...

short video @ departure hall


lepas dah merayau dalam TBG ni baru anies teringat fasal ECRL. kat mana ya stesen ECRL nanti? anies rasa lokasinya depan sikit dari stesen LRT Gombak. dari jauh nampak macam ada projek sedang dibina... tak apa laa... yang tu kita tunggu tahun 2027 nanti...

well... ada apa-apa nak tanya fasal TBG ni?

32 comments:

  1. Oh, hari tu sy dengar² nak buka raya ni, nampaknya tak sempat la ya. Kena tunggu raya haji pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn raya haji dpt beroperasi penuh. maksud sy semua yg blk kg nnt akn trs naik bas kt sini. bkn kt TBS mcm raya kali ni

      Delete
  2. Dia punya kaunter khidmat pelanggan sebelah FamilyMart je. Kalau lapar, boleh terus order tu. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... tu belum lg 7E punya dgn CU mart

      Delete
  3. Ulang alik KL Kuantan memang kami lalu, mengira je bila la nak bukak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt bolehlah singgah alang2 dah lalu MRR2 tu kann😀

      Delete
  4. Jadi TBG nie khas untuk ke pantai timur lah ye? Kalau tak nak naik bas, saja jalan2 pun boleh juga nie.. Macam2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap..
      boleh je. byk kedai mkn kat sini boleh singgah n lepak2

      Delete
  5. ada tengok dlm berita semalam psl TBG ni.. cantik & nmpk byk kelengkapan.

    ReplyDelete
  6. Saya belum pernah ke terminal ini, juga yg TBS. Krn kalo pakai bus ke kota2 lain di Malaysia, saya selalu lewat KLIA naiknya atau dari depan corus Krn naik aeroline kan. JD memang tak pernah naik dari terminal yg besar ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau nak pergi kuantan, t'ganu or kelantan naik bas dari KL, bolehlah ke sini. tak pun nak ke genting boleh singgah sini sebentar

      Delete
  7. Lindo terminal. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. besar dan cantik ;) tempat baru kan ..

    ReplyDelete
  9. Yelah, luas dan moden.
    Kerusi cantik tu selesa sungguh.

    ReplyDelete
  10. wah anies dh terjah...kita blk umh parent kt gombak aritu...tgk dr luar jln gitu je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt blk dr gombak bleh laa singgah mkn2 kat dlm ni. byk kedai n resto

      Delete
  11. aah masih berperingkat kan bas yang akan bermula perjalanan di sana, mudah sikit dah kalau nak pantai timur terus ke Karak berbanding dari TBS

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap dpt singkatkan masa. x yah lalu mrr 2 yg asik jammed tu

      Delete
  12. Uishhh dia dah rasmikan dulu hihii.. Hasil usaha najib.. anwar amik kreadit hahahaha :D

    ReplyDelete
  13. Harap2 dijaga elok la .. jgn jadi buruk macam TBS.. dengan penuh warga asing nya huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg kalu dtg n blah x pe lg. ni siap berkampung tu... tu yg rimas dibuatnya!

      Delete
  14. Haaa ada tertengok kat youtube.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆