Pages

Tuesday, 26 November 2024

Ke Kenanga KWC Fashion Mall @ Pudu, KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Kalau tak kerana nak beli barang kat sini, rasanya memang takkan jejak kot tempat ni. last ke sini sebelum Covid-19. bawa kereta and park kat tingkat 9. nak balik, tak jumpa kereta. misteri betul masa tu. lepas tu memang tak jejak dah... i is serammm👻

tak banyak pun perubahan yang berlaku. cuma penambahan kiosk makanan je. setiap level dah ada kiosk makanan. so kalau penat or haus boleh lepak sekejap sebelum sambung shopping.

dari segi harga, memang murahlah. ada baju yang korang boleh dapat 3 helai RM100, 3 helai RM50 dan macam-macam lagi. yang sehelai RM10 pun ada. yang penting kena pandai cari dan tawar menawar.

kat KWC ni bukan takat pakaian je. macam-macam barangan ada. kalau beli borong lagi murah. 

masa anies ke sini peniaga dah start jual baju raya. kalau korang nak shopping raya awal, bolehlah ke sini. tahun depan tarikh puasa, raya dan sesi persekolahan baru dekat-dekat. banyak duit nak pakai nanti. si kalau nak shopping raya ni laa masa dan tempatnya.


KWC dari area flat Sri Selangor. kali try jalan kaki dari stesen LRT Pudu. jauh juga, mat! ketibas i ols!

main entrance...


antara barangan yang dijual di dalam KWC...


aksesori pengantin...

kedai permainan kanak-kanak...

kedai pakaian saiz XXL++

kedai beg. segala macam beg ada termasuk luggage...

antara kiosk minuman yang ada... kedai cermin mata pun ada ya...

majoriti kedai.kat sini menjual pakaian... so tahun depan apa tema baju raya korang?

kedai aksesori...

baju mengelip mengelap pun ada...

ada event masa ni...


oh ya... kat tingkat bawah KWC ni ada macam-macam delivery stores termasuklah pos laju. lepas membeli korang boleh terus pos barang. 

satu lagi, payment method kat sini... semua diorang terima. cash, QR code, debit kad... mesin ATM pun ada...

jom shopping!

p/s belum dapat BW🙏🙏

11 comments:

  1. Kak SA pun pergi jugak Jumaat minggu lepas..memang terjebak..lain yang di cari lain yang dibeli

    ReplyDelete
  2. last pegi KWC tahun 2015... nie dah dok Selayang pun tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  3. Kat sinilah yg kawan saya cakap baju dia murah2 tu. Saing2 TS dgn GM klang la ni.
    Ni kalau musim raya mesti ramai orang

    ReplyDelete
  4. baru baca entri Suria Amanda pun ke sini, dah rasa vibe nak raya lak Anies kan :)

    ReplyDelete
  5. macam2 ada boleh shoping awal nk sambut raya

    ReplyDelete
  6. Wah banyak sekali dan bermacam ragam barang yang dijual disana Mbak.
    Jadi Mbak membeli apa saja disana?
    Dan berbagai metode pembayaran diterima disana.
    Selamat berbelanja Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
  7. Cuantos productos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. Bertingkat-tingkat kan KWC ni. Selama buka tak pernah lagi gi sini. Nampak sangat menarik juga.

    ReplyDelete
  9. ammi pun dah lama tak ke KWC ni.. ammi ni kadang2 jenis bila masuk outlet terus buntu nak beli apa.

    ReplyDelete
  10. Barang-barang hasil shopping mane? Nak sibuk tengok boleh? Hihihi

    ReplyDelete
  11. Cukup lengkap ya...tapi kalau menjelang bulan puasa memang ramai banget ...kalo bisa sih sebelum bulan puasa udah belanja baju lebaran 😁, sekarang mau apa-apa mudah bayarnya..asal ada duit

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆