✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
walaupun sekejap je kami berada kat Nara ni tapi andai kata ada rezeki lagi, kami nak datang lagi.
secara peribadi, Nara ni lebih tenang dan santai. kawasan tarikan pun dekat je. so, kalau korang pergi ke Jepun nanti, singgah Nara ya...
STESEN NARA
dah sampai kat stesen Nara. ni bas terakhir kami naik.
short video @ perkarangan stesen Nara...
YAMATOJI RAPID SERVICE
kami tak tunggu lama untuk naik train ni. masa tu ingatkan tak ramai penumpang... hmm... ramai jugalah. anies mengagak mereka mungkin baru balik kerja.
ni laa train nya... warnanya sama dengan train yang kami naik dari Kyoto ke Nara. cuma beza pada nama je...
short video - train arrival....
sayonara Nara! ada rezeki kami kembali lagi!
YAMATOJI JR NAMBA
sebenarnya ada cerita... nak kata kelakar sangat tu... tak ada laa...
tapi benda ni terjadi sebab kami terleka dengan handphone sampai tak sedar apa yang berlaku.
setiba di stesen Ōji, kami ternampak train warna hijau ni berhenti di sebelah platform. masa tu, kat badan train ada perkataan Namba. so, dalam keadaan terpinga-pinga tu, kami 'bersoal jawab' sesama kami.
"nak naik tak train tu? nak naik tak?"
sebenarnya masa kami naik train Yamatoji Rapid Service tu, kami cuma check, destinasi terakhirnya adalah Osaka. tu je. sedangkan dalam plan, kami nak pergi Namba.
malas nak pening-peningkan kepala, kami bangun dan terus berlari masuk ke train hijau tu😂 bila dah masuk dalam gerabak, terasa menyesal pula sebab train ni berhenti lama. haih...
sampaikan train Yamatoji beredar pun, train hijau ni masih lagi belum tutup pintu untuk bergerak.
sempat lagi snap stesen Ōji sebelum train bergerak...
suasana dalam gerabak... tak ramai penumpang...
tukar dah ke selipar😂 oh ya, perjalanan Nara - Osaka lebih kurang sejam++. since stesen Ōji ni berada di tengah-tengah Osaka-Nara, jadi perjalanan kami ke Namba mengambil masa lebih kurang setengah jam je.
ni laa train yang kami naik tu... .jalan sehala tapi naik train sampai 2 kali. padahal destinasi sama je😂 dah nama pun trip DIY. faham faham je laa bila terjadi benda macam ni. tapi... seronok juga dapat pengalaman ni. at least ada jugalah idea anies nak menceceh dalam blog ni😂
sama je dengan train yang lain. tapi part ketepatan masa tu, memang salute lah!
STESEN NAMBA
short video @ stesen Namba. BTW, stesen ni underground ya. dia punya exit, boleh buat ko pitam! dah laa banyak. besar pula tu! lenguh beb!
then... kalau korang dah sampai Osaka ni, area Namba ni memang wajib singgah. nak lagi happening, datanglah sebelah malam.
so, kat sini kami buat apa? tunggu next week ya! BTW terima kasih sudi singgah sini. insya Allah, weekend ni anies BW ke blog korang.
thanks for reading..
daaa
Baiklah, kalau ada rezeki memang teringin juga sampai sini. Macam seronok pula lompat lompat train, DIY trip tanpa merancang. Seronok kalau train tak ramai tu.
ReplyDeletememang seronok. tp jgn tersalah naik train syarikat lain. nnt kena byr lebih haha
DeleteTak sabar betul nak ke Jepun. Moga sampai nanti Insyaa Allah. Thanks for sharing Anies. Seronok baca.
ReplyDeleteinsya allah
Deleteaminn aminnn aminnnn
Traveling kalo tak get lost atau salah ambil rute kereta, bus, tak seruu lah. Justru itu bumbu penyedap saat jalan2 🤣. Saya pun teringiiiin lah ke jepang lagi kak. Tapi tiket pesawat nih kenapalah tak turun2 rute jepang 😄
ReplyDeletetu laa... mari kita ke sana naik sampan 🤣🤣🤣
DeleteNamba yg area dkt dgn glico signboard kan?
ReplyDeleteya betul
DeleteTrain kat Jepun masih takde penghadang macam MRT ke?
ReplyDeleteyg sy nmpk spnjg berada kat sn... mostly stesen x de penghadang... even ttain under ground pun open mcm tu je. train smpi, buka pintu, msk then jln
Deletebandarnya bersih dan perkhidmatan keretapi di sana efisyen.....
ReplyDeletetu laa part ni mmg sy salute dgn jepun
DeletePertama kali dengar ada tempat nama Namba kat Jepun 😃
ReplyDeletenamba ni selalu 'tenggelam' sebab orang selalu sebut (dtg) Dontonburi...
DeleteBestnya naik train
ReplyDeleteSinggahlah blog rabia
Komen byk2 nnti dpt header blog free
ya. naik train kat jepun mmg menyeronokkan...
DeleteDalam tren lengang, kat platform pun lengang...
ReplyDeletesbb bkn waktu puncak. kalau x mau pengsan sy kat situ sbb tersepit dgn org ramai🤣
Deleteseronoknya. memang dari kecik suka Jepun...tapi, suka gitu je lah...hihihi...dlu2 kan drama jepun lagi hebat dari korea...linda memang suka GTO...hihihi
ReplyDeletesoal ketepatan waktu memang ok ya, disiplin mereka
ReplyDeleteoh tk ramai ye dlm train tu..biasa tgk kalo kt jepun penuh aje orgnya
ReplyDeleteTak pernah lagi ke Jepun ni. Kalau nak pergi kena study betul2 route dan tempat menarik semua. Nak tanya orang Jepun pula kebanyakkan boleh berbahasa ibunda sahaja.
ReplyDeleteMacam tak ramai yang naik train, bukan peak hour ye time ni? Atau memang kurang penduduknya area situ?
ReplyDeleteSungguh bersih dan rapi kereta juga stasiunnya ya Cik.
ReplyDeleteBtw, terima kasih sekali lagi ya atas kiriman oleh2nya. Semoga Cik Anies senantiasa sehat dan lapang rejekinya. Aamiiin yra