Pages

Thursday, 3 October 2024

911 Fan Meet & Greet

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Tak plan pun nak ke sini pada mulanya. tapi bila fikir balik, why not pergi je? manalah tahu kot kot dapat tiket konsert free? haha... verangan is free...

sengaja anies datang lewat sikit sebab dah tahu, event sebegini jarang on time😂 sangkaan anies memang betul. walaupun MC dah announce ketibaan 911, tapi selepas 10 minit pun, diorang still tak muncul lagi.

nasib baiklah event free je. kalau kena bayar, mesti ada yang mengamuk.

well... selepas ntah berapa puluh tahun... akhirnya dapat tengok diorang depan depan. ni bukan 1st time diorang datang KL. 911 pernah datang KL sebelum Covid-19 dulu.

throwback sikit masa 911 ni tengah famous, rasanya semua lagu dalam album pertama diorang, The Journey tu... semuanya anies hafal kot! sempat beli kaset masa tu. harga: RM16.50 dan setiap kaset/CD pasti ada (buku) lirik. so, hari-hari laa dengar lagu diorang ni sampai jelak.

tapi lepas tu dah banyak boyband muncul. anies follow 911 ni pun sampai tahun 2000 je kot. lepas tu dah 'hanyut' dengan BSB la... N'SYNC la... Westlife la... Blue laa etc. tapi 'hanyut' bukan sembarangan 'hanyut' ya. 'hanyut' masa tu sebab nak improve kan Bahasa Inggeris je. nak pergi kelas tuisyen BI tak mampu...

back to the title, event ringkas ni dibuat di Main Atrium, Lalaport. tak ada apa-apa yang menarik kecuali sesi pemberian tiket konsert percuma. tapi tu pun selected je. kena naik pentas dan jawab soalan mudah yang diajukan.

apa-apa pun... bila dah nampak Lee, Jimmy dan Spike... dah kira puas hati laa... of coz diorang dah berubah. tak macam dulu. babyface. 

well harap-harap BSB dan Blue dapat datang KL juga in the future... nak tunggu SO7 datang buat konsert... hmm berjanggut menunggu oii!😂


main stage. sebenarnya ada ramai penonton kat depan stage tu. lepas event ni ada dance competition pula. yang ambil bahagian, tengah dok lepak-lepak sambil tunggu turn mereka pula...

911 dah sampai...

dari kiri Jimmy, Spike dan Lee. diorang akan buat konsert kat Kota Kinabalu dulu then barulah KL.

short video - 911 @ Lalaport...


well tu je laa cerita untuk hari ni. thanks for reading.
daa

31 comments:

  1. Tak ingat lah 911 ni hehe yg ingat, antaranya Westlife, Backstreet Boys.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu pemes dia Body Shakin' klik video tu sy ada msk kan lagu tu

      Delete
  2. 911 memang terkenal dengan kekiutan mereka bertiga

    ReplyDelete
  3. sonoknya dapat jumpa artis world

    ReplyDelete
  4. Gen Millenial je tau band 911 ni 🤣 dulu gila dgn lagu dieorang 'All I Want Is You'. Kalau main kat radio je mesti pasang kuat2 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav jg tu smpi terbeli kaset wpn mahal hahaha

      Delete
  5. Wah koq saya rasa tertinggal ya..mungkin pernah dengar, saya tuh dulu sering dengar backstreet boy, Boyz 2 men..Take That..lebih sering dengar lagu"mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka muncul sezaman dgn spice girls, BSB, boyzone etc. zaman yg penuh saingan boyband dr UK x US. pd masa ni juga muzik2 dari penyanyi berkulit hitam destiny's child, mary j blige, etc banyak.lagu2 best masa ni berkumandang di radio

      Delete
  6. Eh saya tahu 911, tapi terlupa pula lagunya yg mana yaa 🤣🤣🤣. Kok bisa free kak? Dapat profit darimana mereka kalo tiket free 😅😅

    Kaaak, kemarin so7 konser di bandung, aisssh saya envy gilaaaa dengan teman saya yg bisa nonton 🤣🤣. Untunglah dia share di story IG, JD saya bisa menikmati juga muka hensem anti aging babang duta😂😂😍

    Eh kalo so7 konser di Malaysia saya naaaak lah. Seriuuus saya mau. Susah sangat dpt tiket dia di Indonesia. Hitungan menit habis. 🤣. Macam pakai jin mereka book nya

    Ntah2 kalo di Malaysia lebih mudah
    Kabari saya kalo ada berita so7 konser sana kak. Saya rasa mereka akan kesana, Krn memang lagi sibuk konser skr nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsert SO7 kat sini nampaknya macam lamberttttttttt je lagi fanny
      band popular kadang tak sampai 10 minit tiket dah sold out
      haihhh
      sabar je laa hahaha
      jom jom dtg sini!

      Delete
  7. Espero que a pesar de la espera te hayas divertido. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simplemente disfruto verlos después de 20 años.

      Delete
  8. masa mula2 mengajar di Sabah pd 1997 ramai anak murid minat boy bands spt Westlife, BSB, N Sync, MLTR etc... jadi abam kie pun terminat sama. Siap karaoke dgn mrka slps tusyen. hehehe...

    ReplyDelete
  9. Bila dengar balik lagu2 dari 911 ni ya pernah la dengar sebab time tu era Boy Band.

    ReplyDelete
  10. Baru denger band 911 kak Anies, soalnya jarang mendengar band luar, malah kenalnya Siti Nurhaliza atau band iklim dari Malaysia.😄

    ReplyDelete
  11. 911 ni group band lama-lama ke? saya pelik dah kenapa nama group dia macam talian kecemasan....
    mungkin bukan zaman2 saya ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha... sekitar tahun 1997 -2001 mcm tu...
      biasa laa band omputih ni kan nama pun pelik2 hahaha

      Delete
  12. Band ni tak berapa layan. Kalau dari UK, suka dengan lagu Westlife dan Take That.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 911 pun pemes sekejap je. naik westlife trs diorg tenggelam...

      Delete
  13. Untung tu dapat tiket percuma je. Rugilah peminat mereka kalau tak datang sini. Best tak nyanyi live tu?

    ReplyDelete
  14. eh fan meet & greet tak ada nyanyi live kan. Ke ada sikit sikit intro sebelum konsert.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de nyanyi pun sekadar bertemu then salam2 je dgn fans

      Delete
  15. 911... Hurmm nape mcm tak pernah dgr hahaa.. Anies hafal semua lagi first album.. fuh... Oh zaman guna kaset mmg ramai yg hafal lirik.. sbb ada kat kertas album tu .. :D

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆