✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
kitaran musim tidak pernah berhenti. terus berputar. dari musim sejuk dan kembali semula ke musim sejuk.
"dah lapan tahun berlalu sejak kita mula-mula kenal dulu. dan sepanjang tu banyak musim berlalu dan pergi... macam merry-go-round."
Natsuki dan Fuyuko, dua sahabat baik yang sentiasa luangkan masa selesaikan misteri. namun bila tamat sekolah tinggi dan berpisah, perasaan Natsuki jadi 'senyap'. ada cinta tak terluah. selepas tujuh tahun bertemu semula, emosi Natsuki tiba-tiba membuak.
adakah kisah memilukan mereka akan berakhir seperti musim panas dan musim sejuk? atau mekar seperti cerianya musim bunga?
review:
kali ni layan light novel pula. kalau baca sinopsis sahaja tentu korang rasa ni mesti kisah cinta tak kesampaian then bertemu semula untuk 'menyambung' perasaan yang 'tergantung' tu, kan?
no no! novel ni lebih daripada sebuah kisah cinta dan perasaan. kadang kita beranggapan bahawa rasa cinta terhadap seseorang itu sudah cukup kuat untuk memilikinya. sebaliknya, bila datang pelbagai ujian dari segenap sudut, ternyata cinta itu hanyalah sebahagian daripada kekuatan yang ada. selebihnya dizahirkan melalui tindakan, perasaan hormat dan keterbukaan.
Natsuki pasti akan belajar sesuatu jika Fuyuko bukan miliknya. tetapi adakah itu semua akan berubah seiring musim berlalu pergi?
novel ni ada sedikit rasa bosan di pertengahan cerita. tapi kalau tak dihabiskan, korang takkan dapat jawapan apa terjadi pada Natsuki. ia sama seperti merungkai misteri yang mereka pernah lakukan sebelum ni.
oh ya... FYI penulis novel ni ada degree in law dan pernah menang beberapa anugerah. novelnya yang berjudul The Case Files of Coffee Shop Talleyrand terjual lebih 2.5 juta copies.
judul: Merry-Go-Round
judul dalam bahasa Jepun: 季節はうつる、メリーゴーランドのように (Kisetsu wa utsuru, merīgōrando no yō ni) trans: The Seasons Change Like A Merry-Go-Round
penulis: Takuma Okazaki
muka surat: 277
harga: RM18.00 (SM), RM20.00 (S/S)
selamat membaca!
Sepertinya novel ini pernah ada anime atau serialnya? Pernah mendengar lagu berjudul serupa dalam bahasa Jepang.
ReplyDeletelooks very nice;)
ReplyDeleteKalau bahas hubungan antara dia manusia itu rasanya gak ada habis'nya apalagi masalah percintaan, maunya saya yg endingnya bahagia, tapi kadang ketemu novel yg akhirnya berujung sedih, hehe, tapi suka penasaran sih gimana akhirnya.
ReplyDeleteMerry go round, begitulah berputar musimnya. Penulis menang anugerah ni mesti best novelnya walaupun ada sedikit bosan dan agak misteri.
ReplyDeleteMenarik laaah. Harus saya cari dulu apa buku ini dijual juga di sini atau tak. Halaman dia pun tak banyak ya kak. Bisa sehari saja baca.
ReplyDeleteSaya nih tipe yg kalo dah baca, pantang stop tengah jalan 🤣. Walau membosankan, tp hrs diselesaikan supaya tahu endingnya 😄
Parece un libro interesante. Te mando un beso.
ReplyDeleteaduhhh...dah lama sungguh tak membaca buku. Ada deretan beberapa buah buku yang masih belum disentuh hasil grab masa pesta buku lepas. Jeles tau bila tengok orang baca buku.
ReplyDelete