✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
sebelum ke Jepun, anies memang dah pasang niat nak ke sini kalau ada peluang. then, bila mana farah dan nora beri 100% kepercayaan untuk buat itinerary, anies rasa kesempatan ni kena ambil... no matter what!
walaupun dah sediaa maklum yang jarak Osaka ke Hiroshima tu jauh, tapi bak kata pepatah... alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. alang alang dah tiba Jepun, biar sampai ke Hiroshima. haa gituuu😂
Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar hinggalah saat kami tiba kat stesen Hiroshima. balik dari Pulau Miyajima... sebenarnya sebelum turun dari Hiroden, kami dah nampak bangunan famous ni. dalam masa sama berharap, cuaca kekal baik walaupun langit semakin gelap. tanda-tanda nak hujan tu memang jelas sangat.
dari stesen Genbaku Dome-mae, kami cuma perlu melintas jalan je untuk ke sini. sebaik tiba, anies tersenyum sendiri. Alhamdulillah... sampai juga kami kat tempat yang pernah menjadi sejarah hitam dunia suatu ketika dahulu.
well... FYI, tinggal 4 hari sahaja lagi Hiroshima akan mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 8.15AM, 6 Ogos 1945, 79 tahun yang lalu...
dari apa yang anies baca, setiap tahun akan ada satu majlis khas untuk memperingati mangsa-mangsa peristiwa ini. jadi, kalau korang datang ke Hiroshima pada Selasa minggu depan, haa... faham faham je laa kenapa sesak kat area ni.
dari tepi bangunan... berdekatan jalan raya... dan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan Hiroshima Memorial Peace Park ni...
boleh baca tak?
antara batu tanda yang ada berdekatan
jemput baca...
ada baca tapi dah lupa dah tentang tugu ni...
sorry laa kecik nau tulisannya...
masa tengah ralit tengok bangunan ni, dalam hati tertanya-tanya. ada tak sisa-sisa nuklear melekat kat bangunan ni? korang rasa?
ni baru satu bangunan. bayangkan, 79 tahun lepas... keadaan sekitarnya... yang dikhabarkan bagai padang jarak padang tekukur. lebih 140K nyawa terkorban...
bangunan ni terletak bersebelahan sungai Motoyasu...
juga dikenali sebagai A-Dome... ia mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage pada 1996...
bangunan ni bukan sekadar memorial. ia juga bukti bahawa peperangan & kezaliman itu lahir daripada tangan-tangan manusia durjana...
A-Dome bila malam menjelma. sempat lagi kami snap sebelum kembali semula ke Osaka...
Hiroshima ✅
Nagasaki ✖
harap ada rezeki ke Nagasaki satu hari nanti. aminnn...
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. lately, anies tak dapat nak BW macam biasa. kalau sempat malam baru BW. kalau tak esok atau hari berikutnya baru BW🙏🙏🙏
thanks for reading...
daa...
Bila melawat tempat² bersejarah ni.. mesti rasa meremang kan..
ReplyDeletemerrmang sbb terkenangkan mcm mn nasib mereka yg terkorban akibat kerakusan kuasa
DeleteYang buat onar, orang kaya dan berkuasa... yang jadi mangsa rakyat biasa.
ReplyDeleteya hakikat pahit yg hatus ditelan
Deletesalah satu jejak tragedi kemanusiaan yang kemudian mengubah sejarah dunia. Nice post Cik.
ReplyDeleteBtw, terima kasih kiriman oleh2nya ya. Luar biasa. Semoga cik Anies selalu lancar rejekinya. Aamiiin yra
betul tu.
Deletesama2. maaf laa kalau pemberiannya tak seberapa
The destruction caused by wars... People seem to be going through the same cycle in time, I wonder when happier and more peaceful days will come.
ReplyDeletepeninggalan sejarah WW2 yg menunjukkan betapa ngerinya peperangan. Nyawa org yg x bersalah menjadi korban.
ReplyDeleteGambar malam lagi cantik dari siang
ReplyDeletesnap spontan je masa tu
DeleteKakak tak masuk ke museum? Saya 2x kesana, 2x juga menangis pas dengar sejarahnya pakai headset. Terlebih saat suara Orang2 yg kesakitan Krn terbakar terdengar 😭😭😭.
ReplyDeleteYg di Nagasaki pun sama sedihnya. Saat baca surat2 dari para korban yg survive, mempertanyakan kenapa harus mereka, itu macam diremas jantung. Tauuu jepang salah saat itu, tp membom pakai nuklir ke warga sipil, menurut saya jauuh lebih keji dan kejam.
tak lama kami sampai hujan pun turun. so kami x dpt gerak ke mana2. cuma berteduh kat souvenir shop. lama pula tu hujannya..
DeleteBestnya....teringin nak pergi Jepun tapi tulah nak keluar rumah pun malas sekarang ni..haha
ReplyDeleteEs un buen lugar para reflexionar. Te mando un beso.
ReplyDeleteCantik foto A Dome pada waktu malam.
ReplyDeletesnap spontan je masa tu
DeletePerang di manapun pasti menimbulkan kekacauan dan kehancuran
ReplyDeleteThanks Anies sebab berkongsi tentang lawata Anies.. Such an eye opening.. new knowledge..
ReplyDeleteBetapa perang itu menghancurkan..
Peninggalan sejarah dunia. ;)
ReplyDeleteBangunan tu tengok sesekali cam seram jugak Anies. Itulah nak menjajah sangat terus la terjadinya peristiwa ni. Dulu atuk ada cerita time Jepun kat Tanah Melayu ni memang zalim betul.
ReplyDeleteso epic places...
ReplyDeleteDah takde kot sisa nuklear nya... Kalau ada, mesti tak open untuk public...
ReplyDeleteya mmg x de dah. biasa laa dah smpi situ mcm2 otak fikirkan 🤣
DeleteAda masa ada bajet kenapa tidak kan dari Osaka ke Hiroshima.. okla kalau dah handle bab itinerary masuk kan jer terus destinasi Hiroshima tu..
ReplyDeletematlamat utama sy g jepun mmg nak g hiroshima. x sangka kwn berdua tu setuju nk dtg sini😁
DeleteAda tgk satu anime tu.. dia cerita keadaan mcm mana saat bom atom itu meletup.. walau anime tapi tetap sedih.. Manusia gila kuasa ni mmg akan buat keje giler.. bunuh smpai 140k tak rasa pape pun..
ReplyDeleteBarefoot Gen?
Deletewak pun pnh smpi sini tahun 1990., ms tu training kt osaka., huhu
ReplyDeletewahhh lama sgt tuuu
Delete