✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Pertama sekali, nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada pihak Cha Bang Ang kerana memilih anies sebagai seorang daripada pemenang Comment & Win contest yang dianjurkan melalui IG Cha Bang Ang pada bulan lepas.
dan... hadiahnya adalah... 1 set produk terbaru daripada Cha Bang Ang (CBA) iaitu Cendol Gula Melaka (CGM)! wow wee... seronok tak terkata! almaklumlah first time menang kat contest kat IG. siapa tak excited kannn...haha...
so hari ni anies nak review sikit fasal produk terbaru bercitarasa lokal yang dikeluarkan sempena meraikan bulan kemerdekaan🇲🇾
so... ni laa hadiahnya... CGM ni didatangkan dengan sebotol air gula Melaka, satu bekas cendol yang dibawa khas dari Thailand, sebekas cincau kenyal tapi sedap dan sebungkus biji selasih. kalau tengok foto ni, nampak macam sikit je kan? sebenarnya tak ya. 1 set ni boleh share 2-3 orang! puas dan berbaloi!
how to eat? or how to drink? ah mana mana pun bolehlah! yang penting korang kena masukkan semua 'adik-beradik' CGM dalam satu bekas dulu. cara anies, cendol, cincau dan biji selasih... 'jalan dulu'. lepas tu barulah tuang air gula Melaka.
kalau korang nak CGM ni lagi kick... then tambahlah ais! rasanya akan lebih mantop, mat! makan pula time panas berdenting. fuhhh... know know je dah habis! alamak! kena beli lain nampaknya!
my honest review:
1. air gula Melaka ⭐⭐⭐⭐ sangat berlemak manis ala amboi amboi tapi ia tak manis ya. tu paling penting! walaupun dah tambah ais, ia sikit pun tak jejaskan kualiti rasa. memang terbaik! rasa gula melaka tu dan baunya menambahkan lagi keenakan produk terbaru CBA ni.
2. cendol ⭐⭐⭐⭐⭐ wangi betullah cendol CBA ni! buka je bekas, menusuk-nusuk bau pandan! rasa nak telan je bekas tu😂 dan rasa cendol? sedikit berlemak dan kenyal. ada sesetengah cendol di pasaran, bila dicampur air ia jadi (macam) hancur. at the end, kita rasa macam makan tepung je. tapi cendol CBA ni, dah laa wangi. kenyal pula tu!👍👍
3. cincau ⭐⭐⭐⭐⭐ CBA memang dah terkenal dengan cincaunya yang bukan saja kenyal, malah rasanya pun sedap. kalau nak ratah macam tu pun dah asyik. apatah lagi bila bergabung dengan cendol dan air gula melaka. tu yang buat ramai yang dah rasa, akan repeat dan repeat (beli) lagi.
well... kalau korang nak try CGM ni, bolehlah dapatkan melalui agent agent CBA seluruh Malaysia. harga untuk 1 set CGM ni adalah RM15.90.
lagi satu, sempena keluaran produk terbaru ni pihak CBA telah mengadakan satu kontes Scan & Win dan semestinya... hadiah-hadiahnya tersangatlah menarik untuk dimenangi. acu tengok poster👆 best, kan?
cara nak menang senang je. apa yang korang kena buat adalah, dapatkan CGM ni dan scan QR code yang ditampal pada botol. lepas scan isi details yang diperlukan. tarikh tutupnya pada 6 September 2024. that's all.
so tunggu apa lagi? jom join sekarang! untuk info lanjut, klik kat SINI ya!
good luck!
Terliur!
ReplyDeleteboleh bli tu😁
Deletewaa... nampak menarik sangat. mesti sedap.
ReplyDeletesedap mkn time pns2
Deletetengok cendol Anies teringat kak ana ada satu pek lagi cendol dalam fridge belum di usik hehe tunggu duyan nak buat cendol durian :)
ReplyDeletennt bleh hntr semangkuk ke sini🤣
Deletepeminat cendol kena cuba ni. Akak kureng sikit cendol ni tapi sesekali craving jugak.
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Tahniah menang. Wowww sedapnya nampak. Boleh order nanti.
ReplyDeleteFelicidades por ganar y me parecen ricas comidas. Te mando un beso.
ReplyDeleteTahniah menang contest di IG.. Nampak mmg meriah cendol tu.. terbaik lah.. buat kat rumah pulak tu..mmg blh makan puas2
ReplyDeletemak aiissh panas2 plak cuaca hari ni...sejuk tekak
ReplyDeleteTahniah terpilih sebagai pemenang....sesuai sangaty dengan Anies yang suka makan benda manis-manis hehehe
ReplyDeleteSaya suka lihat cendol, gula dan lainnya letak terpisah. Jadi menjaga mutu semua. Nak coba lah kalo kesana.
ReplyDeleteWah, tahniah anies dipilih sebagai pemenang. Kalau hari panas minum cendol gula Melaka memang sedap 👍🏻
ReplyDeleteNih salah satu minuman kegemaran saya nih....dulu jaman kecil ibu suka beli jajan ini kalo habis pulang dari pasar, gula melaka tu terbuat dari pohon aren kah ?
ReplyDeletedr kelapa. kalau pokok aren kami panggil gula aren. ada beza sket dari segi rasa
DeleteSaya terliurrrr
ReplyDelete