Pages

Thursday, 18 July 2024

Teori Milkshake (Dollar)

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Teori yang diperkenalkan ahli ekonomi; Hyman Minsky ini menekankan sifat kitaran kewangan dan bagaimana sistem kewangan boleh berubah daripada stabil kepada tidak stabil.

namun, dalam konteks yang lebih popular baru-baru ini, Teori Milkshake Dollar ciptaan Brent Johnson dari Santiago Capital telah menjelaskan tentang dominasi dollar Amerika Syarikat dalam sistem kewangan global dan bagaimana ia memberi kesan kepada ekonomi dunia.

teori Milkshake Dollar merangkumi:

💰dominasi dollar USA - ia merupakan mata wang rizab global dan banyak negara serta syarikat menggunakan dollar untuk perdagangan antarabangsa dan penyimpanan nilai.
  
💰kekurangan dollar - walaupun Federal Reserve mencetak banyak dollar, tapi masih terdapat kekurangan dollar dalam pasaran antarabangsa. ini disebabkan permintaan global yang tinggi.

💰liquidity straw - dalam konteks ini, 'milkshake' merujuk kepada kecairan kewangan global. USA; melalui dollar, 'menyedut' kecairan dari seluruh dunia ke dalam sistem kewangannya. ini (secara tidak langsung) boleh menyebabkan krisis di negara-negara yang kekurangan dollar.

kesan-kesannya

💲kekuatan dollar - melalui permintaan tinggi untuk dollar, biasanya nilai dollar akan meningkat berbanding mata wang lain. ini memberi kelebihan kepada ekonomi USA tetapi ia menjadi / mendatangkan beban negara lain yang berhutang dalam dollar.

💲krisis kewangan global - kekurangan dollar boleh menyebabkan kesulitan ekonomi di negara-negara membangun dan memicu krisis kewangan kerana ketidakmampuan membayar hutang dollar.

💲ketidaktentuan pasaran - kebergantungan tinggi terhadap dollar menjadikan pasaran kewangan global lebih terdedah kepada keputusan dasar kewangan USA.


foto sekadar hiasan. milkshake daripada jenama yang diboikot. beli masa pergi Singapura dulu. kisahnya kat SINI.


(dipetik dan diubahsuai daripada SINI)

lambat BW🙏🙏

29 comments:

  1. Skrg ni US dah mula rasa terancam sbb dah ada gerakan 'de-dollarization' yang dipelopori oleh Russia dan China, di mana kedua-dua kuasa besar ni skrg berhenti aktiviti perdagangan guna mata wang USD dan beralih kepada mata wang sendiri / Euro untuk aktiviti ekonomi global. Bila dunia dah tak lagi berpaksikan USD mata wang dieorg akan jatuh, which ada kesan baik dan buruknya jugak dgn ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya saya pun kena belajar tentang kitaran kewangan supaya tidak terus ketinggalan keretapi hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. at least kalau kena tanya 1 hari nnt boleh jg jawab 😀

      Delete
  3. dollar amerika jajah sistem kewangan dunia

    ReplyDelete
  4. Jauh ketinggalan nilai matawang kita kan dek. Psttttt! Akak dah save no hp awak tau. Belum ada kesempatan nak wasap2. Nnt kita wasap2 awak yer dek. Muahciked!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap 🇲🇾 x terlalu bergantung dgn USD pd 1 hari nanti

      Delete
  5. Dah mula negara-negara trade direct matawang sendiri tanpa bergantung pada USD. Harap cepat-cepat negara kita dapat kurangkan kebergantungan kepada USD lagi-lagi dengan politik mereka yang semakin tidak menentu sekarang.

    ReplyDelete
  6. Muy interesante. Por lo general el dólar maneja la economía. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tienes razón. una realidad tan triste que tenemos que aceptar

      Delete
  7. Oooo... konsep: Nampak sedap, tapi merosakkkan

    ReplyDelete
  8. Jadi memang ada miripnya teori ini dengan minum milkshake, rasanya enak dan ketagihan, sementara uang dah habis tapi masih haus ..kita butuh dollar tapi di satu sisi mencekik leher bagi yg berhutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo yeayyy u got the point👍👍👍👍

      Delete
  9. sekarang sistem kewangan menjurus kepada ekonomi kapitalis...bolot kekayaan sebanyak mungkin tanpa peduli orang lain

    ReplyDelete
  10. USD dah semakin lemah skrg ni, bukan saja gara-gara Rusia dan China, Arab pun dah join tak layan USD tu 🤭

    ReplyDelete
  11. Moga dipermudahkan urusan semua.....

    ReplyDelete
  12. US ni claim dia polis dunia, ekonomi kat dunia ni bergantung dengan turun naik dollar US ni....moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.

    ReplyDelete
  13. wahhhh terus teringat subjct international business. subj yg paling ammi tak suka

    ReplyDelete
  14. Saya sendiri masih mempertahankan rekening USD saya di bank. Hanya karena untuk purpose of traveling. Tapi sebisa mungkin tak nak banyak saving di sana. 😁. Walopun yg saya lakukan tak seberapa, tapi kontribusi kecil utk selalu menghargai rupiah 😁

    Tapi baguuus sharing kakak. Setidaknya Orang2 jadi paham ttg teori milkshake dolar ini

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆