Pages

Thursday, 25 July 2024

Singgah KKV, Bukit Bintang, KL

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sejak kedai ni dibuka, boleh dikatakan bila anies naik MRT or LRT... pasti akan nampak penumpang menjinjit paper bag kuning dari kedai ni. apa istimewanya kedai ni? 

jom kita singgah!


lokasi kedai ni amat strategik. bersebelahan stesen MRT Bukit Bintang dan semestinya senang nak cari sebab ia satu-satunya kedai berwarna kuning kat area tumpuan pelancong ni.

barang apa yang korang nak beli? boleh refer kat sini. yang sebelah tu, eskalator ke tingkat atas...

suasana dalam kedai. barang-barang kat 'island' / rak putih tu, kebanyakannya terdiri daripada barang-barang yang ada diskaun.


jom kita tengok apa yang menarik kat sini!


minat Lego? kat sini ada 'lego' bersaiz besar dan kecil. yang pasti harganya lebih murah daripada jenama L tu.

'signature KKV' - mereka akan display selected produk berwarna-warni seperti makeup sponge blender ni kat dinding kedai. cantik, kan?

yang ni pula bath bomb. ada macam-macam bentuk, macam-macam warna, macam-macam bau... tinggal nak pilih je yang mana berkenan.

peminat anime cute figures etc, boleh jamu mata kat sini. harga pun reasonable...

korang nak mi segera yang mana? pilih je!

ni kat bahagian candy. cantik kan candy display tu? sekali tengok macam manik...

setiap level ada pelbagai jenis barang. daripada pewangi rumah sampailah ke peralatan dapur. yang suka kumpul cawan cute, piring warna warni etc, bolehlah singgah sini.

'Lego' versi murah...

bila sampai kat section ni, terus teringat blogger Farrah MF. why? kat sini, kalau korang suka kumpul sticker yang kiut miut, note book comel, diari, washi tape, enamel pin etc... boleh rambang mata oi! dah laa cantik, murah pula tu!

anies dapat tahu fasal kedai ni bila mana ada someone share foto dinding kedai ni yang dipenuhi pelbagai jenis warna pen kat IG. apa pen yang korang nak? marker pen? highlighter? cari je kat sini. harga pun mur mur...

yang sukakan subang, gelang, rantai, spec hitam, cekak rambut, cincin, scrunchie yang kiut miut dan murah, etc... pastikan korang spend lebih masa kat section ni! rambang oiiii

pewangi... macam-macam bau, macam-macam design... pilih je!

soft toys pun ada!


ada banyak lagi barangan yang dijual kat sini termasuklah jajan, minuman dalam botol, keropok etc. TAPI... ia TAK HALAL ya sebab diimport dari China.

well... ada masa nanti kalau korang ke Bukit Bintang, bolehlah singgah sini. 

that's all for today.
daaa

p/s BW malam nanti🙏

18 comments:

  1. kedai yang ohsem.. Kena bawa anak dara dua orang tu.. berjam duduknya dalam ini kalau masuk dengan diorang..

    ReplyDelete
  2. ada tgk kwn share tmpt ni....oh yg makanan ada jual tu tk halal ye...

    ReplyDelete
  3. Rasanya mau saya beli semua ..kalap belanja 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. mreneyoo masuk kedai ni pukul 11am. keluar jam 5.00pm🤣🤣🤣

      Delete
  4. Lindos muñecos. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaaaaa soft toyssss *wink wink* gebunyaaaa!

    ReplyDelete
  6. Mak aih bestnya! Boleh la pergi sini bawak anak2 weekend ni. Mesti dieorg habiskan masa berjam2 tak nak keluar dari bangunan kedai ni 🤣

    ReplyDelete
  7. tampilanya indah, penataan rapi sekali, menyenangkan bisa jalan-jalan kesana kk

    ReplyDelete
  8. ohh ada makanan yg tak halal ya tq share

    ReplyDelete
  9. Saya sekali ke KKV di jakarta, dan memang kalap belanja 🤣🤣🤣..padahal niat awal hanya nak beli sedikit. Mana bisaaa. Langsung kluar banyaaaaak Belian, terutama peralatan dapur dan alat tulis anak2 😂😂

    ReplyDelete
  10. Uishh kedai apakah ini... Kena pergi sorang2 tak boleh bawa anak2 ni.. pokai wallet ayah diorng nanti hahahaha...

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆