✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ahad lepas birthday anies. so bila cakap fasal birthday ni = hari untuk claim macam-macam😂 termasuklah claim hadiah daripada makhluk Allah yang pura-pura lupa birthday titewww dan salah 1 benda yang dah lamaaaa teringinnnn nak claim adalah... free entrance ke Zoo Negara!
main entrance...
malu nak mengaku sebenarnya. walaupun dah bertahun-tahun duduk area Melawati sebelum ni, tapi sekali pun anies tak pernah jejak Zoo Negara (ZN) ni. why? hmm... entah laa... pada hal masa tu, kalau tak ada entrance free pun, anies boleh je dapat tiket free sebab salah seorang jiran anies tu, pekerja ZN😁
bila dah pindah jauh baru laa terhegeh-hegeh nak datang...😂😂 betul laa kata orang. bila ada depan mata kita tak hargai. haa gituuu
anies ke ZN naik bas rapidKL since dah ada Smart 50 pass. naik bas nombor 253 kat stesen LRT Wangsa Maju. kalau korang datang dari Ampang, naik bas nombor yang sama dan tunggu kat bus stop (seberang jalan) depan Ampang Point Shopping Centre.
sebaik turun bas... fuhh tarik nafas lega bila tengok keadaan ni sebab tak bawa kereta. perghh jammed oi depan ZN ni! ingatkan bukan time cuti sekolah, tak ramai pengunjung. sekali... haa... parking penuh, beb!
semua pengunjung akan diberi wristband selepas mendaftar / membeli tiket.
BTW, khas untuk warganegara Malaysia, korang boleh claim 1 tiket masuk percuma sempena birthday korang. tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 30 dari birth date. yang birth date dekat dekat tu bolehlah kumpul dulu then pergi sama-sama sebelum expiry date.
tapi anies ni jenis tak sabar. so.... hari Ahad tu je dah pergi claim. mana boleh tunggu tunggu!😂
kalau tak nak claim, ni entrance fee ZN...
suasana kat entrance gate...
sebaik sahaja korang masuk, staf ZN akan menyapa dan mengajak korang untuk sesi bergambar. lepas tu, sekeping tiket akan diberi untuk korang claim kat photo booth sebelum pulang. tapi anies tak claim pun foto tu so tak tahu laa berapa harga untuk sekeping foto.
lepas bergambar, jom kita mula teroka ZN!
foto haiwan yang ada kat ZN terlalu banyak. jadi anies compile kan dalam short video ni untuk tatapan korang... foto oyen & capybara yang viral tu ada. tapi oyen membute laa pula masa anies datang... haihh...
kawasan ZN ni sangat luas. walaupun ia dikelilingi pelbagai jenis pokok, tapi cuaca hari tu membahang.
seeloknya korang bawa bekal minuman. dalam kawasan ZN memang ada kedai makan & minum tapi barisan yang beratur nak beli makanan tu tersangatlah panjang, okey!
lagi satu, sila bawa kipas dan topi atau payung. ni juga untuk keselesaan korang. yang ada bayi tu, memang wajib bawa kipas. kesian baby kepanasan nanti.
kalau malas nak jalan, ada buggy disediakan. tapi kena bayarlah. nak sewa 1 buggy untuk 1 family pun boleh. harga ada tertera kat kaunter.
short video @ kawasan konservasi panda. staf ZN ada inform kat anies, tahun ni adalah tahun terakhir panda 'menginap' kat ZN selepas 10 tahun dipinjamkan oleh kerajaan China. so, kalau korang belum berkesempatan nak tengok panda, silalah ke ZN sebelum akhir tahun ni, ya!
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. sebenarnya tak puas jelajah ZN ni. insya Allah tahun depan nak datang lagi kalau dipanjangkan usia.
that's all for today. thanks for reading.
daa
Wah, birthday anies rupa2nya ahad lepas. Happy belated birthday anies! 🎈🎈 Semoga sihat dan happy selalu! Gigih sambut birthday di Zoo Negara 😄 Hehe
ReplyDeleteaminnn aminnn terima kasih🫰🫰😁 bezanya x bawa kek je. kalau bawa tu kompem rare punya birthday🤣
Deletewah, liburan yang menyenangkan di zoo negara, lain kali kalau ada rezeki saya mau ke sana juga, hehe
ReplyDeletebtw selamat ulang tahun ya kak anies, semoga selalu diberikan keberkahan dan sehat selalu, aamin 😁
Best juga tu boleh claim tiket free. Tak pernah claim pun. Anak2 tak suka binatang 😅. Pernah bawak ke zoo taiping pun anak2 tak enjoy.
ReplyDeletehappy bday sis anies! wahhh bestnya claim free entrance sempena bday! dah 10 tahun rupanya Panda dipinjamkan utk Zoo Negara.. tahun last dah lah ye..
ReplyDeletethanks ana🫰 kalau trn kl dkt2 dgn birthday boleh laa dtg claim. ya betul. thn ni last panda ddk kat ZN.
DeleteThanks for your trip , Anie...
ReplyDeleteOk baru tahu ada bas dri depan ampang point ke ZN.. Oh kalau birthday dapat masuk free ke? So august will be my turn la hahaha..
ReplyDeleteya. bas tu akan lalu dpn ZN. ramai je yg naik termsk pelancong
Deleteha ah boleh claim dr birthdate dan 30 hari slps nya... nak combine dgn org lain pn boleh. tp make sure date tu dkt2 or slh seorg x expired
Ok noted... Thank you for the info huhuu...
DeleteOw...baru tau kalau sis Anies lagi ber ultah.. happy birthday to you ya🎂..sehat selalu,murah rejeki,bahagia dunia akhirat...saya dah lama tak pergi ke zoo, itupun sudah gak lengkap hewannya.,jadi malas mau ke sana.
ReplyDeleteParece un genial paseo. Te mando un beso.
ReplyDeleteRindunya nak pergi Zoo Negara. Dah lama naaaaa tak jejak kaki kat sana. Last pergi rasanya masa anak sulung umur 2 tahun. Anak bertuah ni pun dah 16 tahun this year. Seriyes lama kan.
ReplyDeleteseronok birthday girl dpt masuk free..yela zoo skarang mmg mhl tiketnya
ReplyDeletebest tak g sini? xpernah sampai lagi..:)
ReplyDeleteAlaaa panda dah tak ada kat ZN dah lepas ni.. huu baibai panda 😞
ReplyDeleteHappy belated birthday buat mem besar 😉🎉
Happy Belated Birthday Anies. Syok ni tengok haiwan comel2.
ReplyDeleteSamalah kita kak. Kebun binatang di Jakarta aja saya tak pernah datangi 🤣🤣🤣. Mungkin sebab di kurung hewannya. Saya tak suka. Tapiii saya suka ke Taman Safari di mana hewan di lepas di satu area. JD mereka tidak dalam kandang.
ReplyDeleteMakanya tiap ke negara lain pun, kalo ada Zoo, saya malas nak pergi 🤣
macam dah pernah pergi tapi lama dahulu.. macam nak kena pergi lagi kot..
ReplyDelete