✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
hari terakhir kami kat Hatyai... usai check out hotel, kami terus naik bas dan selepas 10 minit perjalanan, ni bas berhenti di sebuah kawasan lapang belakang restoran ni.
daripada komen-komen yang pernah anies baca kat socmed, ramai beritahu kalau dah sampai Hatyai wajib cuba dimsum walaupun ia bukanlah makanan rasmi Thailand.
sepanjang berada kat sini banyak jugalah restoran dimsum yang anies temui. dan... seperti yang tertera dalam tentatif, kami dibawa ke sini untuk bersarapan.
nak jadi cerita... pagi tu perut anies buat hal laa pula. secara tak langsung selera nak makan dimsum pun terbantut. sedih betul...
lepas ni kami nak balik KL. anies bimbang kalau makan banyak dalam keadaan sakit perut... tak fasal-fasal nanti asyik singgah RnR je. kesian kat ahli rombongan yang lain...
tapi dalam pada tu sempat jugalah anies snap beberapa keping foto untuk tatapan korang. nanti ada rezeki ke Hatyai, bolehlah korang singgah sini.
depan restoran merangkap main entrance...
suasana dalam restoran...
suasana di lobi restoran...
pelbagai jenis dimsum...👆👇 untuk harga, maaflah ya... sebab semua ni dah termasuk dalam pakej...
kalau nak makan selain dimsum, ni katalog menunya...
tekak teringin nak minum teh susu Thai tapi perut tak mengizinkan😥😥 so anies minum teh panas dengan harapan, kurang sikit rasa sakit tu...
semua pelanggan dapat sepinggan nasi goreng. tapi anies... sepinggan macam ni pun tak habis... bila dah sakit perut ni... auto mood merudum...😔😔
atas meja kami...
masing-masing sabar menanti hidangan tiba ke meja...
another ruang makan di Dimsum Chabura...
okey tu je laa perkongsian untuk hari ni. banyak 'hutang BW' tak selesai lagi. sabaq naa...
thanks for reading
daa...
Aduuh..sayang sekali gak bisa menikmati dimsumnya...gak bawa atau sedia obat sakit perutkah...padahal liat dimsumnya banyaak banget..kayaknya sedaap tuu.
ReplyDeletedah sapu ubat, dah makan ubat... semua tak menjadi... nak ke toilet tapi perut tak rasa nak membuang..
DeleteMacam menarik! Haritu pegi Hatyai nak pegi sini tapi tengah tutup untuk renovation. Nampak gayanya kene repeat ni
ReplyDeleteoo ya ke? dia ada caw lain kan? x silap sy ada 3 buah. semua under reno ke masa tu?
DeleteAssalamualaikum sis, bila pula sampai Hatyai, tak ajak pun, betul bila sakit perut, teh panas boleh mengurangkan sikit.. Cantik tempatnya..
ReplyDeletewaalaikumussalam... sy ikut rombongan bln 3 hari tu.. ikhtiar terakhir tu minum teh panas.. tp krg menjadi
DeleteSIAN ANIES ROSAK MOOD PERUT MERAGAM
ReplyDeletetu laa kak... once dah skt perut semua benda jd moody
DeleteAdik no3 pergi pun ada singgah sini. Nak sangat ke Hatyai ni.
ReplyDeletepegi sblm hjg thn. nnt x kena hujan😁
DeleteRamai ye rakyat Malaysia yang melamcong ke Hatyai
ReplyDeletemmg ramaiiiii... org 🇲🇾 merata2😁
DeleteParece un buen Local. Te mando un beso.
ReplyDeleteRestoran dimsum hatyai ini terkenaaaal sangat
ReplyDeleteEven sampai Indonesia. Rasanya tak sah turis datang kesana tanpa mencoba dimsumnya 😄
wahhh dahsyat tu! walaupun sy tak sempat menjamah dimsum tapi nasi goreng dia sedapppp
DeleteAduhai... sakit perut pulak dah. Tak apa, tak dapat makan maknanya akan datang lagi ke sini.
ReplyDeletePernah ke sini tahun 2019. Isshh...issshhh tak tahu mana nak terkam apabila melihat pelbagai jenis dimsum!
ya kak ntah apa laa silap mkn nya..
Deletehehe harap2 mcm tu laa... mmg rs nk dtg lg nnt
Heaven betul makanan dia.. susunan dimsum tu mau buat terlupa diri hahahaa... Alahai bertabah la perut buat hal.. spoil la ..tak apa kena repeat la lepas ni semata dimsum tu hahahaa
ReplyDeletealahai kesian Anies diuji kurang sihat dalam travel....apa-apapun bersabar jelah kerana semua ini ujian
ReplyDelete