✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ni antara event permotoran tahunan yang wajib pergi. anies bukanlah pencinta sport car, EV, modified car or spare part kereta. tapi disebabkan rasa ingin tahu fasal dunia automatif ni, so here we go!
pada mulanya nak pergi pada hari Sabtu. tup tup mama muncul depan rumah bersama pak cik & mak cik. nasib baiklah tak beli tiket lagi. kalau tak burn macam tu je... lepas mama dan pak cik balik, barulah anies bersiap-siap ke MAEPS.
main entrance MAEPS...
sebelum sampai sini anies sempat naik shuttle car (SUV jenama Cherry model terbaru). tak beli kereta, dapat naik free pun dah cukup syukur. tiba sini kena jalan ke depan dan...
daki bukit! ni laluan utama ke dewan pameran. perghhh... lencun ketiak sat😂bagi orang tua, wanita mengandung, ada buggy disediakan untuk sampai ke atas...
tiket masuk...
sebaik tiba, benda pertama sekali kena buat adalah beli tiket masuk. RM20 per head. selesai membeli, terus je masuk Hall A.
short video - antara kereta-kereta yang terdapat dalam Hall A & Hall B.
Hall A menempatkan kereta-kereta baru yang bakal menghiasi jalan raya kelak. di booth sama, kalau pelawat nak beli kereta baru, boleh terus berurusan dengan SA (sales advisor). kalau setuju nak beli, mereka ada sediakan kereta untuk test drive di perkarangan MAEPS.
mostly kereta terbaru kat sini adalah EV (electric vehicle). ada juga kereta yang guna petrol tapi tak banyak. nak go green laa kata kan...
puas cuci mata kat Hall A, anies masuk Hall B. kat sini ada pentas besar yang mana kereta-kereta baru buat 'show'. kat sini juga dipamerkan Tesla Cybertruck. antara hot item untuk auto show tahun ni.
short video di Hall D yang menempatkan pelbagai jenis motosikal...
dari Hall B anies terus ke Hall D. tingkat atas Hall D menempatkan pameran motosikal terbaru dan berkuasa tinggi. tak ketinggalan, motosikal EV pun ada. selain tu turut dipamerkan jet ski. sama macam kat Hall A, siapa nak beli motor baru boleh berurusan dengan SA kat booth masing-masing.
short video di tingkat bawah Hall D yang mempamerkan kereta-kereta modified, klasik serta kenderaan milik ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
lepas tu anies turun ke tingkat bawah. kat sini, antara hot item yang dipamerkan adalah kenderaan milik ATM yakni Tarantula. kalau nak try naik Tarantula ni boleh je. tapi panjang sangat Q nya.
selain tu, bagi peminat kereta yang diubahsuai, kat sinilah tempatnya. area sini ramai lelaki. faham faham je laa orang minat kereta modified ni. berdiri berjam-jam pun tak apa.
sebelah ruang kereta ubahsuai, ada pelbagai kereta klasik dipamerkan. hot item kat sini adalah kereta yang dipandu Michael J. Fox dalam filem Back To The Future.
short video - tengok drift car dari jauh je...
di perkarangan luar MAEPS ada pertunjukan drift car. siapa yang minat boleh turun ke sana. anies just tengok dari jauh je. tambah pula cuaca panas. tak sanggup haihh...
then, naik semula ke atas untuk masuk Hall C pula. kat sini lebih kepada aksesori kenderaan seperti topi kaledar, bateri kereta etc. kalau nak beli, boleh berurusan terus dengan staf kat booth maaing-masing.
dari Hall C, anies masuk hall khas yang mana lebih tertumpu kepada motosikal mahal seperti Harley Davidson. aksesori yang sesuai dengan motor besar ni juga ada dijual dalam hall ni.
oh ya, dalam hall khas ni juga ada auction hall. kalau korang berminat nak bida item yang related dengan automotif, boleh ke sini.
manakala di tingkat atas hall ni, terdiri daripada booth peniaga automatif dari China. kalau korang nak beli spare part, minyak pelincir etc secara borong, then kat sinilah tempatnya.
short video kat area gerai dan food truck...
diam tak diam dah lebih 2 jam kat sini. kaki dah start lenguh sebab berjalan non stop. perut dah beri isyarat lapar. so anies singgah kawasan foodtruck bersebelahan dewan khas. ada banyak gerai dan foodtruck kat sini. so para pengunjung taklah kelaparan.
dalam jam 5.00++PM anies pun beredar. overall memang puas hati dengan MAS 2024 kali ni. cuma yang tak best nya, line hp buat hal. so nak scan QR code untuk dapatkan goodies free, terpaksa dilupakan... asyik loading sampai le sudah... haihhh😡😡
well... ada sesiapa ke sini tempoh hari? jom share👇
p/s belum dapat fokus untuk BW. nak settle kan dulu kerja hakiki....🙏🙏
thanks for reading
daaa
Cikbunga pon suka tengok keta.. 🌹🌹🚗🚙
ReplyDeletesuka keta H ya?😁
DeleteWalau belum beli yang penting sudah pernah cobain ya😁,moga rejeki berlimpah,bisa beli mobil baru.
ReplyDeleteitu laa... orang cakap, ambil feel kereta baru😁
Deleteauto pelbagai jenis ramai peminatnya walau nk masuk tengok kena bayar
ReplyDeleteya kak mmg kena byr dr dulu lg
DeletePeminatnya mesti seronok
ReplyDeletetu laa... kemain excited keluar msk try kereta baru
DeleteWah mobilnya keren-keren sudah lama tida berkunjung ke pameran seperti itu
ReplyDeleteya kereta lama dan baru dipamerkan di dlm kawasan yg sama
DeleteParece un evento divertido. Te mando un beso.
ReplyDeletesi😀✌️
DeleteHubby ada pergi ni kat Maeps. Katanya jam kat sana. Dia naik kapcai je sebab katanya senang nak parking.
ReplyDeleteya jammed sbb susah nk cari parking...
DeletePaling excited kalau ikut roadshow ...pamer kereta ubahsuai sendiri...tapi perlu korban banyak fulus ...tak sanggup den hehehe
ReplyDeletehobi T20 tu.
Deletebln dpn ada SpeedFest. pameran kereta modified dr HK, Jepun etc
Nie kalau anak bujang tau and dia x keja..mau ke sana dia ni...😅
ReplyDeletehaha... ada 1 lg event permotoran bln dpn. kalau ian berminat boleh cari FB page Speedfest
DeleteSaya tak pergi Autoshow ni tapi tahu ramai gila orang sebab orang parking sampai ke luar jauh-jauh lagi. Kita yang tengok penat.
ReplyDeleteya betul mmg sesak
DeleteKalau bukan peminat pun, datang sini jadi teruja juga kan Anies. Best jugalah datang siap ada show drift bagai tu. Berbaloi jugalah datang memeriahkan suasana.
ReplyDeletetu laa sebab ni event besar. rasa rugi kalau tak pergi. dah laa dekat
DeleteSuami saya yg sukaa liat pameran automotive seperti ini kak. Kalo saya temankan dia saja 😄. Anak saya pun yg lelaki suka kalo pamerannya macam mobil tank
ReplyDeletenanti tahun depan datang sini time MAS. boleh laa layan layan tgk lereta
Delete